© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, April 19, 2010

Kalau Bebas, kenapa perlu sokong Umno/BN?

YB Zahrain, YB Zul Nordin dah jadi wakil rakyat bebas.
Sama dengan YB-YB lompat dari PKR menjadi bebas.

Bebas... Tapi menyokong Umno/BN.
Siap nak kempen untuk Umno/BN di Hulu Selangor.

Di mana prinsip perjuangan mereka sebelum ini?

Bukankah sewaktu mereka menggerakkan PKR dulu, kepincangan dan kebobrokan Umno/BN di
londeh habis-habisan? Tidak ada perkara baik pada Umno/BN. Rakyat tumpang gembira ketika mereka menang dalam pilihanraya, yang menggambarkan berjayanya mereka menumbangkan gergasi yang membusuk sampai ke usus itu. Mereka dijualng sebagai wira rakyat, di bawah panji-panji PKR-Pakatan Rakyat.

Hari ini mereka melompat. Ada yang dipecat. Isytihar jadi bebas. Alasannya, tidak sebulu dengan PKR. Alasannya sudah tidak tahan dengan karenah politik pempimpin PKR. Alasannya PKR tidak banyak membantu rakyat. Tambah perisa lagi, alasannya hilang kepercayaan kepada Dato Seri Anwar.

Terbaru, Dr Halili, bendahari PKR Hulu Selangor, turut melompat keluar PKR, dan masuk Umno.

Ya... mereka bebas menyatakan pendirian mereka. 'Hak asasi manusia' untuk lompat sana-sini. Kita tahu, PKR adalah parti yang masih muda. Baru kurang lebih 11 tahun. Kalau manusia, baru darjah lima. Balighnya pun belum. Jadi tak dapat dinafikan ada sedikit kepincangan sana sini. Semua itu perlu diperbaiki dari masa ke masa. PKR adalah parti yang menerima ahlinya secara pukal, tanpa tapisan, baik dari kalangan pimpinan ataupun ahli bawahan. Tak kira yang ada kepentingan ataupun yang ikhlas berjuang. Semuanya masuk dalam bakul PKR.

PKR cekal menempuh dugaan demi dugaan dalam politik. Susah payah diharungi oleh parti mentah dalam berdepan dengan parti tua yang membusuk ke usus. Ujian kesusahan dapat diharungi. PKR menang besar dalam PRU-12. Namun benarlah kata orang, ujian kesenangan lebih mencabar. Ujian selepas kemenangan adalah tapisan yang menampakkan belang-belang manusia.

Ya... setiap alasan mereka sama. Tidak setuju dengan pimpinan PKR. Hilang kepercayaan terhadap dato Seri Anwar. PKR tidak buat kerja untuk rakyat-asyik berpolitik sahaja! Jika itu alasannya, ok, silalah keluar. jadilah YB-YB bebas. Bebas bekerja untuk rakyat. bebas dan tak perlu tunduk kepada arahan-arahan parti PKR. Buatlah kerja untuk kesejahteraan rakyat, sekiranya prinsip perjuangan anda masih utuh dan tidak goyah. mungkin PKR sahaja yang membantut prinsip mereka. Fine... anda boleh keluar.

Tapi, yang menjadi masalah dan menghairankan, mereka tidak bebas sepenuhnya. Sanggup pula menghina maruah dan harga diri dengan tunduk pula kepada Umno/BN. Mudah-mudah saja memberi sokongan kepada BN. Mahu pula berkempen untuk Umno/BN! bebaskah mereka? Bukankah Umno/BN dulu jijik bagi mereka? Kali ini sanggup menjilat dan menghirup semula ludah dan kahak mereka?Jika Umno/BN busuk ke usus, PKR pula caca merba, jadi tak payahlah sokong mana-mana. Jadilah YB bebas yang sebenar-benar bebas dan kita mahu tengok setakat mana keBebasan itu memberi manfaat kepada rakyat.

Kita lihat setiap kalu ada YB lompat, mesti isytihar jadi Bebas. Dan menyokong Umno/BN... bukan menyokong sahaja, mahu berkempen pula untuk kemenangan Umno/BN.

Nyatalah perjuangan mereka sebelum ini bukanlah perjuangan ikhlas mahu membela rakyat. Tetapi hanyalah untuk kepentingan peribadi. Tidak dipilih menjadi calon, digugur daripada senarai Exco, hilang kepercayaan dan macam-macam lagi, tidak lain tidak bukan hanyalah alasan yang diskripkan oleh pihak tertentu.

Apa-apa pun, yakinlah bahawa inilah pembersihan selepas mengaut secara pukal. Membeli sebakul limau nampak banyak. Murah pula. Tapi balik rumah, yang buruk dan busuk kita buang juga.

Sampai bila PKR ini akan menjalani proses pembersihan? Masih ada lagikah biawak-biawak hidup di dalamnya? Masih adakah berudu yang mula berevolusi dan mahu melompat?

WaLLAHu a'lam...

p/s: Apakah 'Bebas' bermakna bebas menyokong parti mana yang disukai? Jika begitu tentu parti yang bagi duit sangat disukai... :)

2 comments:

usana said...

ni artikel org desprate ke? haha nak wat camne, tembelang pkr dah semakin jelas. org luar x tahu. diorang pernah ada di dalam, tahu ler... ko xyah nak sedih2. bukan dapat ape pon. hahaha. kita tgk sape lak kene tsunami politik.

FFF said...

ni artikel org berfikir la kawan... kalu betul pkr tu 'busuk' apabila tembelangnye pecah, abis tu kenapa yg pegi ke dlm UBN yg busuk nye hingga usus, yg satu dunia dh tau...?? mcm org lari dr tong sampah sbb busuk, tp die lari ke pusat pembuangn sampah yg lagi2 busuk. ko tak pelik ker...?? LU PK LA SNDIRI

Ũ