© The Mhakk Studio

You are being watched!

Monday, March 31, 2008

Mesej untuk diriku sendiri


Satu malam + sedikit waktu pagi aku menyiapkan powerpoint untuk viva FYP aku. Tunggang-langgang atau tidak, aku belum dapat pastikan. Biarlah aku bawa jumpa Prof Hanafi dulu. Aku tahu banyak salah. Kalau aku baiki pun belum tentu dapat betul sepenuhnya. So, lebih baik aku bawa saja kesalahan-kesalahan ini kepada Prof sebab masa dah suntuk. Anytime saja jika Dr Azlan suruh aku berviva, aku terpaksa menurut perintah. jika tidak, bila lagi?

Sudah lah aku ini berserabut dengan tempat LI aku yang aku belum confirm lagi sebab ada tanda KIV pada nama aku dalam senarai LI. Aku tak tergerak untuk berjumpa Dr Cheong lagi, sebab aku terjerut dengan powerpoint viva, tugasan Die Dr Zul dan Dr Azhar dan minggu depan final exam yang aku masih belum intai-intai lagi untuk study. Semua ini memberikan aku tekanan 2.2 Pascal. Sikit saja tekanan tu, tapi membuatkan aku seperti tak tahu hendak buat apa. CPU usage kepla otak aku memang tinggi dah walaupun otak aku diciptakan lebih hebat daripada Intel Core 2 Duo. Sebab itulah aku sempat menaip blog usang aku ini, sebab dah tak tahu nak buat apa. Semua serba tak kena. Tapi, aku masih boleh senyum, sebab senyum itu boleh mengurangkan tekanan, dan juga sedekah yang paling mudah.

Masa susah begini lah baru aku nak ingat kepada ALLAH. Masa senang, entah la aku ingat atau tidak. Oh ALLAH... maafkan aku. Ampuni dosa-dosa aku. Aku sering lalai dari mengingati-Mu. Aku tahu, Engkau beri aku sedikit kesusahan ini adalah untuk membuatkan aku ingat kepada-Mu. Ampuni aku, Ya ALLAH. Hamba-Mu ini ingin sekali lagi memohon rahmat-Mu dan pertolongan-Mu.

Pada masa yang sama juga, iblis cuba mencucuk jarumnya dalam sanubariku agar menjadi malas, putus asa dan seumpamanya. Cis, memang dasar iblis, tak boleh tengok orang susah, nak je dia ambil peluang sesatkan aku! Aku mohon perlindungan-Mu ya ALLAH dari tipudaya Iblis. Jadikan aku hamba-Mu yang ikhlas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang ikhlas kepada-Mu sahaja tidak akan diganggu iblis....

ALLAHumma Aghitsna... ALLAHumma Unshurna....
Ya Sa~mi'a kulli najwa~
Ya Muntaha~ kulli syakwa~
Nas-aluka an tarhamana
Nas-aluka minan Najihin...

اللهم إنا نسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنا إلى حبك
Ya Allah, kami memohon cinta-Mu
dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu
dan cinta kepada amalan yang mendekatkan kami kepada cinta-Mu

Sunday, March 30, 2008

Jagalah solat anda!

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: ”Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian :
Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.

Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.

Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): ”Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”



Solat adalah perbezaan antara Muslim dengan non-Muslim. Islam dan kafir. Solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkan solat bererti dia telah merosakkan agamanya. Rosak agama dalam dirinya, bererti dia telah membuka ruang dalam dirinya untuk terpengaruh dengan bisikan iblis, melakukan perbuatan keji dan mungkar.


Orang yang meninggalkan solat, diragui keislamannya! Solat adalah WAJIB walau di mana kita berada. Walau apa pun keadaan kita. Selagi memenuhi syarat wajib solat, maka kita WAJIB bersolat. Solat adalah penghubung seorang hamba kepada Tuhannya.


Solat adalah kekuatan umat Islam. Semakin banyak solatnya, semakin hampir dia kepada ALLAH. Solat yang dimaksudkan adalah solat yang khusyuk dan ikhlas kepada ALLAH. Lihat sahaja Sultan Salahuddin al-Ayubi (Saladin). Tenteranya yang tidak bangun solat sunat pada waktu malam, tidak diizinkannya berperang di barisan hadapan. Hanya orang-orang yang bersolat dan berqiamullail berada di barisan hadapan, seterusnya berjaya memenangi peperangan itu.


Ayuh, bicara tentang solat tidak akan selesai huraiannya kerana pengertian solat itu sangat luas kepada kehidupan manusia, samada dari segi agama, sains, politik, dan sebagainya. Oleh itu, jangan kita abaikan solat.

Mahsyar dipenuhi keringat ahli maksiat

Apabila seluruh manusia serentak dibangkitkan dari alam kubur, dipadang mahsyar yg luas, masing-masing dalam keadaan semulajadi, seperti bayi yg baru lahir tanpa pakaian walau seurat benang. Apakah mereka tidak merasa malu dalam keadaan tubuh dan juga kehormatan masing2 terdedah kepada pandangan umum, lelaki dan wanita bercampur aduk bersesak-sesak.

Siti Saodah isteri Nabi ketika mendengar peristiwa dahsyat suasana manusia dibangkitkan di bumi mahsyar, lantas beliau bertanya kpd Nabi SAW : “Ya Rasullulah, tidakkah manusia merasa malu apabila mereka dihimpunkan di bumi mahsyar dalam keadaan telanjang bulat tanpa pakaian?” Jawap Rasullullah s.a.w : “Justeru dalam keadaan terlalu gawat menghadapi hari mahsyar itu, manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing”. Lalu Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah didlm surah ‘Abasa ayat 37 : Yang bermaksud :
Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yg cukup menyibukkannya
Imam Al-Ghazali ketika mengulas mengenai suasana hari kebangkitan itu menyatakan “Alangkah dahsyatnya apabila kita berdepan dgn hari yg seluruh aurat kita terdedah, walaupun terdedah namun manusia tidak ambil peduli lagi kerana manusia ketika itu dibangkitkan dibumi mahsyar dgn berbagai cara, ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri dgn mukanya terbalik kebawah dan kakinya diatas”.
Abu Hurairah berkata bahawa beliau telah mendengar suatu hari Rasulullah s.a.w perpidato dihadapan para sahabat dengan sabdanya yg bermaksud: "“Bahawa manusia di akhirat kelak akan dikumpul dalam tiga bentuk. Sekumpulan manusia sebaik sahaja dibangkitkan dibumi mahsyar sudah tersedia kenderaan untuk mereka sementara sekumpulan lagi dibangkitkan dengan berjalan kaki, sementara yg satu kumpulan lagi manusia berjalan dengan mukanya tertunggang ke tanah.

Seorang dari sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w “Bagaimanakah caranya manusia berjalan dengan menonggeng mukanya ketanah?” Maka Nabi s.a.w menjawab :
Allah SWT yg berkuasa mencipta hamba-Nya berjalan dengan kaki dan Allah jua yg berkuasa menciptakan hamba-Nya berjalan dengan mukanya ke tanah”.

Mereka yg mendapat naungan itu diantaranya ialah golongan Al-Muqarrabun iaitu orang yg diperdekatkan dengan Allah SWT. Sifat-sifat golongan ini tidak lain ialah mereka yg semasa hidup di dunia sentiasa mendampingi Allah SWT. Damping dalam erti kata sentiasa patuh serta taat suruhan Allah dengan melakukan apa-apa jua perintahNya yg disampaikan oleh para rasul dizaman mereka serta menjauhkan dan meninggalkan setiap perkara yg dibenci oleh Allah dari perkara maksiat yg keji dan mungkar sama ada dalam soal aqidah dan juga syariah.

Seterusnya Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ada golongan yg dijemput oleh Allah SWT utk bernaung dibawah Arasy Allah sebaliknya ada pula golongan manusia yg terus didera terdedah dgn kepanasan matahari di atas ubun-ubun. Mereka yg didera dgn kepanasan itu hancur luluh oleh panahan cahaya matahari yg amat dahsyat dan dileburkan pula oleh kepanasan hati mereka sendiri yg mengutuk dirinya kerana menghadapi hari malang disebabkan kelalaian mereka semasa hidup didunia dahulu.

Dalam kepanasan yg amat dahsyat itu manusia berhimpit-himpit dan bertolak-tolak kerana mereka berada dalam satu padang yg luas tetapi tetap sempit dan berhimpit-himpit. Dalam suasana demikian tiba-tiba Allah SWT dedahkan segala buruk mereka yg telah dicatit dalam satu rekod kejahatan dihimpun dalam system rakaman Allah yg tidak tercicir walau sedikitpun, maka alangkah tebal muka mereka kerana menaggung malu yg tidak terhingga.

Hancur luluh manusia dengan kepanasan matahari, kepuasan hati menanggung malu yg tak terperi. Peluh mengalir dari tubuh manusia sehingga bumi mahsyar dilanda banjir peluh yg berbau hanyir dan bumi mahsyar menjadi lecah. Banjir peluh dan airmata menengelami manusia tetapi menurut kadar dosa masing-masing. Ada yg sampai ke paras lutut, paras pinggang, paras hidung dan tidak kurang juga yg karam di dalam lautan peluh dan air mata.

