Cerita di bawah adalah rekaan. Ada pula yang diadaptasi dari peristiwa sebenar dan ditokok tambah sedikit. Secara amnya, bacalah cerita-cerita di bawah dengan anggapan bahawa semuanya adalah rekaan.
Cerita 1
Suasana sedikit bising selepas selesai kuliyah sesi pertama kembali senyap. Semua mata menumpu ke arah seorang lelaki tua berserban putih, bertongkat dan diiringai beberapa lelaki menuju ke pentas yang disediakan. Tidak kira tua, muda, lelaki, perempuan, Muslim serta non-Muslim yang hadir, semuanya senyap sebagai tanda hormat kepada lelaki tua itu. Hadiri yang berada jauh di belakang cuba berdiri untuk turut melihatnya.
"ayah, mana tok guru? nak tengok tok guru..." seorang anak kecil bersuara memecah kesunyian. Beberapa pasang mata memandang anak kecil itu.
"syy... diam. Tok guru dah sampai tu" si ayah menunjukkan anaknya akan kelibat lelaki tua tersebut. Si ayah sedikit marah kepada anaknya yang membuat bising.
"Tak mengapa saudara. Biarlah anak kecil saudara begitu. Itu petanda baik" ujar seorang lelaki lain yang berada bersebelahan si ayah.
"Petanda baik?" si ayah ingin tahu.
"Ya... bukankah baik anak sekecil ini berminat untuk mengenali seorang ulama hebat seperti tok guru, daripada kebanyakan anak-anak muda yang menjadi taksub kepada artis-artis yang rosak akhlak?" jawab lelaki tersebut.
Si ayah mengangguk setuju, lalu mendukung anaknya sambil menunjuk ke arah Tuan Guru Menteri Besar sedang memulakan kuliyah mingguan pagi Jumaat hari itu.
Cerita 2
"Hang buat apa la ni?" tanya Pak Ngah Dali.
"Sambung master"
"Haa baguih laa. Engineering tu payah, hang sambung master, ok laa. Mengaji la selagi bulih. Nanti senang" sambung Pak Ngah Dali.
Hakimi tersenyum saja melihat Pak Ngah Dali.
"Bukan ka hang dulu sekolah arab ka? macamana bulih masuk engineering?" tanya Pak Ngah Dali. Pada fikirannya, pelajar sekolah arab atau sekolah agama, laluannya akan ke arah menjadi ustaz, tok lebai, paling tinggi tok qadhi.
"dia kat sekolah dulu ada aliran sains. Belajar agama, belajar sains... dekat-dekat 20 subjek belajaq" bapa Hakimi yang turut mengikuti perbualan mereka mencelah.
"boleh ka catch up? sakit kepala budak-budak. Susah nak cemerlang kalau tak tumpu akademik.." Pak Ngah Dali macam tak berapa percaya. Dia tidak pernah terdedah dengan pendidikan aliran agama.
"Laa... Pak Ngah tau tak pelajar cemerlang SPM peringkat nasional sapa dia?" ujar hakimi.
"Nurmadihah"
"dia pelajar sekolah arab Maahad Muhammadi Perempuan. dua tahun sebelum tu Siti fatimah, dari sekolah yang sama, juga terbaik nasional.."
Pak Ngah Dali terdiam.
"Pelajar Tahfiz Pulai Condong dapat 100% cemerlang dalam SPM" tambah bapa hakimi.
"Ish... depa bulih hafaz quran dan ambil SPM sekali gus?" Pak Ngah Dali sekali lagi tak percaya.
Hakimi dan bapanya tersenyum. Malam itu Kedua-dua beranak itu bagaikan bergabung membuka mata Pak Ngah Dali dan isterinya, Mak Ngah Rahah. Pak Ngah Dali seorang doktor, berpendidikan sekular. isterinya pun satu aliran.
"macamana depa mengaji? macam tak percaya. Budak-budak SBP pun tak boleh catch up kalau macam tu punya banyak subjek" ujar pak Ngah Dali. pak Ngah Dali sebelum ini tidak pernah memandang rendah pelajar SBP.
