© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, March 27, 2009

Hindarilah UMNO, kembalilah kepada Islam!

Sembang pasal politik lagi...
Masih pasal Umno.

Umno baru saja dapat saf kepimpinan baru. Pelbagai reaksi lapisan masyarakat terhadap kepimpinan baru Umno ini. Bagi juak-juak pengampu, biasalah, mereka akan memuja-muji kepimpinan baru ini. Bagi yang meluat dengan Umno, pelbagai reaksi negatif pula diutarakan. Walaubagaimanapun, identiti rasuah dalam Umno tidak dapat dipadamkan. Malah juak-juak pengampu juga tidak dapat menafikan betapa parahnya penyakit Umno ini. Sehinggalah sampai kepada pemimpin pun, dilantik dari kalangan perasuah. Inilah akibatnya, apabila fahaman nasionalisme dianuti oleh mereka.

Fahaman kebangsaan, nasionalisme dan sekularisme yang menjadi ideologi Umno ini akan terus merosakkan Umno. Fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam ini akan bertindak seperti virus HIV yang membawa penyakit AIDS (yang berupa rasuah, salahguna kuasa, menindas, rasis, dll). Penganut-penganut fahaman sesat ini akan hilang daya tahan terhadap penyakit-penyakit aqidah, akhlak dan sosial. Sifat amanah, bijaksana, teguh pendirian dan seumpamanya akan dimamah oleh fahaman sesat yang didokongi mereka ini.

Apa ada pada Melayu? Apa untungnya membicarakan ketuanan Melayu, kerana ketuanan Melayu akan membuatkan bangsa-bangsa lain tertindas dan iri hati. Orang lain akan menyimpan perasaan dendam dan tidak puas hati. Maka akan wujudkah keharmonian dalam bermasyarakat? Kerana itulah sehingga hari ini, perpaduan kaum yang diwar-warkan hanya gimik semata-mata. Perpaduan Umno,MCA,MIC dalam BN hanya satu perhubungan rapuh yang akan berkecai bila-bila masa.

Kita lihat fahaman Zionisme. Zionisme adalah satu fahaman sekularisme, nasionalisme dan rasis. Golongan Zionisme ini boleh juga diterjemah perjuangan mereka kepada "Ketuanan Yahudi". Ya, Zionis adalah pertubuhan yang mahu melihat Ketuanan Yahudi terjaga dalam politik dunia. Lihatlah siapa yang menjadi korban kepada Ketuanan Yahudi ini? Fahaman sesat mereka telah membutakan hati mereka terhadap sifat perikemanusiaan. Barah fahaman sesat ini mematikan sifat kasih sayang kepada manusia lain yang bukan Yahudi.

Ketuanan Melayu? Ketuanan Melayu juga sedang dan akan terus menindas. Ada pihak yang akan marah apabila mengatakan Ketuanan Melayu Umno sama dengan Ketuanan Yahudi Zionis. Ya, ketuanan Melayu Umno lebih baik dari Zionisme. Lebih mulia dari zionisme. Tetapi perbezaan Umno dengan Zionis hanyalah sedikit. Disebabkan Zionis itu dari kalangan Yahudi, gerakan penindasan mereka lebih cerdik dan berkesan, manakala Umno pula dari kalangan Melayu yang lemah minda dan kurang cerdas. Sebab itu kezaliman Umno masih tidak mencapai tahap kejahatan Zionis. Tetapi, falsafahnya sama. Menindas, dan menzalimi. Yahudi membenarkan riba jika riba itu melibatkan orang bukan Yahudi, tetapi bagi mereka haram riba sesama Yahudi. Itu langkah penindasan yang bijak. Manakala Umno, semua sapu. Tidak bijak sebab dengan orang Melayu sendiri pun tertindas.

Dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini, agenda ketuanan Melayu masih tidak sunyi diperkatakan. Sudah berpuluh tahun, ketuanan Melayu menjadi rukun dalam PAU. Apabila menjadi rukun, maka PAU tidak sah jika idak menyebut agenda ketuanan Melayu. Ditambah pula sunat muakkad menjulang keris tanda membela ketuanan Melayu. Entah bagaimana mereka berfikir. Mentaliti dulu, kini selamanya masih tidak berubah walaupun arus dunia sudah jauh meninggalkan mereka.

Dalam era kebangkitan Islam diserata dunia, masih ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang menjadi penghalang dan penentang kepada kebangkitan Islam. Kerana tidak faham dan jiwa yang dilemahkan virus sekularisme dan nasionalisme, umat Melayu Umno terbabit dalam percaturan musuh Islam untuk menghalang kebangkitan Islam. Kita umat Islam, ketuanan Islam adalah yang kita mahukan. Ketuanan Islam bebas dari fahaman rasis, bebas nasionalis, bebas sekularis, bebas dari penindasan dan segala kebaikan terhimpun dalam Islam. Semua pihak terbela.

Umat manusia seluruhnya mengakui kesempurnaan Islam dan kemuliaan Islam. Jika kita menolak Islam, jika kita ragu-ragu dengan Islam, jika kita menbenci Islam, bermakna kita membenci kemuliaan. Kita menafi hak diri kita untuk memperoleh kesempurnaan Islam. Tiada orang yang menolak kemuliaan, melainkan orang-orang yang dihina oleh ALLAH. Maka marilah kita sama-sama jauhkan diri daripada mendapat penghinaan dari ALLAH. Tidak akan sekali-kali hina sekiranya kita dimuliakan oleh ALLAH, sekalipun seluruh manusia menghina kita. Dan sekali-kali tidak akan mulia kepada sesiapa yang dihina oleh ALLAH, sekalipun seluruh manusia menjulangnya!