Di dunia ini pun kita akan temui adanya makhluk yg diciptakan oleh Allah berjalan dgn perut iaitu ular walaupun ular tidak memiliki kaki tetapi ada kalanya ia berlari sangat pantas sehingga sukar hendak ditangkap walaupun yg mengejar itu ialah manusia yg mempunyai kaki. Kata Imam Al-Ghazali, sesungguhnya manusia sering mengingkari sesuatu yg tidak pernah disaksikannya, oleh itu mereka akan mempersoal bagaimana manusia berjalan dgn mukanya ke bumi. Sekiranya makhluk ular itu tidak wujud didunia ini, tiba-tiba ada orang berkata bahawa dikampungnya ada makhluk berjalan dgn perutnya, ketika itu tentulah orang akan mencemuh dan mustahil mereka boleh menerima kebenaran berita itu.

Wal hasil alam akhirat adalah suatu alam yg diluar jangkauan manusia, sekalipun dia pernah mendengar tentang kehidupan di mahsyar, namun setelah dia sendiri berada disana, kenyataan sebenarnya tidak dapat diukur dengan logik akal. Betapa dahsyatnya alam mahsyar tidak terbayang oleh manusia walaupun dengan ilmu yg dimiliki.

Bumi mahsyar yg keluasannya tidak terukur oleh jangkauan manusia, walaupun luas dataran mahsyar tidak terhingga, namun tidak ada kawasan yg kosong melainkan penuh sesak dengan manusia dan jin. Seseunguhnya makhluk Allah terdiri dari manusia dan jin sejak Nabi Adam hingga kiamat jumlahnya juga tidak terhitung, apatah lagi ia dibangkitkan serentak.

Dalam suasana kelam-kabut dan hiruk-pikuk, tiba-tiba Allah SWT menerbitkan semula matahari dengan kepanasan luarbiasa, berlipatganda berbanding kepanasan matahari yg pernah dinikmati manusia di dunia. Bukan sekadar kepanasan berlipatganda tetapi Allah SWT turunkan matahari serendah-rendahnya di atas kepala manusia kira-kira ukuran dua busar panah. Ketika itu tidak ada pohon untuk berlindung dari panas matahari yg berada di atas kepala kecuali bayang Arasy. Arasy itu disebut juga sebagai kursi atau singahsana. Sebesar manakah Arasy itu maka sebesar itulah bayang redup yg bernaung dibawah naungan Arasy itu.

Di dunia, keringat mengalir adalah kesan bekerja kuat, malah dalam melaksanakan ibadah seperti ibadah haji. Lihatlah ketika umat Islam melakukan ibadah haji dalam cuaca panas dan bersesak-sesak di bumi Makkah dan Arafah. Demi keimanan dan ketaatan terhadap perintah Allah, maka orang-orang yg beriman sanggup menghabiskan wang ringgit bersusah payah mengerjakan ibadat haji. Sudah pasti keringat yg mengalir dan pengorbanannya itu tidak percuma disisi Allah.

Orang2 yg berjuang mendaulatkan agama Islam di bumi ini sudah pasti mengalirkan keringat disamping membelanjakan wang ringgit yg banyak. Berjihad siang dan malam atas urusan jamaah Islam bagi memenangkan cita-cita Islam yg suci agar hukum Allah tertegak dimuka bumi. Pasti mereka mendapat penghargaan Allah.

Bagi mereka yg telah mengalirkan keringat melakukan ketaatan terhadap perintah Allah SWT, maka di bumi mahsyar mereka tidak lagi mengalirkan keringat seolah-olah mereka telah kekeringan keringat didunia diatas usaha yg diredhai Allah. Segala kepayahan yg dilakukan atas nama keimanan dan ketaatan kesemuanya akan jadi sebab mereka aman dari bahaya tengelam dalam lautan peluh dan air mata di dataran mahsyar kelak.

Hina Islam: Umat Islam masih terus tidur?

Kenali musuh anda !!!
Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

Satu persatu episod penghinaan terhadap Islam, agama terbesar di dunia, yang diiktiraf kebenarannya oleh dunia, tidak kira Muslim atau non-Muslim, sengaja dicetuskan.


Setiap penghinaan ke atas RasuluLLAH, adalah penghinaan ke atas Islam. Penghinaan ke atas al-Quran, adalah penghinaan ke atas Islam. Namun, berapa ramai umat Islam yang sedar? berapa ramai pula dalam kalangan yang sedar itu benar-benar sedar? berapa ramai golongan yang benar-benar sedar itu bertindak?


Nyata, umat yang disebut-sebut RasuluLLAH, majoritinya tidak peduli kepada Islam. Mereka seolah-olah tidak berasa apa-apa dengan penghinaan ke atas Islam. Usahkan mahu diajak berperang bagi mengajar golongan yang menghina Islam, hendak boikot barangan negara yang menjadi sarang penghina Islam pun umat Islam seperti tidak kisah!
Boikot! Apa guna boikot kalau ada lagi orang lain yang membeli barangan itu?
Sebelum ini, Arab Saudi telah memboikot barangan Denmark kerana karikatur menghina Nabi S.A.W. Kerajaan Denmark kerugian lebih 10 juta USD. Itu baru satu negara. Kalau semua negara umat Islam bersatu, memboikot, pasti muflis negara-negara itu. Negara-negara Barat, pelanggan-pelanggan barangan mereka lebih 75% adalah dari negara-negara umat Islam. Malangnya, Umat Islam tidak begitu pendiriannya apabila berdepan dengan penghinaan ini.
Filem 'Fitna' , menghina al-Quran. Menjadi WAJIB bagi umat Islam untuk tidak menontonnya sebagai tanda sayangkan Islam dan boikot filem tersebut. Dan, semua barangan negara Belanda WAJIB diboikot!! Mungkin ramai yang mahu boikot, tetapi tidak tahu yang mana satu barang Belanda? Maka pihak berwajib perlu tampil untuk mengepalai tindakan boikot ini, dan Kerajaan Malaysia sendiri, mesti sekat terus barangan Belanda daripada memasuki Negara kita. Jika pemboikotan juga tidak berkesan, langkah pemutusan hubungan diplomatik perlu diambil oleh semua negara umat Islam.
Umat Islam dilihat tiada kuasa
Inilah hasil yang dapat dituai oleh golongan musuh Islam selepas kejayaan mereka menjatuhkan sistem khilafah Islamiyyah. Setelah berjaya melemahkan umat Islam dengan kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyyah Turki, mereka mengatur langkah demi langkah merosakkan pemikiran umat Islam sedikit demi sedikit. Dan hasilnya, hari ini kita dapat lihat, betapa teruk sekalipun Islam dihina, kita dapat lihat respon majoriti umat Islam, Malah respon kita sendiri.
Apa respon kita?
Sekadar berkata "Cis, celaka kau Belanda!" atau, "Pergi jahanam Geert Wilder!"
Atau kita join mana-mana demonstrasi mengutuk si penghina yang biadap itu?
Atau, kita sekadar berkata "Nate kapir nih...", tapi kita still bulih duduk rileks. Hanya 'panas' sekejap saja, lepas tu macam tak ada apa-apa dah?
Atau sekadar menulis blog macam aku ini?
Atau kita hanya menunggu kedatangan imam Mahdi, dengan itu kita rela lepak-lepak saja?
Atau kita hanya membiarkan gerakan-gerakan Islam saja yang bergerak membantu islam, sedangkan kita hanya jadi penonton?
Ah... itu saja yang kita mampu buat?? Bagaimana kita hendak jawab dihadapan ALLAH nanti?

Friday, March 28, 2008

Litar Sepang: PAS pun dah join F1?



Pendatang baru dalam Formula 1?



Bwahaha... tak sempat lari, dah terkantoi....




Kemenangan BA dalam PRU12: Bulan turut mengambang dalam Litar Formula 1


Gambar-gambar ini diambil dari blog http://no2umno.blogspot.com

Thursday, March 27, 2008

Tahun Melawat Kedah 2008, harap ubah sikit

Tahun Melawat Kedah 2008 di rancang oleh kerajaan Kedah semasa pemerintahan BN dahulu era Mahadzir Khalid. Kini Tahun Melawat Kedah diteruskan oleh Ust Azizan selaku MB baru Kedah. Seeloknya, acara dan penampilannya harus ada perbezaan. Harap-harap begitulah. Kalaupun tidak 'Islamik' sepenuhnya kerana baru memerintah, sekurang-kurangnya elemen tidak sihat dikurangkan.
Imej pemerintahan Islam harus diketengahkan. Bezakan dari pemerintahan Mahadzir Khalid. Tahun Melawat Kedah mestilah memberi imej Islamik kepada pengunjung Kedah. Jika tidak, sama sajalah Ust Azizan dengan Mahadzir Khalid.
Antara langkah awal yang boleh dilakukan ialah, tukar imej iklan Tahun Melawat Kedah, supaya nampak Islamik. Lihat saja website http://www.visitkedah.com.my yang mempromosi Tahun Melawat Kedah. Tiada ciri-ciri Islamik, melainkan gambar Masjid Zahir sahaja. Pun begitu, wajah wanita tidak menutup Aurat lebih menonjol!
Lihat gambar-gambar yang di ambil dari web tersebut.
Tarian ini tidak mencerminkan Islamik. Budaya dan Islam, yang mana perlu diutama?
Wajah gadis ini lebih tertonjol dalam Melawat Kedah. Melawat Kedah itu adalah melawat gadis ini?