Hakimi melihat Pak Ngah Dali menghirup teh yang sudah mula sejuk.
"Ni lah keberkatan orang belajar agama. guru-guru sekolah agama pun ikhlas mendidik, bukan hanya mengajar..." bapa Hakimi
"Hm... ada betulnya... tapi kenapa hang tak pi sambung ke Mesir ka, Jordan ka... pasai apa pilih engineering?"
"Dulu saya ikut laluan matrik... so hala tujunya ke sinilah. Kalau saya ambil STAM, boleh la saya ke sana"
"No point la belajaq agama, sakit kepala, lepas tu masuk engineering..."
"sbb tu saya tak kata saya berjaya kerana pensil 2B..." ujar Hakimi merujuk kepada kata-kata Amalina dalam iklan syarikat pensil itu. Amalina, pelajar terbaik kebangsaan beberapa tahun lalu diambil menjadi duta pensil steadler 2B.
"maksudnya?"
"orang yang ada asas agama, akan berada di landasan yang betul,Pak Ngah. Kalau jadi engineer, engineer yang bertaqwa, itu kan lebih baik daripada engineer yang rasuah, songlap duit kontrak...orang yang ada asas ilmu agama, akan melahirkan gerak kerja yang baik dan diberkati serta mendapat pertolongan ALLAH"
Pak Ngah Dali mengangguk.
"Tapi kerajaan kita ni macam tak mahu iktiraf pendidikan aliran agama sebagai pendidikan yang lebik baik dari sistem arus perdana yang ada la ni... kejayaan pelajar sekolah agama macam nak disembunyikan..." bapa Hakimi bersuara semula setelah lama menjadi pendengar.
"Mudah ka nak masuk sekolah agama? kelulusan macamana diterima?"
"sekolah masa saya dulu agak mudah. Sekarang ni, takda 5A UPSR, susah nak masuk. Yang ada 5A pun belum tentu, sebab ada temuduga pula.." Hakimi merujuk sekolah lamanya dulu.
"Mak aiihh... ada interview pulak..." Mak Ngah Rahah bersuara.
"Dahsyat rupanya sekolah agama..." ujar Pak Ngah Dali.
"Kalau Pak Ngah nak lebih jelas pi tengok sendiri, pi la Kota Bharu, tengok sekolah saya dulu. Tak pun Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Pulai Condong, mcm2 lagi... Kat tempat kita, cuba tengok sekolah arab depan tu yang serba kekurangan- ada jugak 5-6 orang dapat 7A ke atas, bandingkan dengan sekolah menengah kebangsaan hujung sana, nak cari sorang dapat 4A pun susah dalam SPM..."
Pak Ngah Dali mengangguk lagi.
Cerita 3
Pak Malik pulang dari majlis bacaan Yasin dan solat hajat, sempena peperiksaan SPM anak keduanya. Majlis tersebut menjemput seorang tok guru dan jemaah dari sebuah pondok pengajian.
"aih... Amin, hang tak pi solat hajat sekali ka tadi?" Pak Malik melihat Amin sedang menggunakan komputer untuk menyiapkan kerjanya.
"solat hajat tu untuk budak-budak SPM saja abah..." ujar Amin. Amin adalah pelajar tahun 3 di sebuah IPT tempatan, yang sedang bercuti pertengahan semester.
"Amin, lain kali kalau ada majlis-majlis macam tu, tak payah nanti orang suruh. Kita pergi saja. Bukan senang nak jumpa majlis yang dalamnya ada alim ulama berhimpun dalam satu keramaian macam tu..." Pak Malik berkhutbah panjang.
Amin memandang Pak Malik. Dia tersengih seolah-olah tiada apa-apa perkataan mampu dijawabnya. Tidak syak lagi kata-kata bapanya itu benar. Dia pernah juga belajar tentang kelebihan berdamping dengan ulama.
"Baiklah abah..."
