Pas politikkan hukum hudud - Utusan
... Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Razali Ibrahim berkata, kenyataan terbaru Husam itu sebenarnya membenarkan dakwaan selama ini bahawa Pas menggunakan agama untuk tujuan politik.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor berkata, ini dapat dilihat bagaimana masa pilihan raya umum lalu, isu hudud tidak kedengaran, tetapi untuk Kuala Terengganu ia dibuka semula kerana mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan soal agama.
''Jadi, ini bukan cara berpolitik yang bertanggungjawab. Sebab itu, saya amat dukacita dengan cara ini yang menggunakan agama sebagai alat bagi mencapai kemenangan.
''Dari dulu lagi orang bercakap pasal ini, tetapi sekarang nampak lebih jelas kerana tiba-tiba sahaja ia dibangkitkan, tetapi lepas berakhir pilihan raya kecil ini, saya yakin hudud akan kembali senyap,'' jelasnya. Baca lagi...
Orang Kuala Terengganu amat sensitif dengan soal agama?
Apakah hal yang telah berlaku kepada orang-orang selain orang Kuala Terengganu, tidak/ kurang sensitif agama? Jika begitu, selama 50 tahun memerintah, Umno/BN berjaya mentidak-sensitifkan umat Islam terhadap agama.
Dukacita kerana PAS guna agama sebagai alat mencapai kemenangan?
Lalu bagaimanakah pula cara Nabi Muhammad menang jika tidak menggunakan agama? Dengan Islam, RasuluLLAH berjaya membuka Kota Mekah, menguasai Rom dan Parsi. Seterusnya dengan Islam, para sahabat berjaya membentuk daulah khilafah Islamiyyah hampir seluruh dunia. Mereka menggunakan apa jika bukan agama?
Dalam hidup kita, bukan dalam bab nikah kahwin saja kita mesti guna agama. Bukan hanya bab kematian, perceraian, ibadat khusus, faraid harta pusaka dan seumpamanya sahaja kita kena guna agama. Malah dalam urusan akhlak, sosial, ekonomi, kita mesti guna agama. Apatah lagi dalam bab politik. Tanpa agama, politik menjadi caca merba. Ekonomi akan tunggang langgang. Berlaku penindasan, penyalahgunaan kuasa, penipuan, rasuah dan pelbagai bala lagi yang mendatangi.
Jadi, jika PAS guna agama untuk menang, kenapa UMNO/BN pula tidak? Apakah Umno/BN mempunyai peralatan lain untuk digunakan bagi melawan agama yang PAS guna?
8 comments:
pandai kau putar alam. maksud pas guna agama tu, adalah pas jual agama utk kepentingan politik. utk mng pilihanraya. pehal plak ko belit2 sampai cakap nabi mcm pas? tgklah husam dah kalut kena penangan khairy dlm bab hudud tu. padan muka orang pas. lain kali jgn taksub. jgn main2 dgn agama.
cik azizul x reti bahasa. "guna" x sama dgn "jual".
apapapun Umno guna "duit". guna rasuah sbg alat utk menang. umno main kotor. umno pengotor. eeeiiii uwweekkk...
cit poodah
macm pas x guna duit je
setiap kali ceramah pas, ade je kutip derma. kutip derma utk kpentingn politik pas. tipu ahli derma kpd pas dpt phala. lagi kotor, ptuihhh!!
apa uweekk uwekk? apa ptuih2..???
beradab sikitlah bg komen. jgn kbudak-budakan.
peringatan untuk Alhi UMNO.. Firman Allah s.w.t Surah Al Baqarah ayat ke 13.. ( Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman." Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu.." Kalau betulla UMNO nie Orang Islam.. Mengapa banyak perkara mungkar dan keji diluluskan oleh kerajaan.. Berapa banyak pembinaan casino dan kelab malam diluluskan kerajaan.. lesen arak dan judi lulus belaka.. Kerajaan Islam Hadhari UMNO lulus blaka.. Kalau betullah Prinsip Islam hadhari antaranya Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.. Mengapa banyak benar bende-benda maksiat kat Malaysia Nie?.. Kenapa benda yang wajib tak dikuatkuasa.. Saya ambil satu contoh Kalau Kat Kelantan Staff kerajaan Wajib tutup aurat.. Tapi, port UMNO boleh ikut suka hati.. Nak berpakaian seperti Bungkus Nangka pun boleh?.. Nie Islam Apo UMNO nie..? ikut suke je.. tak sodap buang.. Camtue ke Islam Hadhari.. Kuasa Ada kat UMNO laksanakanlah.. Tengok UMNO klate.. dah tepengaruh dengan suasana yang PAS create.. Depa sume pakai tudung.. Nie ketua Wanita pun.. Tudung hilang kene culik ngan sapa tah.. Penculik Nurin kot.. CCTV tak dapat scan.. tu yang tak da nie..