Harap webmaster web ini ambil kira sensitiviti ini. Sekurang-kurangnya, pakaikan tudung kepada dia. Bagi nampak sikit imej pemerintahan Islam. Bezakan pemerintahan Islam dari sekular. Ini bukan lagi zaman Mahadzir Khalid!



Kebodohan Yang Menjadi Istidraj

Istidraj itu luar biasa.

Luar biasa bukan untuk mengangkat penerimanya.


Ia adalah suatu keluarbiasaan yang membinasakan golongan yang menjamahnya.
Keluarbiasaan yang menambah keburukan, kehinaan dan kebinasaan atas mereka yang menjamah keluarbiasaan itu, hingga sampai masa Allah binasakan mereka, ia berlaku dalam keadaan mereka lupa.


Bukan sahaja mereka lupa dan tidak sedar, malah tatkala Allah menghukum mereka, tiada manusia yang membantahnya lantaran lengkapnya segala syarat untuk Allah membinasakan mereka. Tiada lagi ragu-ragu atas kejahatan mereka.


Itulah penangan istidraj.
Firman ALLAH:

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya. [Al-A’raaf : 182]


Istidraj datang beransur-ansur. Rupanya luar biasa. Tujuannya adalah binasa. Kebinasaan buat manusia yang menerimanya. Lantaran kejahatan dan kezaliman mendustakan ayat-ayat-Nya.
Sekumpulan manusia tidak pernah serik dengan kezaliman, penipuan dan kejelikan yang bertimpa-timpa. Kejahatan demi kejahatan, penyelewengan demi penyelewengan, salah laku yang sudah dianggap biasa… namun semakin buruk prestasi kumpulan itu, sokongan yang diterima semakin padu.


Sokongan yang luar biasa.


Kepatuhan yang tiada duanya.


Biar ditipu entah kali yang ke berapa.


Sokong terus sokong… tidak berganjak biar sehasta.


Sungguh luar biasa.


Namun bagi kumpulan zalim yang mendapat nikmat dari kedunguan sokongan yang dinikmatinya itu, segala ‘kemanisan’ itu mungkin sekadar ISTIDRAJ dari Allah untuk menyempurnakan kezaliman mereka.


Agar bila sampai masa Allah menghukum dan mengazab mereka… tiada manusia yang akan membantah, kerana telah sempurna syarat-syaratnya.


Daripada Nabi sallaLlahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah ISTIDRAJ”.


Lalu Rasulullah sallaLlahu ‘alayhi wa sallam membaca (surah al-An’aam ayat 44):
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). [Hadith riwayat Ahmad]


Mereka sangat zalim, tetapi mereka terus mewah dengan kemewahan yang luar biasa.


Mereka sangat menindas, tetapi mereka terus gembira dengan kegembiraan yang luar biasa.


Mereka sangat berdusta, tetapi mereka terus diangkat dan disokong dengan sokongan yang luar biasa.


Mereka sangat sombong, tetapi mereka terus dikasihi dengan sepenuh hati dengan kasih yang luar biasa.


Kezaliman, penindasan, pendustaan dan kesombongan mereka mendungukan manusia.
Marhaen jadi dungu, ilmuan jadi dungu, sarjana jadi dungu, manhaji jadi dungu. Sesiapa sahaja yang menyentuhnya beransur dungu. Kezaliman yang luar biasa, mencetuskan kedunguan yang luar biasa. Kezaliman yang dibalas istidraj oleh Dia.

Sesungguhnya apakah kita mahu membuktikan, bahawa kita sebahagian dari kedunguan itu?
Apakah kita mahu kebodohan kita yang luar biasa ini untuk terus ditipu buat entah kali yang ke berapa, menjadi istidraj dari Allah untuk menyempurnakan kezaliman MEREKA? Lantas yang zalim dibinasakan Dia, kemudian yang cenderung kepada yang zalim disambar api Murka?
Semoga Allah menyelamatkan kita dari kebodohan yang luar biasa itu, sebelum kebodohan menyempurnakan asbab untuk BINASA.


“Seeru ‘ala barakatillah”
Petikan dari: Saifulislam.Com

Tuesday, March 25, 2008

Sikap bapa atau ibu akan diperturunkan kepada anaknya, satu teori saintifik yang aku jangka

Teori ini tiba-tiba muncul dalam benak fikiranku ketika aku sedang sibuk menyiapkan tesis projek tahun akhirku. Tanpa berlengah, aku ingin mengisi ruang-ruang kosong blog ku ini. Bagaimana sikap ibubapa boleh diwarisi kepada anak secara saintifik? Menurut sains moden, hanya sifat-sifat fizikal sahaja layak memenuhi fakta sains dalam mewarisi segala sifat seperti bentuk wajah, bentuk hidung, warna mata, dan sebagainya. Adapun sikap dan perbuatan ibubapa tidak sekali-kali dapat dijelaskan dalam bentuk saintifik (setahu aku). Namun, masyarakat percaya dengan istilah 'bapa borek anak rintik' yang memberi mafhum kelakuan bapa akan terikut oleh anak. Mungkin ada yang berkata, anak mencontohi bapa berdasarkan pemerhatian si anak ke atas kelakuan dan sikap bapa lalu secara automatik si anak akan terikut-ikut. Benarkah?
Bagaimana pula jika kelakuan si anak itu dikatakan seperti sikap bapanya ketika masih muda dan belum berkahwin suatu ketika dulu? Sudah pasti teori si anak memerhati si bapa tidak boleh diterima kerana si anak belum wujud ketika itu.

Mungkin teori aku (atau aku perasan saja, kerana sudah ada orang lain menemuinya) begini. Setiap manusia, lelaki dan perempuan mempunyai benih-benih pembiakan. Bagi lelaki, sperma. Wanita pula ovum. itu yang kita pelajari sewaktu tingkatan tiga dahulu. Sel-sel pembiakan (gamet) ini adalah terhasil selepas proses pembahagian sel secara meiosis iaitu pembahagian separa. Adapun sel-sel soma yang lain mengalami pembahagian lengkap - mitosis.Baik, itu asas bagi teori yang aku ingin sampaikan. Sikap manusia adalah abstrak. Sikap,kelakuan dan perasaan seperti pemarah, penyayang, mencuri, petah berkata-kata, berani, penakut, positif, negatif dan sebagainya adalah tidak mempunyai hubungkait dengan genetik yang akan diwarisi kepada anak melalui persenyawaan gamet-gamet. Akan tetapi, sikap-sikap, dan perasaan-perasaan yang tercetus dari seseorang manusia menyebabkan atau disebabkan oleh tindakan bendalir kimia dalam tubuh manusia itu sendiri! Sebagai contoh, apabila seseorang itu berhadapan dengan harimau seorang diri dalam hutan, apakah tindakan orang itu?

Pertama, mungkin dia lari ketakutan. kedua, mungkin dia akan mencapai sesuatu untuk melawan harimau itu. Sudah pasti anda juga pernah mengalami situasi yang hampir sama bagi kedua-dua keadaan ini. Jika anda sangat takut, kesejukan seolah-olah mneyelubungi anda. Peluh dingin mengalir. Ada kalanya lutut terketar-ketar tidak dapat berbuat apa-apa. Ada pula yang terkencing. Berlainan pula jika anda berani. Anda rasa seperti bertenaga untuk melawan ataupun melarikan diri. Kenapa demikian? Kajian saintifik menunjukkan terdapat dua jenis hormon manusia mengawal tindakbalas ini, iaitu hormon adrenalina dan noradrenaline.

Itu satu kes, berani dan takut. Bagaimana perasaan berdebar-debar? Pasti ada hormon yang mengaktifkan degupan jantung ketika anda berhadapan dengan sesuatu yang mendebarkan. bagaimana pula dengan tindakan bendalir dalam tubuh anda ketika anda suka memakan buah mempelam masam? bagaimana dan bagaimana seterusnya membawa kepada persoalan adalah tindakan-tidakan hormon-hormon atau bendalir-bendalir dalam badan ini akan mempengaruhi struktur genetik anda? Mungkin tiada bukti saintifik setakat ini, tetapi setiap tindakan perembesan hormon ini dikawal oleh genetik kita. Ilmu genetik sangat luas untuk dikaji. SubhanaLLAH.

