"Hujung minggu ni kamu balik tak?" tanya Dr Hazizan dalam kereta ketika kami menuju Pusat islam untuk menunaikan solat Asar.
"Agaknya balik kut..."
"Kamu buat apa setiap kali balik?" Dr Hazizan tersenyum.
"Kalau balik, memang ada ja kerja-kerjanya... termasuk ziarah datuk, nenek dan moyang"
"Oooo... atuk dan nenek sakit ke?"
"Biasalah, orang tua-tua. Moyang saya pula umur dah lebih 100 tahun Dr."
==================================================
Lepas Asar, aku pulang ke hostel. Baru saja log in laptop aku, emak call.
"tok nek dah tak da..."
"innaliLLAH..." jawabku spontan.
"baliklah... ambik adik fizi sama..."
"bila lagi tok nek meninggal?"
"baru tadi..."
"ayah dah tau?"
"ayah tak tau lagi. Hang call bagitau ayah. ayah pi KL pagi tadi..."
=================================================
Aku cepat-cepat berkemas mahu pulang. Aku memberitahu Dr Hazizan, esok aku bercuti. Aku call Abg Najib yang aku tak jadi hadir liqa' malam ni. Aku beritahu Zulfirdaus, tak dapat hadir usrahnya esok. Aku kena balik.
Sambil drive, terkenang-kenang juga Tok Nek yang aku selalu berbual dengannya. Adik adik aku suka bergurau dengannya. Anak cucu-cicitnya suka dengan celotehnya. Senyuman tak pernah lekang. "Tok Nek comel..." ujar salah seorang adikku ketika melihat Tok Nek tersenyum.
Tok Nek yang aku selalu ziarah, sudah pergi dijemput-Nya. Tok Nek meneruskan perjalanannya mendahului kita.
Dua tiga hari lepas, roomateku, Azwadi kehilangan datuknya, yang meninggal kerana sakit tua.
Tok Nek aku keadaannya tidak sakit. Tetapi kontraknya untuk hidup di dunia sudah pun ditamatkan. 100 tahun lebih, bermakna dia pernah hidup di zaman Khalifah Turki Uthmaniyyah. Hari ini, Tok Nek sudah kembali ke rahmatuLLAH.
Ya ALLAH, ampuni dosa-dosa Tok Nek seluruhnya. Kasihanilah dia.
Al-Fatihah...
2 comments:
Takziah.
Moga Allah merahmati roh beliau, tok azwadi, cik nan dan semua muslimin muslimat. amin
Takziah.
Ana di maklumkn dalam liqa semalam.
Rangkuman Al-Fatihah untuk Tok nek nta,Tok azwadi, Tok abang amer dan Cik Nan.
Ternyata Ini adalah tanda- tanda peringatan dari Allah, menjemput kaum keluarga sahabat2 dalam keadaan yang berturut-turut.
Moga Roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan orang-orang yang beramal Soleh
Insya'Allah. Amin
Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah TAQWA.
Wallahu'alam
Post a Comment