Seekor burung dari spesies yang hampir pupus selamat bertelur di sebuah sarang di atas sebuah pohon yang tinggi. Tiga biji telurnya dieram penuh kasih-sayang.
Antara tiga biji telur itu terdapat sebiji telur yang bersaiz kecil, lebih kecil dari dua biji yang lain. Si ibu burung kelihatan lebih menyayangi telur-telur yang besar. Baginya, telur-telur besar itu berpotensi untuk menetaskan anak burung yang besar dan gagah untuk menyambung generasi burung yang hampir pupus itu. Manakala telur yang kecil itu mungkin akan menetaskan anak burung yang kecil dan lemah, seterusnya akan mudah menjadi habuan haiwan pemangsa yang lain.
Tiga minggu kemudian telur-telur itu masih belum mahu nenetas. Biasanya spesies burung itu menetas dalam masa tiga minggu sahaja.
Tuk...tuk... tuk... bunyi ketukan perlahan-lahan kedengaran. Ibu burung mencari-cari bunyi tersebut.
'ah? telur kecil ini sudah mahu menetas?' ibu burung sedikit tidak senang hati. Sikap pilih kasihnya terhadap telur-telur besar itu membuatkannya tidak senang duduk kalau-kalau telur kecil itu menetas dulu. Anak burung di dalam telur kecil itu sudah mula proses memecahkan kulit telur!
Si ibu burung tidak tahan sabar lagi. Ia mahu anak-anak dari telur besarnya menetas dahulu. Lalu, didorong oleh sikapnya itu, si ibu burung mematuk telur-telur besar itu perlahan-lahan. Lama kelamaan, telur-telur besar itu pecah. Keluarlah anak burung seperti yang ditunggu-tunggu ibu burung. Anak-anak burung itu kelihatan besar, sebesar telur asalnya. Manakala telur kecil itu masih belum mahu menetas. Bunyi patukan kecil dari dalam telur terus kedengaran.
'Hm... anak-anak, tengok si kecil itu belum mampu keluar seperti kalian...' ibu burung berkata bangga sambil menyuap makanan ke dalam mulut anak-anaknya. Anak-anak burung itu membuka mulut untuk disuapkan makanan oleh ibu burung.
Tiga hari kemudian, barulah telur kecil itu menetas. Seekor anak burung kecil berbunyi memecah kesunyian. Ibu mereka keluar mencari makanan. Tidak seperti anak-anak burung besar yang hanya diam sahaja sejak menetas, anak burung kecil ini kerap berbunyi.
Ibu burung pulang.
'oh... si kecil sudah menetas?' ibu burung memotong sebahagian kecil makanan untuk anak nurung kecil. Manakala bahagian makanan yang besar disuap kepada anak-anak burung yang besar, sebagai tanda memilih kasih.
'saiz kecil, makan tak perlu banyak-banyak...' ibu burung berkhutbah depan anak-anaknya. Disamping itu, ibu burung sering mengajar anak-anaknya cara-cara terbang dengan baik dan tangkas.
Beberapa hari kemudian, anak-anak burung itu sudah tumbuh bulu sepenuhnya. Anak burung kecil itu berusaha bangun untuk bermain-main dengan anak-anak burung besar. Namun anak-anak burung besar itu kelihatan tidak mahu melayannya. Mereka asyik duduk dan tidur sahaja.
Suatu hari, ibu burung pulang dengan tergesa-gesa dan cemas.
"hai anak-anak ku... kita semua kena berpindah dari sini. Manusia cuba menebang pokok balak dalam hutan ini"
"mahu ke mana ibu?" anak burung kecil bertanya.
"kamu diam. kita akan ke hujung hutan dan mohon perlindungan dari burung-burung lain di sana"
Anak-anak burung besar berpandangan sesama sendiri.
"cepat, ikut ibu... yang tak boleh terbang, mengucap je laa" ibu burung perlahan-lahan meninggalkan anak-anaknya dengan harapan anak-anak besar itu terbang mengekornya. Pada tanggapannya anak burung kecil itu masih belum mampu terbang.
Sangkaannya silap. Anak burung kecil itu terbang mengekori ibunya, manakala anak-anak yang besar itu tidak mampu terbang. Salah seekornya cuba terbang, tetapi terjatuh dari pokok tersebut. Ibu burung terkejut melihat keadaan itu.
Ia segera kembali ke sarangnya. Seekor anak besar kesayangannya sudah mati akibat terjatuh dari pokok.Tinggal seekor lagi yang takut untuk terbang setelah melihat saudaranya mati kerana cuba terbang.
"Mustahil... kenapa boleh jadi begini... anakku ini lebih awal menetas... lebih banyak aku beri makan. Bukankah sepatutnya lebih cepat boleh terbang dengan tangkas?" ibu burung bermonolog sendirian.
Anak burung kecil itu menghampiri ibunya.
"ibu... maafkan aku kerana perkataan yang akan aku perkatakan ini..." anak burung kecil bersuara.
ibu burung memandangnya ingin tahu.
"wahai ibu... sesungguhnya saudara-saudaraku menetas dari alam telur ke alam dunia ini tanpa tarbiyah yang kukuh, sedang aku menerima tarbiyah dari Tuhanku, iaitu aku terpaksa bekerja keras untuk menetas, sedang saudara-saudaraku tidak ditarbiyah dengan cara tersebut. Sebaliknya ibulah yang memecahkan telur mereka"
"otot-ototku dilatih ketika aku berusaha memecakan cangkerang telur dalam tempoh yang ditentukan-Nya, sedang ibu tidak sabar untuk melihat saudara-saudaraku menetas. Mereka belum lagi cukup tempoh yang ditetapkan untuk menjadi burung yang tangkas, tetapi ibu tetap mahu mereka menetas..."
ibu burung terduduk mendengar kata-kata anak kecilnya.