Berbalik kepada teori yang aku khayal tadi. Apabila kita melakukan sesuatu perkara, besar atau kecil, pasti ada hormon yang terlibat. Manipulasi hormon ini adalah dibawah kawalan genetik secara amnya. jika kita melakukan sesuatu perbuatan dengan kerap misalnya, sudah pasti genetik kita itu akan cenderung untuk mengarahkan pengasilan hormon itu. Contohnya, kita kerap membaca al-quran dan menghayatinya. satu segmen daripada genetik kita akan mengarah perembesan hormon tertentu. seterusnya kita istiqomah, maka segemen genetik yang mengarah perembesan hormon 'membaca al-quran' itu sudah terbentuk dalam sel.

kemudian sel-sel itu membahagi secara mitosis, dengan sendirinya sel-sel yang mengandungi perkara 'baik' itu menjadi banyak. Dengan takdir ALLAH, sel-sel tersebut ada yang bermeiosis menjadi sel gamet, sel pembiakan dan menjadi sperma seterusnya. tidakkah sudah ada benih itu untuk diwariskan? Oleh kerana sel pembiakan mengalami meiosis, hanya separuh sahaja fungsi 'membaca al-quran' itu terwaris dalam satu sperma. Jika melalui pasangan hidup yang juga mempunyai sikap suka membaca al-quran, kebarangkalian untuk memperoleh anak yang hebat
pembacaan dan penghayatan qurannya adalah tinggi.

itu baru satu sikap dalam seluruh kehidupan yang diwarisi dalam satu daripada berbilion-bilon segemen dalam genetik. bagaimana pula dengan sikap-sikap buruk kita? juga pasti akan diwarisi. bayangkan kita selalu cenderung untuk membuat perkara-perkara buruk dan dosa, pastilah organ pembiakan kita sudah dipenuhi dengan gamet-gamet 'jahat' yang bakal lahirnya menconteng arang dimuka kita nanti. Jika kita berbuat jahat, berhentilah, dan janalah gamet-gamet yang 'baik' untuk merendahkan kebarangkalian lahirnya gamet-gamet 'jahat'. Cuba kita
perhatikan, terdapat dalam masyarakat ,dalam sepuluh orang anak, jika sembilannya baik, berjaya, pasti ada seorang lagi yang kurang baik dan kurang berjaya. Kenapa? Anda ada jawapannya. Jika terdapat lima orang anak yang kurang ajar, pada masa yang sama ada seorang anak lagi baik, jujur dan menghormati orang tua, pastilah ketika muda dahulu si bapa pernah bergelumang dengan dosa dan sikap buruk, dan kemudian dia bertaubat. Maka tidak semua kebarangkalian anaknya itu 'jahat'.

Kesimpulannya, coraklah masa depan generasi akan datang dengan kelakuan dan sikap kita yang baik. Sememangnya iman tidak dapat diwarisi, tetapi usaha dan keinginan untuk memasukkan iman ke dalam dada mestilah dibentuk hatta ke dalam genetik. Suburkanlah minat kita kepada jalan-jalan ALLAH, moga-moga generasi seterusnya terdorong juga.

Sekian saja teori aku yang tidak dapat dibuktikan dalam makmal. hanya ALLAH saja yang tahu. Maafkan aku jika aku tersilap berteori. Jika teori aku benar, maka terbuktilah, bahawa, jika
seseorang itu menderhakai ibubapanya, pasti kebarangkalian anaknya pula akan menderhakainya. Sekian untuk kali ini.

Monday, March 24, 2008

Cipta banyak musuh, kini Pak Lah ingin bermusuh dengan Sultan Mizan!


Sejak kebelakangan ini, kita dihamburkan dengan berita-berita yang memperlihatkan Menteri Perdana kita mencipta musuh demi musuhnya.


Menteri Perdana sebelum pilihanraya, sudah kita nampak tidak sebulu dengan memanda gurunya, Tun Dr Mahathir dalam banyak isu. Dia ibarat lawan tauke yang menaikkannya menjadi Menteri Perdana. Hal ini menyebabkan memanda gurunya itu terpaksa berhempas pulas mendedahkan skandal demi skandal Menteri Perdana dan anak menantunya seperti yang kita sedia maklumi.


Tidak habis dengan itu, kita lihat pula Menteri Perdana mencantas calon-calon BN yang tidak sehaluan dengannya dan kroni-kroninya. Kita lihat bagaimana orang yang tidak pernah kita ketahui dipilih menjadi calon dalam pilihanraya, yang mencetuskan rasa tidak puas hati daripda bekas-bekas YB sebelumnya yang tidak dipilih.


Selepas pilihanraya, keputusan BN yang amat tidak membanggakan pihaknya, kedengaran suara-suara meminta Presiden Umno ini meletakkan jawatannya. Tetapi ketabahan dan kecekalan sang presiden dengan saki baki kekebalan kuasa yang ada, dia terus menerajui parti berkurap itu, membelakangi suara-suara yang datang juga datangnya dari beberapa tokoh Umno seperti Ku Li, Dr M, Mukhriz dan sebagainya.


Dalam keadaan ini kita lihat Team Najib masih lagi tunduk kepada sang Presiden ini dangan memberi taat setianya kepada sang presiden yang terus memegang jawatan Menteri Perdana. Ketua wanita yang lantang berbicara, sang nenek masih berdiam diri. Sang nenek ini dahulunya sangat kuat membela Tun Dr M sewaktu orang tua ini masih presiden Umno. Kali ini dia tidak bersama dengan bekas presiden itu kerana 'terluka' dengan serangan isu AP. Dengan itu, dia dilihat tidak mahu mencampuri urusan orang tua itu dengan Memanda Menteri dan cenderung membela Menteri Perdana yang sudah berkuasa semula.


Alkisahnya, pembentukan kabinet yang baru Menteri Perdana , sang nenek yang lantang dan garang ini tidak dipilih menganggotai kabinetnya walaupun menang, dan orang yang kalah pula dilantik! Alangkah berangnya si nenek tua ini dan hampir-hampir menangis. Setelah dipujuk entah bagaimana, si nenek ini akhirnya akur dengan takdir yang menimpanya akibat percaturan si budak hingusan Khairy pada hematnya. Si nenek ini khabarnya seorang pendendam yang sangat berbisa. Kita tunggu tindakan selanjutnya selepas dia tidak berkeputusan meletakkan jawatan sebagai ketua wanita Umno. Bermakna Menteri Perdana mencipta lagi satu musuh, yang berkeputusan bertempur dari dalam.


Kita akan menanti bagaimana Menteri Perdana ini akan menghadapi serangan-serangan pelbagai penjuru. Serangan dari luar yang diketuai oleh Anwar Ibrahim bersama-sama pakatan BA yang telah membawa pergolakan Tsunami kepada BN, dan serangan dari dalam yang dilihat banyak penjuru. Ku Li sudah mencabar secara terang-terangan, dan disokong pula oleh Dr M. Surat dari Mukhriz yang memintanya meletak jawatan, sepatutnya Mukhriz diambil tindakan, tetapi Pemuda pula berkata tiada tindakan. Team Najib sudah mula menderhaka secara senyap walaupun si Najib masih kelihatan tunduk dan patuh kepada Menteri Perdana itu.


Belum pun reda dengan serangan pelbagai penjuru, dari dalam dan luar, kini Menteri Perdana itu mencipta lagi musuh! Kali ini dia memilih untuk bermusuh dengan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan! Isu MB Terengganu ini akhirnya mengheret Menteri Perdana ini bermusuh dengan orang nombor satu negara. Bermusuh dengan Istana. Usahanya mempertahankan Idris Jusoh sebagai MB tidak sebulu dengan Istana, malah membiarkan Adun-adun BN itu memboikot majlis angkat sumpah!


Menteri Perdana sudah menderhaka kepada Sultan! Menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat, kenapa Idris begitu penting bagi Menteri Perdana dan 22 Adun Umno tersebut sehingga sanggup menderhaka sultan yang menjadi payung rakyat?


Sekarang kita tunggu dan uat apa yang kita mampu. Kita tengok, siapa pula bakal menjadi musuh Menteri Perdana. Apakah raja-raja Melayu akan bangkit apabila kredibiliti Yang diPertuan Agong diperlekeh, itu kita nantikan. Ingat, raja-raja Melayu kini berkuasa semula setelah dulunya kuasa mereka disekat oleh kuasa 2/3 BN di parlimen!

Sunday, March 23, 2008

Senarai Kabinet Malaysia 2008: Penuh skandal (?)

Banyak pihak yang menyanggah jangkaan saya sebelum ini mengenai senarai barisan Kabinet Baru Malaysia 2008. Malah ramai juga yang mengambil peluang untuk mengutuk. Semua ini pada pandangan saya adalah pandangan sebenar warga Malaysia. Kita berhak mengeluarkan pandangan dan orang lain pula berhak untuk membidas pandangan yang kita telah berikan itu.

Dari senarai Kabinet Baru Malaysia 2008 yang diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi, saya boleh nampak beberapa kepincangan berlaku dimana beberapa Ahli Parlimen (MP) yang terkenal korup, banyak skandal dan “banyak kes” dengan Badan Pencegah Rasuah, Polis dan juga agensi lain tersenarai didalam Kabinet Baru Malaysia 2008.

Sebagai contoh anda boleh perhatikan nama-nama yang tersenarai dibawah ini.

