Dunia blog semakin rancak. Pada sesetengah orang, mungkin difikirnya orang yang berblog adalah orang yang tiada kerja lain hendak dibuat. Bagi politik tanah air, blog adalah satu bentuk media baru yang hangat diperkatakan, sejak tsunami politik melanda Mac 2008.
Bagi Pakatan Rakyat sendiri amnya, dan Parti Islam khasnya, blog menjadi salah satu senjata yang berkesan untuk menyerang lawannya Umno/BN. Blog-blog baru pro-PR tumbuh mebantu mempercepat sebaran-sebaran maklumat. Tidak lama seelpas itu, Umno/BN yang menyalahkan blog sebagai penyebab tsunami politik, turut mengaktifkan blog-blog pro-Umno/BN untuk menyerang PR pula.
Sudah lebih setahun berlalu, hari ini dunia blog PR terutama Parti Islam seolah-olah menjadi senjata makan tuan. Dari satu isu ke satu isu, nampaknya blog-blog menampakkan seolah-olah Parti Islam ini berpecah kepada dua atau tiga. Wujudnya istilah pro-UG, pro-erdogan, pro-EGM, anti-EGM, anti-Terengganu dan macam-macam lagi menunjukkan dunia blog sudah tidak menjadi senjata yang berkesan (?), malah boleh memburukkan persepsi ahli dan masyarakat terhadap Parti Islam.
Munculnya kumpulan-kumpulan blogger yang entah dari mana tarbiyahnya mengaku pro itu pro ini, anti itu anti ini, menghentam pemimpin itu dan ini, menjulang tokoh itu ini, menambah burukkan lagi persepsi terhadap Parti Islam. Nampak macam ada kekeruhan. Celah-celah tu, Zahid Hamidi pula kata doa pecah belahkan Umno/BN kembali terkena Parti Islam. Jangan kata tak ada orang yang percaya dengan Zahid Hamidi.
Kuasa blog dulunya baham Umno/BN, kini menyerang Parti Islam, oleh blogger-blogger sendiri, yang kononnya pro-itu dan anti ini dalam Parti Islam. Selamba saja idea-idea yang tidak ditapis oleh akhlak murni dan ketaqwaan dihamburkan dalam blog kononnya "ini blog aku yang punya". 'Aku'punya suka mau tulis apa-apa. Banyak cantik. Tapi itulah hakikat blog. Blogger-blogger Umno/BN kita sudah tahu bagaimana akhlak mereka. Caci maki, mainan biasa. Tetapi dalam Parti Islam, akhlak seperti bloggers Umno/BN dilihat wujud. Tak mahu cerita panjang, anda sendiri faham.
Habis bagaimana menghadapi gelombang fesyen terkini ini? Bagaimana menghadapi hujan-hujan berita blog yang sukar ditepis? Sebetulnya, pemimpin hari ini nasibnya begitu, perlu berhadapan dengan hujan sebaran maklumat sebegini pantas. Pemimpin hari ini perlu cergas menghadapi senjata blog yang makan tuan. Adalah lembab bagi seseorang pemimpin apabila sudah dua tiga hari isu berkumandang, apabila ditanya beliau menjawa "ana belum baca blog pemimpin itu".
Lihatlah, Pak Lah tumbang kerana tidak bersedia dengan dunia blog. Dr Mahathir dianggap hebat kerana beliau berkuasa di zaman kuasa blog belum dikenali. Kalau dia PM zaman ini, tentu takkan sampai 22 tahun memerintah negara. Bagi Parti Islam, hakikat ini perlu diambil perhatian. Dari sudut akhlak dan kewajaran, tidak patut kita menerima bulat-bulat apa yang bloggers hamburkan. Tetapi pimpinan wajar ambil perhatian kerana marhean rata-rata menerima apa-saja maklumat dari blog-blog yang mereka rasa boleh dipercayai.
Bagaimana sesuatu itu boleh dipercayai? Untuk memperoleh kepercayaan pembaca kepada sesuatu maklumat, boleh diasah dan dilatih. Blogger boleh mengasak para pembaca blognya untuk mempercayai tulisannya. Kalau sekali baca mungkin tidak percaya, tetapi mungkin 10 kali baca, corak berfikir pembaca itu akan berjaya diubah sedikit demi sedikit. Asakan berterusan, minda pembaca akan selari dengan orientasi pemikiran blogger tersebut. Tambahan hujah-hujahnya boleh diterima akal sekalipun sesetengahnya lari dari maksud sebenar. Maka hal ini menjadikan blog tersebut ada 'audiensnya'. Tambahan pula figure yang 'diserang' itu mempasifkan diri dan dilihat seolah-olah tunggul sahaja. Tidak membuat penjelasan, dan tidak pula menjawab pertuduhan.
