© The Mhakk Studio

You are being watched!

Sunday, October 4, 2009

Sembang: Syeikh menikah...

Tahniah kepada housemate, sempena selamat diijab-qabulkan semalam, 3 Oktober. Semoga kekal bahagia dalam redha-Nya dunia hingga akhirat.

Mohon ampun maaf, ambo dop gi khunduri demo syeikh... Ambo balik rumah mau tengok nenek yang baru lepas pembedahan. AlhamduliLLAH nenek semakin sembuh. Duk rehat elok-elok lepas balik dari rumah terbuka, tiba-tiba pula dapat berita datuk (sebelah ayah) pula jatuh moto. Masuk wad di hospital Sik. Minta maaflah tak dapat menjadi qadhi demo ... kukukukuku... Selamat berbahagia.

----------------------------------------------

Pernikahan, membezakan darjat manusia dengan haiwan. Pernikahan dan perkahwinan menyusun struktur keturunan manusia, sesuai dengan kemliaan manusia sebagai khalifah ALLAH. Tidak bagi haiwan, tidak disyariatkan kepada haiwan berkahwin. Maka keturunan haiwan adalah tidak menentu. Tidak pernah kita mendengar, kucing itu sepupu kepada kucing ini. Lembu itu anak saudara lembu ini. Babi itu biras kepada babi ini. Biawak itu ibu mertua biawak ini. Tidak sekali-kali wujud penyusunan susur galur keturunan begitu, kerana tiada perkahwinan disyariatkan kepada haiwan.

Manusia, jika tidak memperoleh keturunan secara perkahwinan, samalah tarafnya dengan haiwan. Lihat sahaja pemerintahan Parsi sezaman dengan Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam, mereka menggalakkan perkahwinan dengan ibu sendiri, adik perempuan dan anak perempuan sendiri. Sedangkan tidak berlaku perkahwinan demikian. Maka struktur keturunan akan rosak. Jika bapa berkahwin dengan anak perempuannya, anak yang lahir hasil perkahwinan itu tentu keliru, ibunya itu juga adalah kakaknya? Dan bapanya itu juga adalah datuknya?

ALLAH mengharamkan zina. ALLAH melarang keras perbuatan zina. Sepintas lalu, tiada beza antara nikah dan zina. Bezanya hanyalah pada lafaz ijab-Qabul sahaja. Nikah mengikat pasangan dengan ijab-qabul. Zina hanya hentam keromo sahaja tanpa apa-apa ikatan. Suka-sama suka. Namun, pasangan yang bernikah akan bahagia dan mendapat barakah, kerana mengikut perintah ALLAH, sedang zina akan menjerumus pelakunya kepada kepapaan, kehinaan, dan laknat yang berpanjangan, kerana menginkari perintah ALLAH.

Untuk karang bab tangungjawab selepas nikah, minta maaf... tak mau hurai. Kena suruh Syeikh atau Tengku hurai. Huhu... Tahniah Syeikh...

------------------------------------------------

p/s: Tulis sikit bab nikah kahwin, sempena Syeikh kawin... kalau tulis time lain, takut timbul spekulasi... tukang buat spekulasi banyak maa... huhuhu.

No comments:

Ũ