1. Abdullah Ahmad Badawi (Skandal Oil For Food Iraq, skandal “centrifuge” nuklear, pembelotan “treason”, agen asing)

2. Najib Tun Razak (Kes Altantuya, Kapal Selam, Pembekalan ke Kementerian Pertahanan)
3. Mohamad Nazri Abdul Aziz (Kes permit teksi)

4. Ahmad Zahid Hamidi (Kes gengsterisme dan pukul)

5. Zaid Ibrahim (Kes saman hukum hudud dan salah laku komersial)

6. Mohd. Johari Baharom (Rasuah, Lepaskan tahanan jenayah berat, Kongsi gelap)

7. Dr. Masitah Ibrahim (Kes menceroboh tanah orang)

8. Nor Mohamed Yakcop (Kes rugikan Bank Negara RM40 Bilion dalam urusniaga FOREX)

9. Syed Hamid Albar (Kes maksiat)

10. Ir. Mohd. Zin Mohamad (Kes gengsterisme, pukul dan rasuah)

11. Muhyiddin Mohd. Yassin (Kes rasuah, menggelapkan harta negara, pembelotan “treason”, agen Singapura)

12. Shaziman Abu Mansor (Kes rasuah, salahguna kuasa)

13. Hishammuddin Tun Hussein (Kes maksiat, salahguna kuasa)

14. Noh Omar (Kes rasuah, salahguna kuasa, gengsterisme)

15. Mustapa Mohamed (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)

16. Azalina Othman Said (Kes salahguna kuasa, rasuah, menipu)

17. Mohd. Shafie Apdal (Kes salahguna kuasa, rasuah)

18. Muhammad Muhd. Taib (Kes salahguna kuasa, rasuah, menipu, derhaka kepada Sultan)

19. Liow Tiong Lai (Kes rasuah, kongsi gelap dan salahguna kuasa)

20. Zulhasnan Rafique (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)

21. Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)

22. Joseph Kurup (Kes rasuah, salahguna kuasa, menipu)

23. Dr. Maximus @ Johnity Ongkili (Kes salahguna kuasa, rasuah)

24. Ong Tee Keat (Kes rasuah, salahguna kuasa, kongsi gelap)

Semua ini menunjukkan bahawa hampir sebahagian besar daripada anggota Kabinet Baru Malaysia 2008 terpalit dengan pelbagai masalah dan ini sebenarnya memberikan satu kelebihan buat Abdullah Ahmad Badawi. Dengan tersenarainya ahli kabinet ini, maka proses mencantas orang-orang yang rapat kepada kepimpinan lama (Mahathir Mohamed) berjaya dilakukan. Mereka yang tertinggal ini memang akan memberikan satu baiah yang kuat kepada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi kerana takut kes mereka dibongkarkan atau didedahkan.

Memang proses mencantas telah dilakukan dan kini tiba masanya pula Abdullah Ahmad Badawi dicantas dari kerusi empuknya. InsyaAllah pada perhimpunan agung UMNO nanti, Abdullah Ahmad Badawi akan dicantas pula oleh sekalian pimpinan akar umbi dalam pemilihan jawatan presiden UMNO.

Apa yang pasti yang telah tercantas seperti Rafidah Aziz, Adnan Mansor, Fong Chan Onn, Ong Ka Ting, dan lain-lain lagi akan membalas perbuatan Abdullah Ahmad Badawi mencantas mereka. Kita boleh tunggu dan lihat.

Satu lagi, nampaknya kelibat Khairy Jamaluddin tidak kelihatan dimana-mana. Adakah Khairy Jamaluddin akan dilantik menjadi DUTA Besar Malaysia ke negara-negara asing termasuk Singapura. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Sebagai langkah selamat buat Khairy Jamaluddin, eloklah beliau menerima watikah perlantikan sebagai DUTA. Anda akan selamat dengan cara ini.

Sumber : http://ketuaperusuh.wordpress.com/

Kenapa biarkan Sultan bersendiri??

Entah apa yang dijanjikan kepada 22 orang penyokongnya? Kita tidak tahu tetapi perpaduan jelas kelihatan di wajah luaran individu 23 ADUN Terengganu.

Pada awalnya, Idris dikatakan berserah kepada Qada dan Qadar penentuan samada dirinya di lantik sebagai MB atau sebaliknya. Lunakan suara, indah pekerti di tonjolkan di dalam berita Utusan Malaysia sehingga semua berita turut memberikan pujian kepada bekas MB Terengganu itu. Tapi kita tidak tahu sikap dia sebenar selagi sikap itu tidak didedahkan kepada semua orang.
Namun disebalik topeng kemuliaan itu sebenarnya tersembunyi kerakusan dan kegilaan kuasa. Rupa rupanya semua rendah diri dan tunduk ke buminya hanyalah lakunan yang mampu bertahan tidak sampai sebulan. Kini warna sebenar IDRIS JUSOH terserlah dengan pemboikotan majlis angkat sumpah Menteri besar baru, Mohd Said si adun Kijal.

Keburukan dirinya bertambah tambah dengan usaha untuk menghalang rakan yang dulunya berjuang bersama dengan lapuran BPR. Tidak cukup dengan itu, Pihak kerajaan pusat turut memberikan kerjasama kerana masa depan Idris Jusuh adalah masa depan Abdullah Badawi. Jatuh Idris Jusoh akan jatuhkan Badawi kerana semua kerja kerja gila Idris 4 tahun yang lalu ada kaitannya dengan Patrick dan Abdullah sendiri. Maka tidak hairan lah kenapa ABdullah bertegas mahukan IDris menjadi Menteri besar berbanding Mohd Said sedangkan kedua duanya adalah ADUN BN dan dari UMNO sendiri.

Kini bersedia lapuran salah gunakuasa dan korupsi Mohd Said. Rupa rupanya semuanya sudah tersedia untuk dibawa ketengah, cuma kepastian hanya menanti kesanggupan Mohd Said menerima lamaran Istana Sultan untuk perlantikan itu. Mungkin kah semua yang bersekongkol dengan Idris turut mempunyai rekod buruk seperti Mohd Said? Kalau kau tak sokong aku, aku lapurkan salah guna kuasa atau korupsi kalian. Maka semua pemimpin UMNO yang sudah mempunyai sopak dan panau sepanjang pemerintahannya akan segera bimbang untuk berpaling tadah.

Yang paling jelas adalah Rasol Wahid (Adun Ajil) yang kelihatan begitu bersungguh sungguh untuk menjadi orang utama di dalam wayang ini. Mungkin benar beliau berjuang untuk Idris atau YB ini sememangnya mempunyai sopak yang paling besar antara pemilik sopak yang lain. Yang menariknya sehingga sekarang, Idris tidak memberi sebarang komen kerana beliau masih mahu dilihat sebagai pemimpin yang baik dan mulia. Jawatan MB itu bukan kehendaknya tetapi sokongan ramai. Itu lah akan dijadikan alasan sekiranya SUltan terpaksa melantik beliau menjadi MB sekali lagi.

Bila PAS berkata, IDRIS kejam kerana robohkan masjid, ramai yang kata itu semua fitnah kerana IDRIS sendiri tidak pernah mengaku berbuat demikian. Kalau beliau juga turut membelanjakan wang membabi buta kepada pembangunan yang bukan bukan, orang akan kata itu semua tohmahan. Tetapi ianya semua adalah kepintaran IDRIS di dalam menyembunyikan kuku yang penuh beracun sedangkan yang ditonjolkan dimata kita adalah bulu tebal yang menyelimuti.

Apa akan berlaku kalau IDRIS terus berkuasa? Sudah pasti janjinya kepada semua EXCO terpaksa di lunaskan. Janji bagaimana? Mungkin membenarkan sekelian EXCO untuk terus hidup mewah di samping terlepas dari sebarang tuduhan. Kalau ditanya bagaimana ia memewahkan EXCO EXCOnya? Sudah pasti dengan peruntukan peruntukan rakyat. Bagaimana pula dengan Baginda Sultan? Sultan akan jatuh martabatnya kerana tunduk dengan kehendak ahli EXCO dan bakal menteri BESAR. Dimana akan diletakan kedaultan baginda nanti dan dimanakah perlu diletakkan airmuka baginda pabila berdepan dengan rakyat. Kenapa Pak Lah tidak berkata apa apa? Semua ini berpunca dari Dollah Badawi. Beliau tidak cuba untuk nasihatkan Ideris untuk berundur kerana IDRIS adalah segala harapan yang dia ada. Kenapa IDRIS tidak dibawa ke pentadbiran pusat? Kerana IDRIS masih diperlukan di TERengganu untuk terus tutup pekung yang mereka lakukan disamping untuk melangsaikan peruntukan peruntukan yang akan dicurahkan.

Kini yang tinggal adalah rakyat untuk menilainya. Apa bezanya Mohd Said dan Idris Jusoh? Kenapa Dollah bersungguh sungguh mahu menggunakan Idris Jusoh? Kenapa Baginda Sultan dibiarkan sendiri sedangkan ini lah masanya untuk Melayu bersama Kesultanannya bersatu untuk jatuhkan pengkhianat bangsa.

Melayu membiarkan kedaulatan Sultannya dipermainkan. Kalau perkara ini dibiarkan, sudah pasti pada masa akan datang bangsa lain turut membuat perkara yang sama. Jadi jangan salahkan Cina atau India kerana kurang ajar apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar kepada Sultannya.

Bangunlah wahai Melayu. Kenapa biarkan Sultan bersendiri?
Mana suara-suara yg mempertahankan DEB (kononnya pertahankan Melayu)? Mana suara-suara yang mengatakan DAP biadap tempohari? Mana suara-suara itu....?? Ayuh Melayu, bangkitlah melawan petualang bangsa sendiri iaitu UMNO!

