Seorang sahabat dalam blognya, bertanya mengenai cara membaca satu perkataan dalam surah al-ahqaaf, ayat 4.
قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ أَرُونِي مَاذَا خَلَقُوا مِنَ الْأَرْضِ أَمْ لَهُمْ شِرْكٌ فِي السَّمَاوَاتِ اِئْتُونِي بِكِتَابٍ مِّن قَبْلِ هَذَا أَوْ أَثَارَةٍ مِّنْ عِلْمٍ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Bagaimana bacaannya: اِئْتُونِي i'tuunii atau اؤتُونِي u'tuunii atau اِيْتُونِي iituunii ??
Berikut sedikit petikan dari blognya:
Sebenarnya saya masih belum berpuas hati dengan jawapan Ustaz Syukri tersebut lalu saya bertanya pula Ustaz Yusuf (juga lulusan al-Azhar). Jawapan beliau pula ialah i'-tuu-ni. Dari segi nahunya, i'-tuu-ni adalah fi'il amar yang menunjukkan kata suruhan. "bawalah kepadaku", demikianlah bunyi maknanya. Jadi itulah yang menyebabkan bacaannya perlu dikasrohkan hamzah wasol itu. Berkaitan dengan bacaan tiga imam itu pula Ustaz Yusuf meminta untuk ditangguhkan bagi membolehkan beliau merujuk kepada yang lebih pakar.
Sebelum ini, sahabatku ini (yang sedang menunggu cahaya mata), pernah bertanya kepadaku dan sahabat-sahabat yang lain. Ketika itu aku tidak tahu pula imam-imam ghamidi, sudais, mishary dll membaca perkataan itu sebagai ii-tuu-nii. Kerana fahaman aku sama seperti bacaan u'tuunii atau i'tuunii pada ayat 79 surah Yunus. Setelah aku meneliti semula, memang benar, imam-imam itu membaca ii-tuu-nii. Aku cuba mencari-cari dalam mindaku akan hukum tajwid sebegitu. Memang aku belum pernah jumpa. Ilmu ALLAH itu luas. Aku rasa mesti ada something. Bagi aku, isunya bukan tajwid semata-mata yang harus kita lihat. Kita perlu lihat juga dari segi qawaid perkataan nya. Nahu sorafnya. Ambo nak berkongsi sikit.
Perkataan اِئْتُونِي ( i'-tuu-nii) dimulai dengan hamzah washol, kemudian diikuti dengan hamzah mati. Sebelum tu mari kita review sedikit mengenai hamzah washol.
Hamzah washol terdapat :
1. pada Alif Lam (ال) ma'rifah contoh : اللَّه، الرِّحْمَن، الرَّحِيمِ
2. pada Kalimah Isim (kata nama) iaitu pada:
a. Isim mashdar dari fi'il Khumasi dan Sudasi yang fi'il madhinya dimulai dg hamzah washol seperti :
اسْتِغْفَار ابْتِغَاء، انْبِعَاثَهُمْ، ابْيَضَّتْ ،
b. Tujuh lafaz lain yang terdapat di Al Quran, yaitu :
ابَن، ابْنَت، امْرؤ، امْرَأَت، اثْنَان (اثْنَينِِ)، اثْنَتَانِ(اثْنَتَينِ) اِسْم،
3. pada kalimah fe'el (kata kerja) iaitu pada:
a. Fe'el Madhi dan Amar Khumasi dan Sudasi (kata kerja yang root wordnya berasal dari 5 huruf dan 6 huruf) yang dimulai dengan hamzah, contoh :
اسْتَغْفِرْ اسْتَغْفَرَ اسْتَجِبْ اسْتَجَابَ ابْتَغِ ابْتَغَى انطَلِقُوا انطَلَق
b. Fe'el amar sulasi (kata kerja root wordnya 3 huruf) yang dimulai dengan hamzah, contohnya :
اضْرِب ، افْتَحْ ،أُدْخُلْ
Cara membaca hamzah washol
Hamzah washol ketika menjadi permulaan bacaan semuanya dibaca kasrah (baris bawah), contoh :
اِسْتَغْفِرُوا، اِسْم، اضْرِب
kecuali hamzah washol pada Alif Lam (ال), dibaca fathah (baris atas), contoh :
اَللَّه، اَلْقَارِعَةُ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
Dan fe'el amar sulasi yang huruf ketiganya ('ain fe'elnya ) dibaca dhommah (baris depan) Hamzah Washolnya dibaca dhommah, contoh :
أُدْخُلْ، اُعْبُدُوا اللَّهَ
kecuali juga pada 6 lafaz yaitu ابْنُوا،امْضُوا، اقْضُوا، امْشُوا، اِئْتُونِي ini dibaca kasrah kerana asalnya : اِبْنِيُوا،اِمْضِيُوا، اِقْضِيُوا، اِمْشِيُوا، اِيْتُونِي
Cara membaca huruf hamzah washol yang diikuti hamzah qatho' mati:
Apabila setelah Hamzah Washol ada hamzah mati (sukun) dan Hamzah Washol ada pada permulaan perkataan maka Hamzah sukunnya diganti huruf mad, contoh : اِئْتُونِي ـ اِيْتُونِي، اؤْتُمِنَ ـ اُوْتُمِنَ dan apabila diwasholkan dengan lafaz yang sebelumnya Hamzah Washolnya hilang dan Hamzah sesudahnya berupa Hamzah sukun contoh :
فِي السَّموَتِ اِئْتُونِي، الَّذِي اؤْتُمِنَ
Sekadar berkongsi. Jika ada tersilap, mohon pembetulan.
WaLLAHU a'lam.
2 comments:
terima kasih atas perkongsian yg lebih mendalam ini..
salam....
Helmi, ana dah link kan entri ini ke site http://alquran.esasterawan.net/
Terima kasih atas penerangan yang terperinci ini... -:)
Post a Comment