© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, May 11, 2010

PKR Padang Serai benar-benar pupus!

Habis kering ahli PKR Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu. Tinggal Gobala saja terkial-kial sorang-sorang. 1700 orang ahli keluar parti! Tak sangka pula selama ini ahli PKR dua kawasan itu sangat ramai. Dari Adun, MP, ahli, kerusi meja, tiang-tiang lampu... semuanya sudah tak percaya kepada DSAI. Selamat tinggal PKR. Habis laa kerajaan PR Kedah.

(Gambar hiasan)


KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim- Bandar Baharu hampir lumpuh apabila 1,700 ahlinya malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejap, kejap... ada orang kata berita tu tak betul...


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menafikan laporan media yang dipetik kononnya 1,700 ahli KEADILAN isytihar keluar parti di Kulim, Kedah hari ini

Johari turut menafikan laporan tersebut kerana menurutnya tidak sampai 20 orang yang mengumumkan keluar parti dalam Majlis Hari Ibu yang telah disalahguna oleh MIC.

"Sebenarnya apa yang diadakan semalam adalah program meraikan Hari Ibu.

"Kehadiran dalam majlis tersebut cumalah 480 orang dan rata-ratanya daripada kaum India.

"Majlis tersebut dihadiri bukan sahaja ahli KEADILAN tetapi orang ramai daripada mana-mana parti pun boleh datang tetapi ada dalang mengambil kesempatan dalam majlis tersebut.

"Tetapi yang peliknya, kehadiran dalam majlis itu tidak sampai 500 orang tapi yang diumumkan 1,700 orang keluar parti," kata Johari ketika dihubungi Suara Keadilan.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan MIC itu sebenarnya untuk mendapatkan undi kaum India dan semata-mata untuk memperkukuhkan personaliti pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

Tambah beliau, gimik keluar parti ini biasanya akan kedengaran di musim pilihan raya terutamannya di Sibu yang menyaksikan pilihan raya kecil 16 Mei nanti. -SK

Yang mana satu betul ni?

Saturday, May 8, 2010

Kerajaan timbang beri lesen kepada pengedar dadah

KUALA SELUT 6 Mei – Kerajaan Bonggol mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan operasi pengedaran dadah secara berkala bagi mengelak berleluasanya aktiviti pengdaran dadah secara haram di negara ini.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Dr. Awe Atok berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti pengedaran dadah secara haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pengedaran dadah) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah dadah yang di bawa masuk ke dalam negara).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pengedaran dadah pelbagai jenis memandangkan permintaan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awe Atok berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti pengedaran dadah, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awe Atok mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya. – Agensi Bermama

Wednesday, May 5, 2010

Remaja penyamun cedera ditembak polis


KUALA LUMPUR 5 Mei – Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah premis menerima padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak polis dalam satu kejadian di sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polis berpakaian preman yang ditugaskan untuk menjalankan rondaan di kawasan itu masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan pergi ke tandas.

Sebaik keluar dari tandas, kedua-dua mereka terkejut apabila premis terbabit bertukar kecoh apabila tujuh lelaki bersenjatakan parang menjerit-jerit serta menghunus dan melibas senjata yang dibawa mereka.

Kesemua suspek yang menyamun kafe siber itu menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. - Utusan

Tembak lagi. Kali ni cedera. Tak mati. Ni baru namanya samun. Kenapa pulak tak tembak mati? Sebab pakai senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotong daging, kapak, gergaji dan pisau. Bukannya senjata seperti kereta...

Ada jugak orang samun pakai gergaji... gergaji biasa ke chainsaw? adoii...takleh bayang. Apa nak jadi laa dengan anak-anak muda sekarang ni. Boleh mengancam populasi orang-orang baik pada masa depan.

Sunday, May 2, 2010

Mangsa sudah sebati dengan tanah, keadilan masih kabur...

Kejadian tembak mati remaja 15 tahun adik Aminulrasyid sudah berlalu banyak hari. Keadilan masih dicari. Saksi keluar masuk memberi keterangan. Polis masih belum 'terang' akan keadilan yang sepatutnya ditegakkan.

Bilamana sahaja sesuatu kes melibatkan kredibiliti badan kerajaan contohnya PDRM dan SPRM, hasilnya akan kelihatan sama. Lihat kes bunuh Altantuya. Anggota polis yang terlibat dalam kes bunuh itu. Perbicaraan berlaku, saksi keluar masuk. Hasilnya?