Guan Eng contohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a. (?)

Ada satu sumber mengatakan bahawa, Timbalan KM Pulau Pinang pernah menyebut dalam ceramah/forum khas bersama-sama DSAI di Masjid bayan Baru , bahawa dalam meeting pertama exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Guan Eng pernah menyebut bahawa beliau mahu mencontohi kepemimpinan Umar Abdul Aziz kepada semua anggota exco nya. Siapakah Umar Abdul Aziz? Jika Guan Eng tahu dan faham sejarah Khalifah agung ini, masakan kita umat Islam tidak tahu.
Kisah Khalifah Saiydina Umar bin Abdul Aziz r.a.
Saat itu tengah malam di kota Madinah. Kebanyakan warga kota sudah tidur. Umar bin Khatab r.a. berjalan menyelusuri jalan-jalan di kota. Dia cuba untuk tidak melewatkan satupun dari pengamatannya. Menjelang dini hari, hamba Allah ini telah dan memutuskan untuk beristirahat. Tanpa sengaja, terdengarlah olehnya percakapan antara ibu dan anak perempuannya dari dalam rumah dekat dia beristirahat.

"Nak, campurkanlah susu yang engkau perah tadi dengan air," kata sang ibu. "Jangan ibu. Amirul mukminin sudah membuat peraturan untuk tidak menjual susu yang dicampur air," jawab sang anak. "Tapi banyak orang melakukannya Nak, campurlah sedikit saja. Tho insyaallah Amirul Mukminin tidak mengetahuinya," kata sang ibu cuba meyakinkan anaknya. "Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya. Tapi, Rab(Tuhan) dari Amirul Mukminin pasti melihatnya," tegas si anak menolak.

Mendengar percakapan ini, berurailah air mata hamba Allah ini. Kerana subuh menjelang, bersegeralah dia ke masjid untuk memimpin solat Subuh. Sesampai di rumah, dipanggilah anaknya untuk menghadap dan berkata, "Wahai Ashim putra Umar bin Khattab. Sesungguhnya tadi malam saya mendengar percakapan istimewa. Pergilah kamu ke rumah si anu dan selidikilah keluarganya."

Ashim bin Umar bin Khattab melaksanakan perintah ayahndanya yang tak lain memang Umar bin Khattab, Khalifah kedua yang bergelar Amirul Mukminin. Sekembalinya dari penyelidikan, dia menghadap ayahnya dan mendengar ayahnya berkata, "Pergi dan temuilah mereka. Lamarlah anak gadisnya itu untuk menjadi isterimu. Aku lihat insyaallah ia akan memberi berkah kepadamu dan anak keturunanmu. Mudah-mudahan pula ia dapat memberi keturunan yang akan menjadi pemimpin."

Begitulah, menikahlah Ashim bin Umar bin Khattab dengan anak gadis tersebut. Dari pernikahan ini, Umar bin Khattab dikurniai cucu perempuan bernama Laila, yang nantinya dikenal dengan Ummi Ashim. Suatu malam setelah itu, Umar bermimpi. Dalam mimpinya dia melihat seorang pemuda dari keturunannya, bernama Umar, dengan kening yang cacat karena luka. Pemuda ini memimpin umat Islam seperti dia memimpin umat Islam. Mimpi ini diceritakan hanya kepada keluarganya saja. Saat Umar meninggal, cerita ini tetap terpendam di antara keluarganya.

Pada saat datuknya Amirul Mukminin Umar bin Khattab terbunuh pada tahun 644 Masehi, Ummi Ashim turut menghadiri pemakamannya. Kemudian Ummi Ashim menjalani 12 tahun kekhalifahan Usman bin Affan sampai terbunuh pada tahun 656 Maserhi. Setelah itu, Ummi Ashim juga ikut menyaksikan 5 tahun kekhalifahan Saiydina Ali bin Abi Thalib r.a. Hingga akhirnya Muawiyah berkuasa dan mendirikan Dinasti Umayyah.

Pergantian sistem kekhalifahan ke sistem dinasti ini sangat berdampak pada Negara Islam saat itu. Penguasa mulai memerintah dalam kemewahan. Setelah penguasa yang mewah, penyakit-penyakit yang lain mulai tumbuh dan bersemi. Ambisi kekuasaan dan kekuatan, penumpukan kekayaan, dan korupsi mewarnai sejarah Islam dalam Dinasti Umayyah. Negara bertambah luas, penduduk bertambah banyak, ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang, tapi orang-orang semakin merindukan ukhuwah persaudaraan, keadilan dan kesahajaan Ali, Utsman, Umar, dan Abu Bakar. Status kaya-miskin mulai terlihat jelas, posisi pejabat-rakyat mulai terasa. Kafir dhimni (non-Muslim) pun mengeluhkan resahnya, "Sesungguhnya kami merindukan Umar, dia datang ke sini menanyakan khabar dan perniagaan kami. Dia tanyakan juga apakah ada hukum-hukumnya yang merugikan kami. Kami ikhlas membayar pajak berapapun yang dia minta. Sekarang, kami membayar pajak karena takut."

Kemudian Muawiyah membaiat anaknya Yazid bin Muawiyah menjadi penggantinya. Tindakan Muawiyah ini adalah awal malapetaka dinasti Umayyah yang dia buat sendiri. Yazid bukanlah seorang amir yang semestinya. Kezaliman dilegalkan dan tindakannya yang paling disesali adalah membunuh sahabat-sahabat Rasul serta cucunya Husein bin Ali bin Abi Thalib. Yazid mati menggenaskan tiga hari setelah dia membunuh Husein.

Akan tetapi, putra Yazid, Muawiyah bin Yazid, adalah seorang ahli ibadah. Dia menyadari kesalahan datuknya dan ayahnya dan menolak menggantikan ayahnya. Dia memilih pergi dan singgasana dinasti Umayah kosong. Terjadilah rebutan kekuasaan dikalangan bani Umayah. Abdullah bin Zubeir, seorang sahabat utama Rasulullah dicalonkan untuk menjadi amirul mukminin. Namun, kelicikan mengantarkan Marwan bin Hakam, bani Umayah dari keluarga Hakam, untuk mengisi posisi kosong itu dan meneruskan sistem dinasti. Marwan bin Hakam memimpin selama sepuluh tahun lebih dan lebih zalim daripada Yazid.

Kelahiran Umar bin Abdul Aziz

Saat itu, Ummi Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan. Abdul Aziz adalah Gubernur Mesir di era khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 - 705 M) yang merupakan kakaknya. Abdul Mallik bin Marwan adalah seorang shaleh, ahli fiqh dan tafsir, serta raja yang baik terlepas dari permasalahan ummat yang diwarisi oleh ayahnya (Marwan bin Hakam) saat itu.

Dari perkawinan itu, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan di Halawan, kampung yang terletak di Mesir, pada tahun 61 Hijrah. Umar kecil hidup dalam lingkungan istana dan mewah. Saat masih kecil Umar mendapat kecelakaan. Tanpa sengaja seekor kuda jantan menendangnya sehingga keningnya robek hingga tulang keningnya terlihat. Semua orang panik dan menangis, kecuali Abdul Aziz seketika tersentak dan tersenyum. Seraya mengubati luka Umar kecil, dia berujar, "Bergembiralah engkau wahai Ummi Ashim. Mimpi Umar bin Khattab insyaallah terwujud, dialah anak dari keturunan Umayyah yang akan memperbaiki umat ini."

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fikih dan juga ulama-ulama. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Semasa Khalifah Walid bin Abdul Malik memerintah, beliau memegang jawatan gabernur Madinah/Hijaz dan berjaya mentadbir wilayah itu dengan baik. Ketika itu usianya lebih kurang 28 tahun. Pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik memerintah, beliau dilantik menjadi menteri kanan dan penasihat utama khalifah. Pada masa itu usianya 33 tahun.

Umar bin Abdul Aziz mempersunting Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan sebagai isterinya. Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan adalah putri dari khalifah Abdul Malik bin Marwan. Demikian juga, keempat saudaranya pun semua khalifah, yaitu Al Walid Sulaiman, Al Yazid, dan Hisyam. Ketika Fatimah dipinang untuk Umar bin Abdul Aziz, pada waktu itu Umar masih layaknya orang kebanyakan bukan sebagai calon pemangku jabatan khalifah.

Pengangkatan Umar bin Abdul Aziz sebagai Khalifah

Atas wasiat yang dikeluarkan oleh khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah pada usianya 37 tahun. Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata:
"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda".

Tiba-tiba orang ramai serentak berkata:
"Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan".

Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?"
Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya."
Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Sesudah Umar bin Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah dan Amirul Mukminin, Umar langsung mengajukan pilihan kepada Fatimah, isteri tercinta.

Umar berkata kepadanya, "Isteriku sayang, aku harap engkau memilih satu di antar dua." Fatimah bertanya kepada suaminya, "Memilih apa, kakanda?" Umar bin Abdul Azz menerangkan, "Memilih antara perhiasan emas berlian yang kau pakai dengan Umar bin Abdul Aziz yang mendampingimu." Kata Fatimah, "Demi Allah, Aku tidak memilih pendamping lebih mulia daripadamu, ya Amirul Mukminin. Inilah emas permata dan seluruh perhiasanku."

