Dua tiga hari ini aku dengar-dengar tidak lama lagi akan ada pilihanraya kampus di kapus kejuruteraan ini. Dikatakan notis untuk perkara tersebut sudah ditampal di papan-papan kenyataan. Tapi aku amati papan putih di blok aku setiap kali aku hendak ke Pusat Islam, tidak nampak pun sebarang kenyataan mengenai pilihanraya kampus. Takkan sudah dicabut? Fikirku, takkanlah perkara penting begitu, notisnya ditampal bagai melepas batuk ditangga. Macam notis jual "top up" saja. Aku fikir mungkin itu hanya khabar angin.
Suatu malam tiba-tiba pula ada orang hantar link web yang menunjukkan gambar notis tersebut telah ditampal. Oh, mungkin notis itu ditampal di tempat lain. Aku saja yang tak tahu. Menurut notis itu, pilihanraya kampus itu akan berlangsung awal Januari ini. Jadi sekali lagi kita akan merasai suasana pilihanraya kampus.
Apabila sebut sahaja pilihanraya kampus, akan timbullah cerita mengenai kumplan aspirasi, kumplan PMI, kumpulan Cina, kumpulan itu dan ini. Bagi yang mengikuti perkembangan politik kampus, perkara ini sudah biasa, cuba buat-buat tak biasa. Bagi yang tak biasa mengikuti politik kampus, mereka hanya bersikap acuh tidak acuh sahaja mengenai pilihanraya kampus. Malah tidak mengambil tahu pun apa dan siapa aspirasi, siapa PMI siapa itu dan ini. Mereka ini hanya akan mengundi sesiapa sahaja calon yang dirasakan layak menurut kefahaman mereka.
Bercerita mengenai politik kampus, tidak boleh lari pada bercerita mengenai Aspirasi, PMI dan sebagainya seolah-olah ada pakatan tertentu bertanding. Tetapi pilihanraya sebelum-sebelum ini, aku tidak nampak pula kempen-kempen supaya mengundi Aspirasi atau undi PMI. Cuma ada individu yang memakai baju aspirasi universiti, itu aku nampak. Yang musykilnya, kenapa PMI dikatakan bertanding pilihanaya kampus, sedangkan aku juga pernah terlibat dengan PMI. Tiada pula agenda dalam perancangan satu sidang PMI akan menyertai pilihanraya kampus.
Kaji-kaji balik, rupa-rupanya semua ini 'influence' dari kampus universiti lain, yang PMI di sana bertanding. Wah, kalau PMI masuk bertanding, kenapa persatuan Silat, kelab rekreasi dan sebagainya tidak mahu masuk bertanding? Di kampus kita mungkin lain. Apa yang aku tahu, PMI tidak bertanding. Tetapi kalau ada individu dari PMI yang bertanding, itu hak dia sebagai mahasiswa. Cuma orang sahaja yang melabelnya sebagai PMI, walaupun dia datang dari kelab lain. Apabila lawan saja aspirasi, maka labelnya adalah PMI. Mungkin begitu.
Kita abaikan seketika semua itu. Kita tumpu kepada isu pilihanraya kampus. Pilihanraya kampus yang bakal tiba ini adalah yang pertama setelah USM diiktiraf sebagai universiti Apex. Transformasi yang berlaku ke arah Apex meliputi segenap sudut termasuk pentadbiran, kakitangan, pensyarah, mahasiswa, pembelajaran, kajian, aktiviti kemasyarakatan, dan sebagainya. Maka seeloknya, pilihanraya kampus juga ada transformasinya tersendiri.
Pilihanraya kampus dalam universiti Apex sewajarnya dilakukan dengan penuh profesional dan telus dengan harapan perwakilan yang terpilih nanti mampu menggalas amanah yang lebih mencabar, bukan lagi seperti perwakilan-perwakilan sebelum ini. Sebelum ini wakil MPP hanya berlegar di peringkat univesiti, atau lebih jauh pun hanya di peringkat nasional. tetapi wakil MPP kali ini perlu menggalas harapan sebuah universiti Apex yang bertaraf antarabangsa. Wakil-wakil MPP nanti adalah duta universiti Apex dari Malaysia untuk berhadapan dengan cabaran di peringkat antarabangsa.