Lihat pula Kes SPRM dengan Beng Hock yang mati akibat 'terjatuh bangunan'. Siasatannya? Saksi Keluar masuk. Sama juga dengan kes yang masih baru, adik Amirulrasyid. Saksi terus keluar masuk memberi keterangan. Namun pihak polis masih blur. Altantuya sudah reput. Beng Hock mungkin sudah tinggal belulang. Adik Amirulrasyid semakin sebati dengan tanah. Namun hasil siasatan masih kabur. Keadilan masih tidak dapat ditegakkan. Keluarga mangsa-mangsa tersebut masih tidak mendapat keadilan.

KPN pula cuba tunjuk rajuknya, tak mahu hantar orang-orangnya menjaga keselamatan rakyat jika terus pertikai polis.

Anda tidak nampak perkara ini sebagai suatu ketidakadilan jika anda bersikap prejudis terhadap para pejuang keadilan yang membela Amirulrasyid. Anda akan terus berkokok selari dengan pihak pemerintah dan polis bahawa polis tidak bersalah. Amirulrasyid yang bersalah. Mak bapak Amirulrasyid yang bersalah. Kerana kes ini tidak berlaku ke atas anak anda. Yang mati ditembak itu bukan anak anda. Jadi anda tidak akan kasihan kepada ibu bapanya yang sudahlah bersedih kehilangan anak, terpaksa pula terus luka hati dipersalahkan oleh orang-orang seperti anda.

Ketelusan dalam sistem undang-undang kita akan semakin parah jika tidak dicegah dengan kuasa rakyat. Harapkan pemerintah yang berkuasa, mereka punya periuk nasi untuk dijaga. Usahlah anda mengharap sangat mereka. Mereka hanya pandai meraikan anda ketika mahukan undi anda. Hakikatnya anda sendiri perlu bekerja keras mengharapkan ketelusan.

Belum kena pada anda, anda tidak akan mahu sedar.
Siapakah anda?

Thursday, April 29, 2010

Saya seorang polis yang cerdik...



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang berang dengan kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah, berkata beliau akan mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.

“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.

"Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.

"Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.

Inikah alasan paling kukuh untuk menghalalkan polis menembak mati budak 15 tahun Amirulrasyhid itu?

1) Awal-awal kata budak itu penjenayah/penyamun
2) Keadaan kereta mencurigakan
3) cuba merempuh polis
4) memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah
5) tidak berhenti walaupu diminta
6) kenderaan boleh dianggap senjata jika tidak berhenti apabila disuruh

So, bolehlah tembak...(?)
Nyawa manusia begitu murahkah encik ketua polis?

Orang bukan bicara pasal perlu atau tidak polis mengawal keselamatan rakyat. Tapi orang sedang persoalkan keadilan terhadap mangsa dan keluarga mangsa. Kalau kena dekat anak sendiri amacam, tan sri?

Takziah kepada keluarga mangsa. Bersabarlah, jika anda tidak mendapat keadilan di dunia ini, anda pasti akan mendapat keadilan di hadapan ALLAH kelak. Pada masa itu, anda dakwalah mereka seekor demi seekor, yang merobek-robek keadilan semasa di dunia. Sesungguhnya ALLAH Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Wednesday, April 28, 2010

Nak menang? Tengoklah sekeliling kita...

Note: Tak tau nak bagi tajuk apa...


Pilihanraya kecil Hulu Selangor dah berlalu. 'Kekalahan' sekutu kita dalam 'perang' kecil itu memberi isyarat bahawa gerak kerja kita sememangnya perlu dipertingkatkan lagi. Dalam keadaan 'perang' reda begini, para ahli gerakan, para pejuang kebenaran dan para daei mestilah kembali membina kekuatan sebelum tiba 'peperangan' seterusnya.

Parti Islam sememangnya memerlukan kader-kader yang cekal, gigih dan ikhlas berjuang bagi mengislamisasikan masyarakat, suasana serta sistem-sistem yang ada dalam negara. Sasaran yang begitu besar dan sukar itu tidak akan dapat direalisasi jika kita sendiri tidak memulakannya. Kitalah yang perlu menjadi kader-kader itu. Kitalah yang mesti menjadi daei itu.

