© The Mhakk Studio

You are being watched!

Tuesday, October 6, 2009

Orang muda lebih mudah merapati perjuangan Islam...

Orang muda lebih mudah merapati perjuangan Islam. Sebab itu antara method untuk merosakkan Islam, golongan kuffar, orientalis dan freemason menggunakan kaedah merosakkan orang muda dan remaja - dengan pelbagai strategi.

---------------------------------------------------------------

Adakah berita di bawah ini rekaan?

Kaum Quraisy galak generasi muda sertai barisan ahzab: Abu Sufyan

Mekah: Musyrikin Quraisy akan menggalakkan lebih ramai pemimpin dan generasi muda berperanan menyemarakkan perjuangan Quraisy, kata Menteri Mekah, Tan Sri Abu Sufyan.

Timbalan Presiden Quraisy berkata perkara itu akan dibincangkan pada satu mesyuarat agung khas bagi membincangkan dan meluluskan usul pindaan perlembagaan qabilah pada Perhimpunan Agung Quraisy minggu depan.

"Usaha kita adalah untuk menghancur dan memusnahkan Islam dan Muhammad di Madinah." katanya selepas melancarkan gerombolan tentera ahzab di sini, hari ini.

Menurutnya, terdapat ramai anggota perwakilan terdiri daripada golongan pemuda dan puteri dan ini memberi ruang yang lebih supaya generasi baru dapat berperanan dalam proses meremajakan Quraisy supaya qabilah itu kekal relevan.

"Kita akan musnahkan kekuatan mereka sebelum kita tidak akan mampu melakukannya. Kita perlu menarik orang-orang muda yang dilihat begitu mudah menerima perjuangan Muhammad," katanya.

Mengulas mengenai Perang Ahzab yang akan berlaku selepas ini, Abu Sufyan berkata, beliau yakin Barisan Ahzab mampu memperoleh kemenangan setelah kalah di Badar dan hampir menang di Uhud. - Bernama
-------------------------------------------------------------

No comments:

Ũ