Kemudian Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima semua perhiasan itu dan menyerahkannya ke Baitulmal, kas Negara kaum muslimin. Sementara Umar bin Abdul Aziz dan keluarganya makan makanan rakyat biasa, yaitu roti dan garam sedikit.

Setelah menjadi khalifah, beliau mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feodal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai pribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat menitilberatkan tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW. Beliau juga meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau ingin semua rakyat dilayani dengan adil tidak memandang keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab.

Pada masa pemerintahan beliau, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Rakyat umumnya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya mau berdikari sendiri. Pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ra, pasukan kaum muslimin sudah mencapai pintu kota Paris di sebelah barat dan negeri Cina di sebelah timur. Pada waktu itu kekausaan pemerintahan di Portugal dan Spanyol berada di bawah kekuasaannya.

Kematian beliau

Beliau wafat pada tahun 101 Hijrah ketika berusia 39 tahun. Beliau memerintah hanya selama 2 tahun 5 bulan saja. Setelah beliau wafat, kekhalifahan digantikan oleh iparnya, Yazid bin Abdul Malik.

Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahwa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahwa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.
4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”
5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”
6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”
7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”

Kelantan Ibu Politik Malaysia (?)

Kedengaranlah juak-juak Dollabedawi menyindir/menghentam Ku Li yang berhasrat mencabar Dollabedawi sebagai presiden umNo. Lihatlah beberapa laungan terhadap Ku Li : "najib ikrar sokong paklah" "Ku Li disaran bantu umno tawan Kelantan." "Rawat umno kelantan dulu baru tanding presiden - Noh Omar" dan banyak lagi.

hakikatnya, mereka juga tidak yakin dengan Dollbedawi ini, namun disebabkan Dollabedawi ini memegang kuasa, tiada sesiapa pun berani melawannya, kecuali mereka yang tiada kuasa seperti Tun Dr M, Ku Li, dan spesies2nya. Adapun Najib yang mengidam kerusi presiden itu juga tidak terburu-buru menyokong Ku Li, bahkan menyatakan sokongan kepada Dollabedawi kesan daripada suku-sakat dan kroni kranatnya dicantas daripada kabinet dapur Dollabedawi.

Bayangkan jika Dollabedawi tiada kuasa lagi, tiada siapa pun lagi yang akan membelanya. Berlainan dgn Dr M dan Ku Li yang masing kuat pengaruhnya (Dr M mewariskan pengaruhnya kpd Mukhriz). Siapakah yg akan membela Dollabedawi kelak, andaikata dia jatuh dari kerusi empuknya itu sebelum dia menghembus nafas terakhirnya? Khairy and da gang? Kita lihatlah apa pula selepas ini.

Berbalik kepada saranan beberapa pmimpin BN yang menyuruh Ku Li rawat umno kelantan dulu sebelum merawat Umno keseluruhan atau bertanding presiden, satu kesimpulan mudah boleh dibuat, iaitu, Kelantan adalah ibu politik kepada malaysia. menakluk Kelantan, menakluk Malaysia. Bukankah begitu? Kekuatan Umno Kelantan dilihat sebagai kekuatan Umno keseluruhannya (?).

Lihat saja PAS. Kekalahan PAS pada 2004 di Kelantan (PAS hilang majoriti 2/3 walaupun masih memerintah Kelantan), mengakibatkan Terengganu dijajah semula oleh BN. Kemenangan besar PAS di kelantan (2008), menggoncangkan politik Malaysia dengan BA berjaya membebaskan 4 lagi negeri yg lain daripada jajahan BN. Dan saranan Noh Omar supaya Ku Li rawat kelantan, mungkin ada logiknya. Mungkin dengan pulihnya Umno Kelantan, menjadikan Umno pulih sepenuhnya di peringkat glokal. Tetapi sayangnya saranan itu bagaikan mahu mengampu Dollabedawi saja. Mahu menjaga periuk nasi dan mangkuk megi saja.

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah hari ini dinasihatkan supaya memulihkan keadaan Umno di Kelantan terlebih dahulu sebelum merebut jawatan presiden parti.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Noh Omar berkata adalah lebih wajar jika anggota Parlimen Gua Musang itu menumpukan membantu memperkasakan semula Umno di negeri tersebut.

“Saya tak nampak mengapa Tengku Razaleigh nak tawarkan diri sebagai presiden parti sebab kalau betul beliau hebat, Kelantan sepatutnya kena bantu dulu.

“Ini di Kelantan banyak bantuan kita (kerajaan Barisan Nasional) beri tapi Umno di Kelantan kalah lebih teruk lagi (pada pilihan raya umum 8 Mac lepas ,” katanya.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar Tengku Razaleigh tidak menangguk di air keruh berikutan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadualkan tahun ini.

Nabi Muhammad S.A.W Insan kamil

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

  • Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

  • Wajahnya seperti bulan purnama

  • Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik

  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

  • Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

  • Janggutnya penuh dan tebal menawan

  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

  • Rambutnya sedikit ikal

  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

  • Rambutnya terbelah di tengah

  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

  • Seimbang antara kedua bahunya

  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

  • Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.

  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

  • Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

  • Warna kulitnya putih tapi sehat

  • Kulitnya putih lagi bercahaya

  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

  • Badannya tidak gemuk

  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

  • Perutnya tidak buncit

  • Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

MORAL & IKTIBAR

Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

Saiyidina Umar : Contoh pemimpin yang tulen

Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak menjadi pemimpin atau ketua. Bagi mereka yang menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai ketua sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut. Saidina Abu Bakar sendiri semasa hendak meninggal dunia, mengeluh dan kesal kerana dilantik sebagai ketua (khalifah).

Begitu juga dengan Saidina Umar yang dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saidina Abu Bakar. Saidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Pada suatu malam sedang dia meronda di sekeliling kota dan kampung untuk melihat hal rakyatnya, dia terdengar tangisan kanak-kanak. Saidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggalnya kanak-kanak itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu. Kanak-kanak tadi senyap seketika apabila melihat ibunya sedang memasak. Namun masakannya tidak siap-siap sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan. Melihat keadaan yang menyayat hati itu, Saidinia Umar memberi salam dan meminta izin untuk masuk. Wanita itu tidak sedar bahawa tetamu itu ialah Saidina Umar. Saidina Umar bertanya tentang hal kehidupan wanita itu. Wanita itu mengadu yang dia dan anaknya sudah berhari-hari tidak makan. Apabila anaknya menangis hendakkan makanan, dia pura-pura memasak dengan memasukkan beberapa ketul batu ke dalam periuk. Melihat keadaan itu, anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu dan mengutuk Khalifah Saidina Umar kerana tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Mendengar kutukan wanita itu, Saidina Umar terdiam sejenak. Sebentar kemudian, dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu. Dalam kegelapan malam, Saidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita itu.

Sebaik sampai di rumah wanita itu, Saidina Umar memberi salam dan masuk ke rumahnya buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi lalu terus memasakkan untuk wanita dan anaknya. Wanita itu masih tidak sedar bahawa orang yang datang membawa gandum dan memasak itu ialah khalifah sendiri. Setelah siap, Saidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk wanita dan anaknya.

Melihat mereka gembira mengadap makanan, Saidina Umar berasa amat senang hati dan beredar dari situ. "Kalaulah Saidina Umar buat begini, alangkah baiknya....", kata wanita itu tanpa menyedari orang yang berada di hadapannya ialah Saidina Umar sendiri.

MORAL & IKTIBAR

  • Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat. Mengikut Nabi Muhammad saw. Setiap kita adalah gembala dan akan ditanya tentang haiwan gembalaannya. Ini bermaksud kita akan dipersoalkan tentang orang di bawah jagaan kita.
  • Pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.
  • Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang msikin lebih daripada kepentingan sendiri.
  • Amalan yang ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalan yang terpuji.
  • Setiap pemimpin (raja, menteri, atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan hulurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan memerlukan dengan ikhlas kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sanjungan.
  • Kegagalan seseorang pemimpin mentadbir negara dengan adil dan saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga dan hampir dengan neraka.
  • Walau setinggi manapun pangkat dan darjat kita tidak akan dinilai Allah. Apa yang diambil kira ialah amalan yang diikhlaskan untuk Allah.
  • Untuk keselamatan dunia dan akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat Baginda.
  • Pemimpin yang baik ialah mereka yang sanggup mendengar kritikan rakyat jelata serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Umno/BN DERHAKA! : mana suara-suara perkauman itu??

BANTAH: Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid (dua dari kanan) mewakili 21 Adun Terengganu menunjukkan surat yang menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar ketika membuat sidang media di kediaman Menteri Besar di Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Umno/BN buat hal lagi. Kali ini 23 Adun BN menderhaka Sultan Mizan pula selepas Raja Perlis diderhakai oleh Shahidan Kassim, Pengerusi BN Perlis.

Di Perlis, kemelut sudah boleh dianggap selesai. Terengganu pula yang masih berteka-teki dengan perlantikan MB digoncang dengan perebutan jawatan MB, yang mana pihak Istana melantik Ahmad Said, manakala 23 Adun BN yg lain tidak bersetuju dan mahu memboikot majlis angkat sumpahnya.

