© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, January 5, 2010

Bahayanya beriman dengan Umno/BN


Harga barang akan terus naik sehingga BN jatuh. Jatuhnya BN, peluang penurunan harga barang cerah. Betulkah?

Asal harga barang naik saja, kerajaan Umno/BN membandingkan harga barangan negara dengan negara-negara maju seperti Britain, USA, Jepun dan sebagainya. Kononnya, harga barangan kita masih lebih rendah berbanding negara-negara tersebut.

Tapi bila mai tang kemajuan teknologi, pembangunan, peratus kemiskinan, dan macam-macam lagi, kerajaan Umno/BN sibuk pula membandingkan negara kita dengan negara-negara kureng maju seperti Myanmar, Vietnam, Timor Leste, Filipina dan sebagainya, kononnya kita lebih bagus. Kerajaan Umno/BN sangat pandai memerintah.

Harga gula naik. Alasan sama. Kerajaan tak mau tanggung subsidi untuk rakyat. Pak-pak menteri tak sedar, elaun yang mereka dapat adalah subsidi dari rakyat dari cukai-cukai. Rakyat bayar subsidi kepada pemimpin. Subsidi keraian, subsidi mensyuarat, subsidi menghadiri dewan rakyat, subsidi ke luar negara, subsidi itu dan ini yang pak-pak menteri makan daripada rakyat.

Mai tang rakyat, Pak menteri nak tarik elaun. Elaun minyak, elaun gula, elaun letrik, macam-macam lagi nak ditarik, sedangkan subsidi kepada pak-pak menteri terus dinaikkan. Orang cadang nak potong subsidi pak menteri RM10 pun ditolak mentah-mentah.

Alasan kerajaan tak mampu nak bagi elaun gula kepada rakyat RM0.20 untuk sekilo gula memang tak boleh diterima. Beli kapal selam yang hanya diguna untuk pameran boleh pula. Belanja untuk tubuh institut-institut kroni yang membazir, boleh pula. Mungkin Tauke gula ni pun kroni. Membantu kroni adalah rukun dan fardhu ain bagi pemimpin BN. Give and take kata orang. Give sekarang, take masa PRU.

Yang malang sekali, orang miskin papa kedana, masih lagi menyokong dan menyayangi Umno/BN. Iktiqadnya hanyalah BN yang mampu memberi kesenangan. Aduh...alangkah bebalnya aqidah umat akibat doktrin penjajahan Umno/BN selama lebih 52 tahun mencengkam bumi Malaysia. Umno/BN bagaikan dewa penyelamat ketika kempen-kempen pilihanraya. Bantuan sana sini mencurah-curah. Barangkali bekalan 1 kilo gula percuma menjelang pilihanraya sudah cukup mengubati penderitaan lima tahun harga gula naik RM0.20. Inilah bahana apabila aqidah tidak jelas. Fikrah tunggang langgang.

Pegangan khurafat ini mesti dipecah dan diruntuhkan. Rezeki bukan datang dari kerajaan. Bukan dari Umno/BN. Bukan dari Pakatan Rakyat, bukan dari sapa-sapa. Rezeki datang dari ALLAH yang Maha Pemberi Rezeki. Rakyat perlu musnahkan sifat mendewa-dewakan Umno/BN, samada secara iktiqad kecil ataupun iktikad besar. Jelas atau tersembunyi.

Jangan takut untuk menjatuhkan Umno/BN. jangan takut menuntut hak sebagai rakyat. hak menikmati elaun dalam negara sendiri. Menteri dapat subsidi, rakyat berhak mendapat elaun. Kita yang lantik mereka bekerja untuk kita.

6 comments:

gajero said...

KERAJAE TUH HAMBO KITO, BUKE KITO HAMBO KERAJAE

nik arwa said...

sokong tuan!

Gembala katak said...

Doa nik Aziz pecah perut dah melarat ke Perak....ni Nizar pulak kemalangan kereta terbalik....nasib baik hanya luka2.

Allah Islam nak nagi peringate le tu...jangan main2 dengan lilin Allah Kristian

Anonymous said...

betol2... nizar derhaka dah mula terima balasan..

drMpower said...

aku pun heran, bagaimana penulis boleh kaitkan BN/UMNO dengan kenaikan harga barang. dari sudut apa yang dia ambik sebagai pemerhatian, aku pun tak berapa jelas.

tapi yang jelas, ianya berlandaskan bukan Al Quran dan Hadith, bukan Islam, tetapi hati yang sudah hitam membenci.

jika nak dijadikan analogi, keperluan peralatan peperangan ini bagaikan keperluan kesihatan. barang2 seperti ambulan, ubat ubatan, dan hospital, adalah MEMBAZIR sekiranya tiada orang2 kita yang sakit (yakni semua orang sihat2 belaka). tapi ini mustahil kerana ada saja hari dan ketika orang sakit.

jadi benda itu (hospital, ubat2 an, dan ambulan) menjadi penting.

serupa juga lah dengan kapal selam dan peralatan peperangan. kalu tiada peperangan, maka memang merugikn. dan dibiarkan berkarat.

atas dasar ini lah, pemimpin Melayu Islam yang menjadi kebencian utama pembangkang (PAS dan DAP etc etc), Mahathir telah beruasaha membuka mata dunia untuk MENG-JENAYAHKAN PEPERANGAN.

iaitu, kalau siapa mulakn peperangan, dia dikira melakukan jenayah dan akan dibicarakan mengikut lunas undang2.

soal siapa yang akan bicara, itu soal pelaksanaan. yang penting idea tu bukan datang dari pemimpin2 yang kunun2 berserban besar berjanggut panjang, yang anggap diri mereka LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN.

jadi apabila harga gula tu dah naik, maka jangan dikaitkan dengan perbelanjaan 'membazir' seperti kapal selam. ianya adalah bersifat ekonomi dunia dan tiada apa yg boleh dilakukan.

salah kita juga mengapa tiada usahawan Melayu Islam yang membekalkan gula.

salahkan BN/UMNO jugak? nasib la nasib.

suhail said...

pe aa drMpower. org kampong pn tau apa relationshipnya naik harga barang dgn umno-bn. hahaha.
ko kata xde kaitan bazir beli kapal selam dgn naik harga gula?

gula naik harga sbb duit rizab negara dah nak abis. umno-bn abiskan. hati ko tu bersih sgt ke sampai terima semua apa yg umno-bn buat? hahahaha. hati bersih beb, sampai ekonomi negara lingkup pun masih nak bela umno-bn.

harga gula naik, ada kaitan dgn ekonomi dunia? waa.... org kampung bleh laa ko kelentong. insuran kereta moto naik pehal? ekonomi dunia ke? elaun kola pegawai kerajaan kena tarik balik, pehal? makan minum budak asrama skolah kerajaan hujung minggu kena tarik pehal, sampai halau budak2 balik? x cukup duit?? kalau nak senarai, banyak lagi bendanye yg menyusahkan rakyat. ko masih bela penghisap darah rakyat. yaaa bukan penulis blog ni je yg hati hitam benci kerajaan isap darah, berjuta rakyat lg x suka dgn umno-bn. org hati bersih mcm ko je yg xmo ngaku salah umno-bn.

bukan kita nak cite pas-dap-pkr tu bagos sgt. tp kita skang citer, umno-bn sgt teruk.

Ũ