"ibu... walaupun kebiasaannya burung seperti kita boleh terbang, tetapi tanpa tarbiyah, ibu sendiri menyaksikan burung pun tidak mampu terbang... tarbiyah bukanlah teori seperti yang ibu ajarkan kami semua cara-cara terbang... kuliyah dasar yang ibu berikan bukanlah tarbiyah. Itu cuma ilmu dan teori, sedang tarbiyah itu adalah satu proses yang panjang..."
"usaha aku untuk memecah cangkerang telur adalah satu latihan atau tamrin kepadaku untuk memperoleh otot yang kuat. padahal, sepatutnya aku tidak perlu bersusah-payah pun memecahkannya kerana ibu pasti boleh membantu. Semakin susah dan keras latihan yang diterima, semakin bertambah kekuatan aku untuk hadapi dunia luar setelah menetas... bukankah ibu dahulu juga begitu? maafkan aku, ibu..." anak burung menghampiri ibunya. Ibu burung membuka kepaknya mendakap anak kecilnya itu.
Ibu burung terkedu tidak mampu berkata apa-apa. Ibu burung mengakui kebenaran kata-kata anaknya yang bersaiz kecil itu.
-----------
Habis cerita burung... apa yang anda faham tentang cerita rekaan ini?
15 comments:
boleh jd penulis novel kanak-kanak nih... hahaha
kadang2 kebanyakan org yg mendakwa diri pejuang Islam malas utk ditarbiyah. analogi kisah burung ini mmg bernas sekali
Tambah sket... bukan cerita burung, tetapi cerita tarbiyah.
Tarbiyah bukan untuk orang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh ALLAH. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Perjuangan bukan utk org yg mudah merajuk, ditekan sedikit sudah mau lari dari perjuangan, dakwah. Sedikit perselisihan sudah mengugut utk lari!
Perjuangan bukan untuk orang yang mempunyai agenda lain (jawatan,harta benda atau ubm), bukan jua utk org yg hanya rapat dengan sahabat seperjuangan ketika diri tersepit.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan qiamullail, daurah, usrah, tamrin dalam diari hanya selepas ditolak
dengan semua agenda dan hal-hal ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam gerakan
ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last2 minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan ALLAH.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan
terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta,
yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Ayat yang kita selalu dengar, tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap
berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa
pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
aku bermuhasabah diri.
Aku sendiri terlalu kerap menuturkan.
“aku busy.. aku sibuk.. aku penat.. aku letih..”
Adakah ini petandanya aku terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
p/s:-
Kalau anda mahu lari dari tarbiyyah, larilah. Kalau anda mengelakkan diri dari tarbiyyah, elaklah seberapa lama yg anda mahu. Tetapi, ingat! ALLAH tidak semestinya memerlukan anda untuk menegakkan agama-Nya kembali, tetapi anda lah yang memerlukan rahmat-Nya sebagai kunci pintu syurga.
"Jika kamu menolong agama ALLAH, maka ALLAH akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu." (Muhammad; 7)
sekadar menegur diri sendiri dan org2 yg mahu mengambil pengajaran.
WaLLAHU a'lam
adei. kene btg idung la plak
ana suka burung kecik, xpatuk orang, juga sangat comel. xsuka burung besaq, sebab ia berpotensi untuk mematuk dan menyakitkan orang, em, juga kurang comel dari burung kecik...
mcm mana ana kenal burung? betul la, satunya mak ana ajar mase kecik2, "ni burung punai...". Tp satu kes lain masa zaman dulu2 la, ana pernah kena patuk dgn burung, seekor burung besar, lepas tu baru tahu kena hati2 dgn burung besar. Baru lah kenal apa itu burung...baru lah tau burung apa yang bleh main dan y tak...
Tarbiyah pun macam itu. Tarbiyah tu, 'proses mengenal dan mendekatkan diri kepada ALLAH'. Caranya macam2 ada, beruntungnya insan yang ditarbiyah terus oleh ALLAH. Dgn mgenal ALLAH dan sifat2NYA, barulah kenal perjuangn, diuji tidakkan lari,dicabar tidak mengalah, digertak tidak melatah...
burung punai ke burung murai? haha burung apa? burung murai.. burung apa? burung murai.. burung apa? burung murai.. pernah dgr dialog ni? mungkin ada tselit tarbiyah gak....haha
...burung punai...kenal? (^_^)
camna rupa burung punai? mcm kenari x?
ha..ha. xla. x sama. dh lari topik. maap ye tuan admin.
mmg senduk la... meh buka url ni tgk rupa punai canne burung punai
"Tarbiyah bukan utk orang manja.. tarbiyah bukan utk org malas.. and so so.."
ana tak setuju yg tu syeikh..
seharusnya orang sebeginilah yg selayaknya menerima tarbiyah..
salah2.. semuanya salah..
sebenarnya kita semualah yg perlu sentiasa ditarbiyah.. siapa yg konfirm imannya tetap spt malaikat dan sentiasa menaik spt para anbiya'? sudah tentu tdk kn... maka sentiasalah relakan hati utk menerima tarbiyah..
P/S: siapa menang? mongolia duk kat atas ke bawah? hehe
smua org perlukan tarbiyyah.
tp x semua org bsedia utk dtarbiyah.
shahih2..
mungkin kesilapan saya memhami apa itu dakwah dan apa itu tarbiyah...
salam..
nice entry
ana suka dgn ayat anak burung kecik tu
'tanpa tarbiyah, burung pun x boleh terbang'
teruskan menulis.
Post a Comment