Lihatlah, betapa mereka sangat berani menDERHAKA kepada Sultan!. Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) adalah wakil Sultan Mizan sepanjang baginda menjadi Yang Di-pertuan Agong. Membantah MPPR, samalah dengan melawan Sultan Mizan! Umno adalah penderhaka sebenarnya.

Disebalik Umn0 menderhakai sultan, tiada pula kedengaran suara-suara yang menghentam teruk Lim Kit Siang pada satu ketika beliau menyeru semua wakil rakyat DAP memboikot majlis angkat sumpah MB Perak. Beliau dianggap menDERHAKA Raja Nazrin! Derhaka Sultan! Mana suara-suara perkauman itu apabila Umno menderhakai Sultan?? Suara itu diam tanpa berkata-kata! Nyatalah suara-suara itu adalah suara perkauman Umno Derhaka apabila mereka hilang kuasa.

Lihat pula 23 Adun ini mahu membongkar segala kejahatan Ahmad Said Kijal ini selepas beliau dipilih Istana untuk jawatan MB. Kenapa tidak dedahkan sebelum ini? Apakah penapisan calon BN ini tidak berkualiti apabila Ahmad Said Kijal disiasat BPR setelah dilapor oleh beberapa Adun BN Terengganu? Jika demikian, Pak Lah memBOHONGi umat Malaysia lagi, yg mengatakan semua calon BN bersih.

Rakyat Terengganu, dan Malaysia amnya, lihatlah pemimpin BN yg kamu sanjung2. Wahai media berat sebelah yang menjadi pecacai umno/BN! Lihatlah pemimpin yang anda mati-matian menjadi hamba kepada mereka!

Lihat pula laporan berita harian:

Di KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Ahmad boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana mengingkari ketetapan Abdullah selaku Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini, yang bersetuju dengan pelantikan Idris sebagai Menteri Besar.

"Presiden Umno sudah menetapkan Idris sebagai Menteri Besar. Tidak timbul nama lain. Ahmad Said kena ikut arahan Presiden yang sudah memberi tauliah kerana Idris. Kenapa orang lain nak cuba lobi kerana BN sudah tentukan Idris sebagai Menteri Besar.
"Kalau Ahmad Said meneruskan juga untuk upacara mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, beliau boleh dikenakan tindakan tata tertib kerana tidak akur dengan arahan Presiden," katanya.

Bukankah di Perlis, Presiden Umno sudah memberi tauliyah kepada Shahidan Kassim untuk menjadi MB? Kenapa Dr Isa Sabu tidak dikenakan tindakan setelah beliau menerima perlantikan MB dari istana - membelakangi sabda Presiden Umno?? Mana tindakannya?

Segalanya kucar-kacir! Teruskan kucar kacir itu...
Ya hazimal ahzab! Ihzimhum(BN) , wansurna alaihim.

Friday, March 21, 2008

Siapa sebenarnya PENDERHAKA kepada Sultan?

"Nahh.....lihatlah apa yang berlaku pada Terengganu sekarang. Dulu sibuk duk mengata DAP derhaka pada Sultan Perak. Sekarang dah jelas....UMNO lah sebenarnya PENDERHAKA & PETUALANG sebenar kepada Sultan. UMNO Terengganu dah terang2 menderhaka Sultan Mizan!!!!

Masih rakyat Terengganu tak nampak lagi ?????.......DAULAT TUANKU !!!!!!!!

23 ADUN BN mahu pulaukan majlis angkat sumpah
22/03/2008 6:06pm
 

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh.

SUMBER: UTUSAN

BERITA SEBELUMNYA

AHMAD SAID SAH MB TERENGGANU
 

Sebentar tadi RTM telah memaklumkan yang ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said telah diperkenankan oleh Pemangku Sultan Terengganu sebagai MB Terengganu. Majlis angkat sumpah akan diadakan hari esok....

Rafidah seorang pendendam: Tunggulah masa engkau PAK LAH...


"Berakhirnya episod dan empayar Rafidah 'the great giant woman' di negara ini, apabila beliau tidak dicalonkan semula ke jawatannya sebagai Menteri Kabinet. Lebih 20 tahun di dalam kabinet, sudah cukup untuk beliau mengumpul segala kekayaan yang tidak akan habis untuk 7 keturunannya (itupun kalau Allah tak tarik balik).

Rafidah dimalukan oleh Pak Lah...betul ke? Yang nyata, beliau terkejut besor apabila nama tidak disenaraikan semula. Terkedu dengan pengumuman Pak Lah, Rafidah meluahkan kekecewaannya, lantas mahu mengundur diri juga sebagai Ketua Wanita. Tapi ditarik balik selepas membuat sidang akhbar dengan memberi mesej jelas kepada Pak Lah: Tunggulah pembalasan daripada aku!

Lupakah kita bagaimana Rafidah menamatkan karear politik Siti Zaharah yang melawannya sebagai ketua Wanita?

Ya! Benar, Rafidah adalah seorang singa betina yang tidak akan mengaku kalah selagi dia hidup. Walaupun terpaksa mengensot keluar drpd pejabatnya di Putrajaya, beliau pasti ada dendam kesumat yang bakal dilontarkan kembali kepada Pak Lah.

Bagaimana mungkin beliau mahu menyelamatkan kroninya yang bergelumang dengan rasuah dan penipuan dalam alam perniagaan? Bagaimana pula beliau mahu mempertahankan bisnes kelas pertama anak-beranaknya? Dan bagaimana beliau boleh mempengaruhi orang-orang Khairy untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini.

Jawapannya, tunggulah ngauman singa betina UMNO yang lapar ini. Kalau dulu berpegangan tangan bersama Pak Lah, kini tiada lagi. Kita rakyat biasa boleh menduga bagaimana kalau seekor singa dicabut taringnya. Takkan singa itu tersenyum sumbing sahaja..

Paling kurang, singa itu akan meninggalkan tahi busuknya di kandang tuannya sendiri..ok! Tunggu dan lihat..

Bagi kita, ini semua perancangan Allah SWT terhadap makhluknya yang ingkar dan mengenepikan ajaran Islam secara total...

Kerajaan Kedah beri tiket percuma tonton Kedah lawan Perak



ALOR SETAR, 21 Mac (Hrkh) - Sebagai hadiah kepada rakyat, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan pemberian tiket percuma untuk orang ramai menonton perlawanan bolasepak di Stadium Darul Aman.

Tiket percuma tersebut akan diberikan untuk perlawanan Liga Malaysia antara pasukan Kedah melawan Perak pada 23 Mac ini.

"Para peminat bola boleh menonton perlawanan ini secara percuma tapi kena pergi ambil tiket di kaunter pada waktu pagi. Bukan boleh serbu masuk macam tu saja, ni kalau semua yang datang malam pi sana boleh pecah stadium.

"Tapi kalau tak muat kita boleh tengok di luar, kita boleh pasang "giant screen" macam malam ni," katanya kepada hadirin yang hadir mendengar Ceramah Maulidul Rasul 1429 di Stadium Sultan Abdul Halim dekat sini malam tadi.

Lebih 100 ribu orang membanjiri kawasan stadium tersebut untuk mendegar ceramah yang turut disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - mns

Rangkuman berita dari Selangor

BR pastikan agihan dinikmati semua golongan
DENGAN status sebagai sebuah negeri maju, Barisan Rakyat (BR) Selangor akan memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada menikmati hasil kekayaan negeri. Sehubungan itu, BR Selangor akan meneliti dan memperhalusi dari segala aspek bagi pengagihan kekayaan hasil negeri agar ia dapat di nikmati oleh semua golongan di negeri ini.

Isu tanah perkuburan Islam Kota Damansara selesai
KOTA DAMANSARA - Isu yang membabitkan tanah perkuburan Islam di Seksyen 9 di sini selesai apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd Nasir Hashim memberi jaminan tanah perkuburan tersebut tidak akan diganggu oleh mana-mana pihak. Isu ini timbul ekoran dakwaan pihak tertentu yang menyatakan tanah perkuburan seluas 50 ekar berkenaan terpaksa dipindahkan kerana menjadi dasar kerajaan baru yang mahu mengekalkan hutan simpan dan ekosistem hutan simpan Sungai Buloh.

Pejabat JKKK di Selangor tiada masalah
SELAYANG - Isu peralatan dan barang yang dibawa keluar dari Pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seperti diperkatakan di Kedah dan Pulau Pinang oleh media semalam tidak berlaku di Selangor. Penghulu Mukim Batu, Zamani Mohd Karulani berkata, isu berkenaan tidak berlaku khususnya di Mukim Batu berikutan tiada peruntukan khas daripada kerajaan negeri untuk membeli aset pejabat JKKK.

Ruang solat di pasar malam - Hassan Ali
GOMBAK UTARA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hassan Ali mencadangkan supaya ruang solat dapat disediakan di pasar-pasar malam sekitar Gombak Setia di sini semalam. Beliau berkata, ia bertujuan supaya umat Islam, sama ada penjual mahupun pembeli tidak menghadapi masalah dan tiada alasan untuk meninggalkan solat yang wajib ke atas mereka.

klpos.com

Wanita yang menolak perkahwinan...

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.
Ũ