© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, February 27, 2009

Kerajaan yang 'loklaq'

Kaji kenaikan tol: PM - UtusanOnline

Syarikat konsesi mesti prihatin situasi semasa

PATTAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kabinet mengkaji semula keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya yang diumumkan kerajaan semalam, kerana kenaikan itu yang sepatutnya berkuat kuasa Ahad ini tidak sesuai dengan situasi semasa.

Perdana Menteri berkata, kenaikan kadar tol itu diputuskan Kabinet beberapa minggu lalu ketika keadaan ekonomi ketika itu berbeza.

"Apa yang dibincangkan dan diputuskan itu dibuat dua tiga minggu lalu dan sejak itu keadaan ekonomi menjadi bertambah buruk.

"Memandangkan rakyat sedang dalam kesusahan, pada masa sama kerajaan nak pastikan ekonomi dapat dirangsang, maka langkah menaikkan tol itu akan dibincangkan semula dengan mengambil kira situasi semasa," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat ketiga Menteri Pertahanan Asean di sini, semalam. baca lagi...


Apa daa... Naik dulu baru nak kaji? Loklaq sungguh...


3 comments:

Anonymous said...

woi bukan slaah kerajaan laaa tu syarikat konsesi punye keje. main taruk je

Anonymous said...

syarikat konsesi tu krajaan punya. biasa la nk lindung diri, salahkan konsesi.

Memang kerajaan sepatutnya kaji betul2. sama mcm kenaikan harga minyak dulu. kajian hya dibuat slepas harga dinaikkan. mmg berol la penulis ni kate loklak.

Anonymous said...

Kerajaan LOKLAQ,
Politik dia pon loklaq,

Biaq smua lingkop dulu la baru kaji..
camni lg best, PakLah ooii.

Ũ