© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, October 12, 2009

Mari menginsafi diri

SubhanaLLAH... gambar di bawah dirakam di Padang, selepas 3 hari gempa bumi.

Awan kemerahan berbentuk tulisan الله (ALLAH) kelihatan di langit Padang...
(Gambar: KLpos.com)

Macam-macam ALLAH tunjuk kekuasaannya, supaya manusia sedar. Tapi berapa kerat yang sedar, sedang yang lainnya? Masih lalai dengan dunia, masih gila dengan kekayaan, masih takbur dengan kuasa, masih kebulur dengan rasuah... Peringatan-peringatan ALLAH diabai. Teguran alim ulama diperli main. Nasihat tok-tok guru tak diendah. Manusia tahu, kiamat sudah dekat. Manusia tahu bala bencana itu adalah tanda-tanda kiamat. Manusia tahu, punahnya akhlak manusia akhir zaman, adalah tanda kiamat. Malangnya, mereka mahu terlibat menjadi sebahagian tanda-tanda kiamat itu... na'uzubiLLAH.


Semoga ALLAH memelihara diriku, dan anda semua yang mahu mengambil pengajaran. WaLLAHU a'lam.

p/s: Berita ni berita lama... tapi, nak post jugak.

No comments:

Ũ