Selaku daei dan ahli gerakan Islam, kita perlu memahami bahawa selangkah kita mengintima' diri dalam perjuangan, maka seribu mehnah dan tribulasi akan mengarah kepada kita. Kesusahah, kesukaran, penentangan, ugutan, ketakutan, kemalasan, dan sebagainya akan terus datang sebagai ujian demi ujian bagi menapis tahap kelasakan zahir, mental, akal dan keimanan kita. Semakin tinggi darjah keimanan dan ketaqwaan seseorang, semakin tinggi pula tahap ujian yang bakal ditempuhinya. Ujian tidak akan terhenti walaupun seseorang itu sudah mencapai tahap keimanan yang tinggi. Bahkah ia akan menghadapi pula ujian yang lebih besar. Markah dan kualifikasi terhadap amalan, keimanan, kesabaran dan keikhlasannya akan diperoleh pada hari yang telah dijanjikan kepada kita semua.

Siri ujian yang kita akan hadapi adalah dari pelbagai rupa dan keadaan. Antaranya adalah tentangan dari luar, konflik dalaman, persepsi negatif masyarakat, karenah ahli gerakan yang pelbagai, konflik dengan rakan sekutu dan sebagainya. Parti Islam pasti sedang dan akan berdepan semua perkara ini. Kebijaksanaan pimpinan mengatur strategi, kepatuhan dan wala' ahli terhadap pimpinan, keikhlasan setiap kader-kader dakwah akan menentukan mobilisasi gerakan Islam yang dipelopori oleh Parti Islam mengharungi segala ujian, mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.

Dalam menjalani kehidupan sebagai daei, kita tidak akan terlepas daripada berdepan dengan pelbagai rupabentuk manusia di sekeliling kita. Ada yang berbentuk 'pengipas', ada yang menjadi 'penampar', ada yang cuba menjadi 'ubat', ada pula yang tidak mahu menjadi apa-apa. Maka para daei dan ahli gerakan Islam mestilah berdepan jenis-jenis manusia ini dengan penuh kesabaran.

Jika berdepan dengan golongan pengampu, maka bersabarlah dengan sikap mereka. Jika berdepan pula dengan golongan yang suka mengkritik, bersabarlah dengan kritikan mereka dan jadilah orang yang bijaksana dalam menerima kritikan. Jika bertemu dengan golongan yang jenis 'ubat', yakni orang yang sentiasa menasihati, yang menyokong kebenaran dan seumpamanya, hendaklah kita bersabar bagi menjaga hatinya agar dia tidak terbeban dengan sikap kita. Jika bertemu dengan si dungu yang keras kepala, biarkan dia dengan kepalanya yang keras, tetapi jika bertemu si dungu yang lembut hatinya, jangan pula ditinggalkan dia. Bimbangilah golongan cerdik yang berkepentingan, kerana yang kita dambakan adalah golongan cerdik yang ikhlas berjuang kerana ALLAH dan Rasul-Nya.

Sikap diri sendiri seseorang ahli gerakan Islam mestilah berbeza dengan golongan yang menentang Islam itu sendiri, samada golongan yang menentang Islam itu adalah ulama-us-su~' (ulama jahat), pemimpin sekular, orang-orang Islam yang hasad, orang-orang munafiq, golongan kuffar, puak-puak rasis dan seangkatan dengannya. Akhlak Islamiyyah perlu kita hadam dan amalkan dalam kehidupan kita sebagai pejuang agama ALLAH.

Pasca PRU12 memperlihatkan kepada kita betapa ramainya berpusing meninggalkan parti pemerintah, menyertai parti yang belum memerintah. Tidak kurang juga yang mendaftar sebagai ahli parti Islam. Kemasukan mereka yang berfikrah lawan, pasti mewujudkan pertembungan budaya berfikir dan akhlak dalam jemaah. Mereka ini perlu dididik dan ditarbiyah dengan akhlak Islamiyyah yang syumul. Mereka perlu difahamkan dengan kefahaman jemaah dan gerakan Islam. Kita perlu bersabar dalam mentarbiyah mereka kerana sebahagian daripada mereka datang dari 'tarbiyah' songsang parti lama mereka.

Tarbiyah memerlukan masa yang panjang, kesungguhan dan keikhlasan. Mentarbiyah mereka adalah satu bentuk ujian dan tamrin kepada kita disamping kita juga terus-menerus mentarbiyah ahli sedia ada serta diri kita sendiri. Daei perlulah mengutamakan dakwah dan tarbiyah. Maka seseorang daei tidak wajar mengutamakan perut sendiri.

Kita mahu menang sebagaimana kemenangan Rasul semasa Fathu Makkah. Kita mahu berjaya sebagaimana Al-Fateh di Constantinople. Kemenangan yang sememangnya menang, yang tidak dipertikai dan tidak mudah digoyah. Kemenangan yang tidak masak, akan mendatangkan masalah dan fitnah kepada kita kembali. Ramuan untuk kemenangan yang gemilang adalah tarbiyah yang sempurna, yang melahirkan pemimpin yang baik, kader-kader yang baik serta ahli-ahli yang baik.

Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik ahli akan menjadikan Parti Islam digeruni lawan, dihormati dan disegani rakan-rakan sekutu. Namun ada yang mengatakan semua ini adalah idealistik. Ya, memang idealistik semata-mata. Inilah satu-satunya perkara idealistik yang telah pun direalisasikan oleh RasuluLLAH S.A.W, Sultan Muhammad al-Fateh dan nama-nama besar di zaman mereka.

Kita juga mahukan keadaan sedemikian. Namun kita perlu sedar, pada awal gerakan Islam RasuluLLAH tidaklah idealistik sebagaimana waktu Fathul Makkah. RasuluLLAH menghadapi ujian, mehnah dan tribulasi yang sangat dahsyat. Baginda dimaki, dicerca, diugut bunuh, dikhianati, difitnah dan sebagainya. Walau dahsyat ujian ketika awal perjuangannya, baginda tidak terus menggembeling kader-kadernya ketika itu untuk melakukan 'Fathu Makkah', walhal baginda boleh sahaja mendoakan agar ALLAH berikan kejayaan ketika itu -boleh tercatat dalam sejarah Fathu Makkah tanpa perlu berhijrah ke Madinah. Tetapi tidak begitu. RasuluLLAH memulakan dakwah baginda dengan ketidak-idealan, merencana dakwah sehinggalah membentuk kader-kader yang terbaik, lalu ALLAH mengizinkan Fathu Makkah.

Bagaimana jika Fathu Makkah berlaku tanpa perlu melalui kesukaran dakwah, tanpa melalui peristiwa hijrah, tanpa melalui perang badar-uhud-khandak, tanpa melalui perjanjian hudaibiyah, tanpa melalui persitiwa bi'ru ma'unah, tanpa menghadapi orang-orang munafiq dan Yahudi, dan sebagainya? Ya, kesemua susah-payah onak duri perjuangan RasuluLLAH adalah tarbiyah kepada baginda dan para sahabat sebelum diberikan kemenangan yang sebenar-benarnya masak.

Dengan itu, marilah kita renung tulisan yang terpusing-pusing isi pentingnya ini. Apa yang baik ambillah pengajaran darinya. Abaikan jika tulisan ini buruk isi kandungannya, kerana kelemahan penulis mengolahnya. Mudah-mudahan sedikit catatan ini diberi ganjaran oleh ALLAH.

WaLLAHU a'lam.

Monday, April 26, 2010

23 ribu sokong Dato Zaid... kalah, tidak tumbang.

PRK Hulu Selangor dah abis. BN menang. Calon 3 in 1 Kamal Alan Nathan menang. Dato Zaid tak menang. Bukan kerana tak ada sokongan. 23,272 orang mengundi Dato Zaid. Bermakna kemenangan BN tidak besar walaupun 24,997 orang lagi mengundi Kamal Alan Nathan. 23 ribu dan 24 ribu, bagi kerusi parlimen, bezanya taklah besar. Seribu lebih saja majoriti. Oleh sebab demokrasi negara kita memilih suara majoriti, lebih satu undi pun di kira menang. Menang dan kalah dalam sistem demokrasi negara kita bukan memberi maksud yang kalah sudah tumbang, yang menang terjulang tinggi. Tajuk berita "PKR Tumbang", entah dari sorat khabar mana, memang editornya tak cerdik dan cuba memperbodoh orang ramai. Kalah kerana kurang sedikit jumlah undian berbanding yang menang. 23 ribu masih sokong, bagaimana dikatakan tumbang? Bukan tumbang, cuma kalah. Ikut kata-kata cooling down dan penyedap hati yang biasa didengar, "bukan kalah, cuma tak menang".

Tak mengapa. Wahai 24 ribu pengundi BN, skarang anda sudah berjaya mengirim Kamal Alan Nathan masuk ke parlimen. Wahai penduduk Hulu Selangor. Biar Kamal Alan Nathan rehat sekejap. Biar dia raikan kegembiraan bersama Najib and Co. Selepas itu, tuntutlah janji-janji yang mereka tabur. Jangan biar mereka tangguh. Mintak segera. Jika tangguh, janji itu akan dikitar semula pada PRU13 nanti. Jangan biar begitu. Tuntutlah, dan anda akan nampak betapa hidung mancungnya pemimpin BN yang menabur janji itu. Berdolak-dalik dengan pelbagai alasan kelas bawahan memang menjadi kebiasaan. Asalkan dapat mengelak...