org pas mmg suka baca ayat utk kenakn org umno. nk mnunjuk2 ilmu la tu. stakat pandai agama, x reti tadbir negara, duk diam2 dah la. main2 isu hudud utk pngaruh org. dlm islam byk lg benda lain selain hudud. knapa x highlight?
bnyk lg isu lain..?
hooo..?
bkn ke isu lain timbul sbb mnusia x nk tegakkn hukum Allah.
hukum Allah wajib dtegakkan. so, d main point is that. jgn ketegaq sgt. Lg 1. ape mksd main2 dgn agama? oppss.. kalu berckp ttg hudud = mainkn agama?
ke kalu wat progrm cmpur mksiat n agama satu permainan?
watch ur words..
peringatan untuk JIDAI.. Memang benar dalam islam banyak perkara yang dibincangkan.. Dan sememangnya semua yang berada di alam ini merupakan perbincangan dalam islam.. Inilah masalah orang UMNO.. Bila pemimpin PAS menasihati dalam DEWAN depa lawan.. Bila tulis dalam blog die kata nak tunjuk pandai.. Abis tue dulu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat duk baca Ayat Quran kat pemimpin Quraisy, Kejaraan Rom dan Kerajaan Parsi.. KO nak Cakap apa pada Baginda s.a.w dan Para Sahabat r.hum.. Mereka semua gune agama untuk kepentingan politik.. So, mengapa UMNO yang mengaku islam tak gune Agama untuk POLITIK.. Padahal nak pandu pemimpin UMNO supaya ikut islam secara keseluruhan.. Bukan hanya mengambil Hadharah Islamiah sahaja tetapi semua.. Pembangunan Rohani dan Fizikal.. Mengikut Dr Yusuf Qaradhawi.. Kita perlu menggunakan Fiqh Aulawiat dalam melakukan sesuatu perkara termasuklah pentadbiran negara.. Firman Allah s.w.t Surah Ali Imran ayat 110 "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah".. Inilah antara tujuan manusia wujud.. Kalo tengok sekarang Jenayah semakin meningkat.. Kes Nurin tak selesai lagi.. Padahal Polis n Askar malaysia punye la canggih peralatan.. Siap ada cctv lagi.. Tapi, jenayah semakin berleluasa.. Maka, mengikut aulawiyatnya sekarang ialah untuk membasmi jenayah dan selainnya.. Dan Islam Ada penyelesaiannya.. Iaitu HUDUD, QASAS dan TAKZIZ.. Sila REfer sejarah Kesultanan Terengganu di bawah Sultan Zainal Abidin.. Sepanjang pemerintahan baginda berlandaskan hudud.. Kes Zina hanya berlaku 4 kali sahaja.. Tapi, Undang2 yang islam hadari bawa berlambak zina berlaku.. Lelaki POmpuan macam belangkas.. Aurat relaks je nak buka.. Mana da penguatkuasaan.. Dan Nie yang UMNO tak reti nak faham.. Yang die tau kepentingan perut masing-masing bukannya UMMAH.. Sebab tue cino dan india berani kalo nak ungkin isu2 sintetif orang Melayu.. Sebab Melayu mana ada kekuatan.. Sebagai akhirnya, Kalo UMNO ari nie terus isytihar pelaksanaan ISLAM secara menyeluruh.. Ari nie jugak PAS akan dibubarkan.. NIe janji yang di utarakan oleh Mursyidul Am PAS.. Tuan Guru Hj NIk Aziz Nik Mat.. B
Post a Comment