© The Mhakk Studio

Thursday, October 29, 2009

Sembang: bagaimana keadaan anda malam ini?

Malam yang gelap....
Lampu rumah masih terang benderang di awal pagi...
Seorang housemate sedang rakus menyelidik ilmu teknologi IT-nya.
Seorang lagi pula khusyuk berdepan dengan laptopnya.
Seorang lagi sedang excited yang dia akan menjadi seorang ayah..modah-modahan mitsali...
Beberapa orang sedang bersembang sambil menonton tv.

bagaimana dengan nasib anak-anak Palestin di sana? Tenang seperti kita kah?
Oh... kita sekadar ingat pada mereka apabila isu Palestine heboh di media... saudara apakah kita ini...?

bagaimanakah keadaan orang-orang yang miskin tidur malam ini? sejukkah mereka dalam pondok-pondok usang mereka? atau sedang mereka tidur dalam keadaan lapar... Oh ALLAH... bantulah mereka...

bagaimanakah keadaan pemimpin kita? Berfikir kuatkah untuk kelestarian jemaah? Berfikir untuk kecermalangan ummah? Oh... mudah-mudahan ALLAH memberkati dan membantu usaha kalian...

bagaimana dengan keadaan emak dan ayah malam ini? Mudah-mudahan ayah dan emak sihat sejahtera. Ya ALLAH, kasihanilah ibu dan ayahku sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecil.

bagaimanakah sahabat-sahabat yang sedang berada dalam study week? minggu depan exam start. Sedang studykah anda sekarang ini? atau sudah tidor? Elok tidur awal, bangun jam 3.00pg, solat 2-4 rakaat minimum, mohon doa, then study apa yang patut. InsyaALLAH, lebih baik dari study sampai lewat tidur... Selamat berusaha dan semoga berjaya.

bagaimanakah adikku di rumah yang akan menduduki SPM? Keputusan trial SPM perlu dibaiki. Jangan rasa selesa. Selamat menduduki SPM, semoga berjaya, lebih berjaya dari abang-abang dan kakak-kakakmu... InsyaALLAH...

bagaimana pula keadaan ahli keluarga kanak-kanak mangsa jambatan runtuh? Lenakah tidur mereka? Ya ALLAH... berilah mereka kesabaran...

bagaimana umat Islam seluruh dunia...? Ya ALLAH... jadikan aku sentiasa ingat kepada mereka... berikan aku upaya mendoakan kesejahteraan mereka...

~ Selamat Malam ~



No comments:

Ũ