PR pula? Masih dirundung kecewa? Tidak mengapa bersedih sekejap. bermuhasabah dan menginsafi kelemahan diri. Kekalahan yang sudah dijangka, tidaklah menyakitkan sangat. Paling penting, perjuangan mesti diteruskan. Alasan untu menutup kelemahan perlu dikurangkan. Jangan dibiasakan, mual orang mahu mendengarnya. 23 ribu masih dibelakang anda. PRU 13 ada dihadapan kita.


Thursday, April 22, 2010

Bisnes orang politik yang menguntungkan...

Baru je dua-tiga hari Dr Halili lompat, ada pulak mamat PKR di Kelantan lompat masuk Umno. Nak jugak tersenarai sebagai pelompat-pelompat yang 'berjasa' kepada Umno dikala pilihanraya. Skripnya seperti biasa, hilang kepercayaan kepada Anwar. Oleh kerana dia berada di Kelantan, tambah sorang lagi orang dia hilang percaya, iaitu TG Nik Aziz.

Tak percaya kat Tok Guru. Lebih percaya dia kepada Najib 1Malaysia.

Tapi rasanya percaturannya melompat tidak kena masa. Memang tak cerdik dia ni. Lompatan yang berlaku di Kelantan buat masa ini tak berapa laku. Bayarannya agak murah, berbanding sesiapa yang berada di Hulu Selangor, melompat. Harga pasaran untuk melompat adalah tinggi. Begitu juga di Kedah, nilai komersial adun-adun yang nak melompat adalah tinggi. Mamat ini sepatutnya tunggu mana-mana pilihanraya kecil di Kelantan, baru laa lompat. Mahal sikit harganya. Tak pandai bisnes kut dia ni.

Lompatan terlalu awal ni boleh memalukan diri kelak. Kalau-kalau berlaku pilihanraya kecil di Kelantan, terpaksa dia berlakon 'lompat' sekali lagi masuk Umno. Masa tu orang dah tau. Kan malu nanti. Patut sekarang ni rileks dulu. Jangan lompat lagi. Tunggu harga tinggi untuk buat lompatan. Apa laaa... malu kompeni saja.

Suasana politik sekarang ni, lompat-melompat mula menjadi kerja sambilan untuk menambah pendapatan. Memang menguntungkan. Lagi hangat sesuatu lompatan tu, lagi tebal duit masuk.

Satu lagi cara menambah pendapatan, khas untuk ahli Umno, just cuba saja jadi calon bebas setiap kali pilihanraya kecil. Nasib tak baik kena pecat. Untung-untung dapat habuan untuk tarik diri. Ini bisnes. Kena berani tanggung risiko.

Nak kaya lagi, kena tanggung risiko lagi besar. Jadi macam Saipol Bukari. Mengaku kena liwat ke, kena rogol ke dengan Anwar. Yang ni boleh bawak untung besar. Boleh jadi superstar kalau bernasib baik. Risiko malu seumur hidup tu kenalah berani tanggung. Asalkan dapat duit, kena laknat pun apa kisah.

Banyak lagi cara menambah pendapatan melalui haru-biru politik dalam negara. Buat kajian sikit, boleh saja tahu bagaimana mahu terjun ke alam duit ratus-ratus ribu.

Last sekali, habis semua hancur dan tunggang-langgang. Dari pemimpin sampai rakyat bawahan rosak akhlak dan moral. Generasi depan akan mewarisi negara yang haru-biru. Tahniah bisnesman-bisnesman politik!

Wednesday, April 21, 2010

Arak itu HARAM: Umno kata Zaid, Pakatan kata mantan-mantan PM...



BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.


Haaa... tuuu diaa... awat nii... baru kami tauu....

Semua mantan PM pernah minum arak... tak sempat nak kena sebat. Sorang saja lagi masih ada. Boleh test hukum sebat nih! Mujur Pak Lah tak minum arak...

Opss...

Mai renung sikit:

Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa RasulALLAH S.A.W telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya

riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas

Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.

Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.

Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram

Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .

Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram

Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram

Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .

Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.

Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram

Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram .


-Bagaimana pula menjadi Perdana Menteri yang meminum arak?
-Bagaimana dengan sumber pendapatan negara yang dikutip dari cukai arak?
-Kita ada saham kat mana?

Ya ALLAH... ampuni dosa kami. Tolonglah hindari kami dari tempias-tempias dosa akibat arak dan janganlah biarkan kaki arak menjadi pemimpin kami....
Ũ