© The Mhakk Studio

You are being watched!

Friday, October 2, 2009

Sembang lagi: Laptop uzur... sapa tau cara solve?

Sekian lama menggunakan laptopku ini untuk pelbagai tujuan, baik atau pun lagha... hari ini laptopku mula uzur. Sakit-sakit sana sini.

Sakitnya: Screen tak mau cerah. Gelap gulita.

"Haha... baguslah. Ada laptop guna untuk belasah kerajaan. Rasakan!"

- Belasah Umno laa... bukan belasah kerajaan. Kita kena sokong kerajaan.

"Sejak ada laptop, demo lagha saja... ALLAH peringat ko demo la tu..."

- Betul tu. AsataghfiruLLAH...

"Sabar, ini semua ujian... tak ada benda yang kekal..."

- terima kasih... satu tazkirah yang baik.

"Eh... apa masalah laptop hang? Yang hang post entry ni macamana pulak?"

- Nak cerita pun segan. Hehe. Sebenarnya, rosaknya taklah teruk. Display saja yang gelap, taknak bercahaya. Takde nur. System boleh start mcm biasa, cuma imej displaynya sangat gelap. Nampak samar-samar. Kena pakai lampu sentuh (tourch light) baru nampak imej. Canggih kan gitu.

Aku setting resolusi, video test... jadi lah elok sekejap, bercahaya sekejap. Lepas wake up dari sleep, dia jadi balik gelap. Lepas restart jd gelap. Sampai Bios pun tak nampak...kena pakai tourch light. Roomate aku gelak saja tengok aku pakai laptop bersuluh dengan tourch light.

"Apa model laptop demo?"

- Oh... laptop kawe model Compaq Presario V3000. Kawe dah cari troubleshoot kat internet. Siap kena buka RAM, battery.... tak jadi jugak. Cabut Harddisk, pasang balik... still tak jadi.

Cari punya cari solution dalam tenet, rupa-rupanya, model Compaq Presario V3000 ni adalah produk gagal (menurut komplen-komplen dari satu forum). Patutlah cari model ni dalam web rasmi HP Compaq tak jumpa. Dalam forum tu, ramai yang merungut hadapi masalah yang sama. Model yang sama. Dark screen. Screen not power up. Ramai yang tak abih warranty lagi dah jd mcm tu. Laptopku pula dah abis warranty baru jadi. Melepas...

So, sesapa yang ada laptop model mcm ni, jaga-jagalah. Kalau sapa-sapa ada solution, tolong bagi tau. Setakat ni pakai tourch light la kawe.... malas nak hantar ke kedai HP lg utk di repair. Jauh sangat.

Aku merancang untuk menggunakan laptopku dengan baik. ALLAH juga merancang untuk uji aku. Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik Perancang.

"Beli baru la mi..."

- uih.... kena pikiaq banyak kali. Takpa... berlatih sabar dgn keadaan laptop ni dulu. Hilang sabar baru beli baru. Tu pun kalau ada duit. Sapa-sapa yang tau cara nak solve masalah ni, acu cuba try test bagi tau. Terima kasih.

p/s: Laptop, kalau tiada nur... jadilah ia umpama laptop yang tiada skrin display. Skrin itulah yang memberi paparan kepada penggunanya. Manusia pula, tanpa nur ALLAH, gelitalah kehidupannya, gelaplah hatinya. Hati itulah yang memberi paparan tentang dirinya.

5 comments:

joe penang said...

Try hantar kat Max Com atau Azran(Active Eight). Mintak depa tlg. Paling baik hantaq ke Dr Fadzil Ain EE. Dr electronic.

~ rinnie ~ said...

problem yg sama. xtau lak produk gagal huhu..tp saya punya dah lama trade in, beli baru. kalau ade cara kongsi kat sini selain option hantar ke kedai. :)

wanseng said...

u try update bios latest vesion. may be helpful.

Anonymous said...

dah bapa tahun pakai laptop ni?
sama model dgn ku punya tp smp skrg lum jd mcm tu lagi

Aneroid said...

3 tahun lebih rasanya.sekarang ni agak boleh tahan, lepas install BIOS latest version. Thanks to wanseng. tapi belum jamin elok. sbb skrin tetap akan gelap juga lepas restart. ejas resolusi sikit2 baru dia cerah balik. restart atau sleep, gelap balik. tp duration kecerahan tu boleh tahan agak lama jugak la lepas install bios. mujur housemate kasi pinjam tourch light. :)

Ũ