Jadi, pilihanraya kampus kali ini tidak boleh seperti pilihanraya-pilihanraya lepas, yang dilabel dengan pelbagai tohmahan yang tidak manis. Kita mahu keprofesionalan dalam pengendaliannya. Usah diulangi perkara yang sama. Ketepikan sentimen-sentimen lama. Biar pilihanraya kampus kita kali ini menjadi contoh kepada universiti lain. Pilihanraya kampus kita bebas daripada campurtangan pihak tertentu, cemuh-mencemuh, memprovokasi sesama sendiri, hasut-menghasut dan sebagainya. Berpolitiklah secara profesional tanpa ada pihak yang campur tangan. Mahasiswa adalah untuk mahasiswa. MPP adalah penghubung mahasiswa kepada pihak pentadbiran, masyarakat sekitar dan antarabangsa. Maka MPP yang akan terpilih harus menjalin hubungan baik dengan mahasiswa, hubungan baik dengan pentadbiran dan meningkatkan potensi diri untuk menghadapi medan antarabangsa. Jika MPP hanya mempunyai hubungan yang baik dengan salah sati pihak sahaja tanpa mengambil kira hubungan dengan pihak yang satu lagi, dikhuatiri MPP tersebut akan bermasalah. Jika MPP rapat dengan pentadbiran sahaja, akan bermasalah. Begitu juga jika MPP hanya rapat dengan mahasiswa sahaja, akan juga bermasalah. Oleh itu calon-calon yang bertanding untuk kerusi MPP ini harus mempersiapkan diri degan baik supaya MPP dapat dilihat sebagai badan pelajar yang berwibawa.
Posting aku kali ini berharap, jika benar pilihanraya kampus akan berlaku pada masa yang diberitakan, maka kita semua berilah kerjasama. Yang ingin bertanding, semoga berjaya. Yang tidak bertanding, berilah kerjasama sepanjang prosesnya. Bagi yang mengendalikan proses pilihanraya kampus ini, lakukan yang terbaik kerana ia adalah amanah yang akan disoal oleh-Nya. Semoga pilihanraya kampus kita kali ini lancar dan lebih profesional dan bertaraf Apex.
7 comments:
hahaha pro mende nya. kasi tempoh kempen dua hari je. mabuk ke ape.
maaf menyibuk..saya tidak berada di mana2 pihak..sekadar ingin bertanya kemusykilan..
jika benar tentang web yg ditunjukkn notis pilihanraya kampus..mana link??nak juga tgk..kerana kawan saya..seorg mpp..tidak tahu menahu langsung tentang tarikh pilihanraya..hanya mendengar khabar angin-pilihan raya dah dekat..tarikh/makluman umum belum keluar..
harap dpt dijawab kemusykilan dan anda tidak prejudis terhadap saya..be rasional of my question..thx
http://www.aspirasi.sfi.my
terima kasih alief
maaf kerana terlupa meletakkan link tersebut dalam posting ini. ini linknya
http://www.aspirasi.sfi.my/images/stories/notis_pemberitahuan_page_1.jpg
jika menurut alief, rakan mpp saudara pun tidak tahu menahu, itu saya tak tahu. sebab itu tulisan saya itu tidak fokus sangat bila,siapa,bagaimana pilihnraya tu akan berlangsung. sebab sumbernya mungkin boleh direka-reka.
namun, jika alief juga pernah dgr khabar angin akan berlaku pilihanraya, maka tak melenconglah tulisan saya ni.
Sekadar berkongsi pendapat.
to alief
kalo notis tu btul2 ditampal, kawan mpp ko tak tahu jg, npk sgt kwn mpp ko tu x alert. camna la dia ble jd mpp. keh keh keh patutnye prk ni buat sem lepas lg. sem ni tinggal bape hari je lg. xde mood aku nk ngundi.
apa profesional2? awak yg x profeesonal. posting ni hanya berteraskan khabar angin. be profesonal la. if u want to post something, based on facts, not rumors. that is profesional
hontoni?
ok lah 2.. dgr khbr angin utk bjage2. xde la xtahu mende2 plok. rumor pn kne tahu utk dinilai n bjage2. to make up d plan. be realistic heh. and, dun be so emotional. its up to him wanna post whatever he wants.. slagi x mnimbulkan fitnah, atau ape2 yg luar syar'ie.
Post a Comment