Kalau dulu, pimpinan akan mengemukakan perbezaan pandangan dalam mesyuarat, halaqah, usrah. Tegur menegur, bahas dan debat sesama pimpinan. Hari ini, ahli dan rakyat turut sama dalam perbahasan sesuatu isu. Macam-macam pandangan, idea dan kritikan, dari pelbagai kelas masyarakat berlegar dalam alam tanpa sempadan. Kalau ada sempadan, hanyalah sempadan iman dan taqwa. Sesetengah maklumat mungkin jua berupa hasutan, putarbelit fakta dan sebagainya.
Malang sekali apabila ada bloggers yang menghamburkan apa yang difikirnya tanpa soal selidik dan hanya menurut sentimen. Manipulasi yang membawa fitnah kepada Jamaah Islam sangat perlu dielakkan. Jika anda tidak memahami sesuatu isu sepenuhnya, janganlah memberi komen yang bias kepada sesiapa. Simpan ulasan anda itu sekalipun anda rasa betul dan perlu disebarkan, sehingga perkara itu benar-benar sahih, supaya anda tidak menjadi punca sesuatu fitnah itu tersebar.
Lihatlah hari ini, kenyataan blog Tok Guru yang mencadangkan EGM. Maka bloggers yang kononnya 'sehaluan' dengan Tok Guru terus menari 'berkempen' memecat presiden dan beberapa pimpinan, kononnya itulah yang disebut dalam tulisan blog Mursyidul Am itu. Kemudian ditokok tambah lagi dengan 'kesilapan-kesilapan' figure-figure tersebut yang menghalalkan mereka dipecat. Kenapa begini? Sebabnya audiens blog mereka sudah 'beriman' dengan blog mereka. Maka mudah sekali mereka sebarkan apa yang ada dalam benak mereka selama ini. Dibimbangi semakin ramai pengikut setia blognya, yang mengiyakan ideanya, blogger itu akan menjadi takbur dan ujub dengan diri sendiri, kononnya ideanya hebat.
Terfikirkah kita akan benarkah maksud Tok guru sedemikian? Mungkin idea tok guru rasa seperti selari dengan kita, tapi betulkah maksud tok guru begitu? Pernahkah kita bertanya tok guru sebelum kita menghuraikan idea tok guru mengikut benak kita? Kalau benar tafsiran kita, mujurlah. Kalau silap pula, bagaimana? Sedangkan 'peminat' blog kita sudah menghadam tafsiran kita. Lebih teruk, ulasan isu itu adalah mengulas ulasan orang lain.
Timing Tok Guru mencadang EGM boleh juga dipandang dari sudut lain, iaitu membenamkan berita-berita gembira Umno/BN pasca Bagan Pinang dan Bajet 2010. Isu Bajet yang penting itu dialih kepada berita EGM oleh media Umno. Keberkesanan alihan isu ini tak mahu ulas. Dari segi lain pula, serangan terhadap Umno/BN kurang ditumpu kerana masalah dalaman begini. Bukankah keadaan ini memberi ruang untuk Umno/BN memulih organisasi? Umno sudah bergimik pulih. MCA sudah 'berdamai'. Tiba-tiba musuh mereka bergoncang...
Entry ini bukanlah untuk menyokong atau tidak menyokong mana-mana pihak. Cuma mahu berkongsi pandangan mengenai fenomena blog pada hari ini yang boleh juga menjadi senjata makan tuan. Kitab-kitab kuning tidak mengajar tentang blog dan akhlak berblog. Tiada satu pun kitab Fekah Blog. Jadi dunia blog tiada sempadan, melainkan sempadan iman dan taqwa. Mudah-mudahan kita semua tidak terjebak dalam penyebaran fitnah dan tidak pula termakan dengan fitnah.
Sekadar menambah ajinomoto yang ada...
WaLLHU a'lam...
p/s: Orang kata ajinomoto tak boleh banyak sangat. nanti botak kepala...
3 comments:
antara posting2 dalam blog2 yang menghentam dan membela ug atau sebaliknya, inilah posting yg terbaik!
Sekali lagi aku dapat membaca suatu posting dari awal hingga ke akhir perenggan. Tahniah juga untuk diriku sendiri!
kes kes kes
meh kita semua. pakat solat hajat mtk allah berikan kesudahan terbaik utk pas. Yg p haji doa2lah sungguh gak. Mohon agar PAS akan menjadi pemimpin pembaharuan malaysia dan dunia, insya Allah
anda disaran untuk berhenti berblog, tq
Post a Comment