Kisah 4
"Ha ha ha... kelakar betul si Nabil tu" ketawa Mamat dan Sudin menonton TV, rancangan yang dilakonkan Raja Lawak - Nabil Lu Pikirlah Sendiri.
"Mantap la lawak dia... dengar kata dia nak kawin dengan kekasihnya dua tahun lagi.." Darus mencelah.
Pak Talib yang turut berada di gerai Nasi Lemak Kampung iu menggeleng kepalanya melihat anak-anak muda yang begitu taksub dengan artis.
"hmm... Sudin, Mamat, Darus... apa yang lawak sangat si Nabil tu sampai kamu ketawa macam tu?"
"oh..Pak Talib... ni Raja Lawak yang menang hari tu ... mari la join sekali, baru tau lawaknya..." Mamat menjawab selamba.
"Tu bukan Raja Lawak... tu Raja tiga suku... kamu pun layan orang tiga suku tu..." ujar Pak Talib dengan nada sedikit menyindir.
"tiga suku?"
"orang tak betul. tu bukan lawak. Dia buat macam orang terencat akal, kamu kata lawak? Kalau macam P.Ramlee boleh la juga kata lawak. Original. Ni dia buat-buat. Pak Talib nampak macam orang tak betul saja..." terang Pak Talib panjang lebar.
"Nak buat camna Pak Talib. Dah susah nak cari orang macam P.Ramlee. P ramlee tu zaman Pak Talib. Nabil ni zaman kami..." Sudin cuba pertahan artis yang dikatakan Raja Lawak itu.
"Kamu ni... fanatik betul dengan artis. Sampai diorang nak kahwin pun ambil tahu, nak beranak pun ambil tahu... ish ish. Kamu kenal siapa Muhammad al-Fateh?" Pak Talib mencabar.
"Muhammad al-Fateh? "
"Sultan Muhammad al-Fateh pun kamu tak kenal... Dia adalah sultan muda yang berjaya membebaskan kota Konstantinople dari tangan kristian. Usianya belum 20 tahun dah boleh jadi sebaik-baik raja... "
"OoOoo"
"Patut orang muda macam kamu semua ni ambil baginda sebagai contoh. Bukan buang masa buat benda sia-sia...negara kita akan ketandusan pemimpin yang berkaliber pada masa depan jika pada usia muda begini, generasi kamu masih leka dengan hiburan yang melalaikan... " tegas Pak Talib sambil bangun dan membayar harga nasi lemak dan kopi tarik yang dimakannya kepada Pak Tam Isa.
Ketiga-tiga remaja 20-an tahun itu memandang sahaja Pak Talib melangkah keluar gerai tanpa sebarang kata. Aksi 'tiga suku' Nabil di kaca TV tidak lagi dihiraukan. Masing-masing melayan fikiran dan merenung kata-kata Pak talib sambil terkebil-kebil mata mereka.
"Siapa Muhammad al-Fateh...?"
Habis.
p/s: Habis cerita-cerita rekaan... Tak da kerja agaknya duk karang cerita-cerita ni... Apa yang anda faham?
8 comments:
apa kaitan smua crita tu? mcm xde relation langsung..
lu kutuk nabil kang lu kene saman baru padan muka hahaha
wah..byknya cerita..
best2 pulak tu.
tahniah.
pandai demo.. tak pernah lagi kawe baca posting yg panjang mcm ni perenggan by perenggan.. tulisan demo berjaya menjadikan kawe meneruskan bacaan sampai Habis... tahniah!
huhu... selama ni, demo baca x habis laaa entri2 kawe :D
hehe.. kantoi akhirnya....
mantap2
wa la komik plk pasni
islamic comic
produce by BH and CO
huhu
ps:komen ni berdasarkan tjk sja,sbb...pengkomen ni blom bace abis lagi...zzzz(ngntuk da,xckp tidoq) nnt len kali na den baco...huhu
huhu suh wah komik la pulak. xdan maa... lg pon ability melukis dah menurun. ada sebab2 nya...
Post a Comment