Lama bercuti dari berblog. Maklumlah talian di kampungku sudah beberapa bulan terputus dek kabelnya dicuri.
Kali ni tak mahu ku panjangi tulisan ini. Sekadar mencoret membuang sawang-sawang yang semakin banyak di laman blog ini.
Seminggu dua ini kita mendengar pelbagai isu di media massa. Isu yang paling kerap sekali adalah isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Sesungguhnya kita bersedih dan bersimpati dengan mangsa yang terlibat. Kita juga berterima kasih kepada sukarelawan yang membantu secara langsung ataupun tidak.
Tidak sempurna penulisan aku ini kalau tidak mengkritik. Ok, nak kritik sikit pasal isu tanah runtuh ni. Kita lihat media bersungguh-sungguh menyiarkan tragedi tanah runtuh yang meragut banyak nyawa itu. Pada masa yang sama, banyak pula tragedi lain yang juga meragur nyawa, seperti banjir di pantai tmur dan kemalangan ngeri. Tapi siaran Bukit Antarabangsa lebih dihebohkan bagi meraih simpati rakyat Malaysia terutamanya.
Kenapa? Tidak elokkah? Bukan tidak elok, tetapi kenapa hanya Bukit Antarabangsa sahaja seperti sangat-sangat disimpati? Adakah kerana di sana, mangsa-mangsa tragedi itu adalah orang-orang kaya, dato'-dato' dan seumpamanya? Bagaimana jika mangsa-mangsa itu semuanya pemilik rumah-rumah setinggan yang miskin dan papa kedana? Adakah liputannya akan sama juga berminggu-minggu dilontarkan dikaca TV dan dada akhbar? Rasanya tidak sampai begitu. Apakah ini suatu contoh sikap double standard yang menjadi amalan kita secara tidak disedari?
Orang kaya diutamakan. Orang miskin seperti bukan warga negara sendiri. Tulisan blog kali ini bukan menuduh sesiapa, cuma untuk kita sama-sama fikirkan. Sekian untuk sekian kalinya.
2 comments:
saya setuju tapi x berani menyuarakan nya sbb rakan saya adalah salah seorg mangsa kejadian.
betul jugak si aneroid ni. cik anonumous, knape x brani? bukan kita kritik mangsa... kita kritik media la. double stendet. kat mangsa, kita simpati.
tapi ada jugak mangsa yg aku menyampah. mentang2 le kaya, org nak kasi penempatan sementara pun x nak. x selesa konon. sanggup lepak kat rumah sedara mara. sedara mara tu rumah mewah jugak le agaknya.
bawak sedar la manusia oii. insafi la sikit, bala yg menimpa tu adalah peringatan dr Yang Esa. takyah nak berlagak sgt dgn kemewahan dunia, smuanya milik Dia. bila2 masa je Dia boleh tarik.
asyik duk bersenang lenang, bila susah datang baru korang tahu. Tuhan suruh belajar hidup susuah jugak skali skala....
Post a Comment