WaLLAHU a'lam

10 comments:

Anonymous said...

celaka pkianat melayu! mhina bangsa sendiri.kau blaja kat u, sape support? krajaan pas ke!!!!!

Unknown said...

UMNO hanya membodohkan kaum melayu, memainkan isu perkauman & agama. lagu-lagu seperti melayu tertindas, agama islam diancam, telah dinyanyikan selama 50 tahun. padahalnya, dia yang memerintah selama ini and boleh menggunakan segala kuasa kuasa agensi kerajaan untuk memlaksanakan segala rancangan. 52 tahun dah, melayu masih tertindas??? saya betul betul hairah siapa yang sebenarnya mengindas melayu.

kaum melayu patutlah sedar bahawa di bawah pemerintatahan UMNO, walaupun diberi 400 tahun lagi, melayu tidak mungkin jadi gagah dan kuat. malang, mereka akan sentiasa dirinya tergugat dan tiada kepercayaan pada diri sendiri kerana inilah teknik UMNO untunk membodohkan melayu supaya mereka terpaksa sentiasa bergantung pada mereka.

tibalah masanya untuk melayu mecuba parti yang lain membangunkan bangsa, negara and agama.

Anonymous said...

pembela(really?)
do you realize that your comment reflects your mentality?

Anonymous said...

pembela..pembela..pembela..ko bela sape? bela umno ke bela melayu,kiter blaja kat u ni bg sape yg berduit disupport oleh mak bapak.bg yg x berduit pon di support oleh mak bapak gak melalui perantaraan ptptPu yg dipungut dr wang gaji mak bapak gak, kerajaan hanya tuka mengurus duit je,bkn tukang hulur duit

Anonymous said...

ape lak julang keris tu sunat muakad? hahaha fardu ain tuuu

Kakkoii said...

betolla tu sunat muakad. kalo diorg lupa angkat keris, dorang akn sujud sahwi kehkeh

gua sokong lu chong. umno yg rosakkan mlayu. parti semak samun. wakaka. parti yg mdokong genetik bangang melayu.

lu tak suka umno, tapi lu sokong islam ke tak? gua sgt setuju dgn empya blog. Islam tu mulia. sesiapa yg tak sokong Islam, maknanya dia x mulia. lu pon x mulia kalo lu tolak Islam.

Islam mulia. tak ada kecacatan dlm Islam. lu kena yakin, Islam adalah sistem yg paling sempurna atas dunia ni. cuma lu tak nampak sbb ramai Islam ni dipegang oleh melayu maaa. melayu bangang, tambah2 melayu umno. dorg ambik Islam x sampai 5%. org melayu pas pon tak ambik 100%. paling tinggi pon x sampai 60% sistem Islamnya. sbb tu lu tak nampak.

kalau lu, chong, seorang yg cerdik, lu akan kaji Islam. bukan kaji org Islam. gua yakin kalo lu terima Islam, dan amal Islam dgn sempurna, lu akan jd org paling hebat atas bumi. tambah pula lu genetik cina (kalau betul la). gua rasa genetik cina kalau terima Islam, boleh top atas dunia ni beb. Islam akan dpt ke tempat asalnya yg tinggi. harap melayu, susah sket.

hahaha

Anonymous said...

mana lebih teruk?...pengkhianat bangsa ke perkianat islam?..ana rasa pndangan umno mcm ni
pengkhianat bangsa = apabila mengkhianati bangsa utk menegakkan hukum Islam
tp perlu diingat..
pengkhianat islam = apabila menghalalkan yg haram...contoh paling baik rasuah di halalkan dgn politik wang...x gitu?...bukak Quran,buka hadith "orang yg memberi dan menerima rasuah adalah ahli neraka"

"dunia penjara bg mereka yg beriman,syurga bagi mereka yg lalai."

Anonymous said...

perhhh umno tu jht sgt ke? lebih jahat dr dap ke yg trang2 tolak negara islam pas, korg x bising? kepala babi laa pjilat2 PR!!

dEe Di a.k.a. KeNg hAu said...

i would say from the eyes of non-malay plus the eyes of Sabahan and Sarawakian, mostly la... maybe i'm wrong but we don't care much PAS or either UMNO

what we see is you guys killing ur own kind... kinda funny and foolish..
to be realistic, i don't think a government with no corruption will exist... nothing perfect...

instead of fighting among ourselve, why don't work as one, work our best for Malaysia...

me as non-malay really don't care, just don't block my way and interrupt my life..

all comments are politics based, huhu

rajawali said...

betoi sedare daniel, tp kita yg phmkn depa2 yg nk bersatu atas dasar melayu ni ssh..xkn leh bersatuny kl atas dasar melayu,msti ade kepentingn len gk...kl bersatu atas name melayu,mane nk ltk bngse2 len???mcm mane nk maju mesia kl dok bising nk bersatu atas name melayu...jom, ni nk bg phm kt ameno ni, meh bersatu atas nama ISLAM...melayu ka,cina ka,india ka,papua new gini ka, kl islam kita bersatu...tgkkn islam, bkn tgkkan melayu...dlm kubur nnt ingt Allah nk tnye korg bngsa ape?astafhrullah,kmbali pada islam yg sbenar, insyaAllah corupsi2 tu blh dielakkan...
yes nothing perfect, but remember the perfection pimpinan sultan muhammad al fateh dlu, pimpinan saidina Abu Bakar, pimpinan khlifah abdul aziz, sume berdasarkn islam...BUKAN MELAYU OR WATEVER..
sekadar dari saya yg daif

Ũ