HIKMAH itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.
Justeru, membuat teguran berkenaan perkara yang berkaitan tuntutan hukum agama adalah perlu kerana perintah dan larangan ALLAH itu mengandungi kebaikan buat insan. Apabila hukum agama ditegakkan, maka ia bakal membuahkan kecemerlangan dan kemaslahatan umat.
Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik ALLAH. ALLAH jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Niat teguran untuk penambahbaikanDalam pada kita hendak melakukan teguran berkenaan sesuatu kesalahan, perkara pertama yang perlu dinilai terlebih dahulu ialah apakah maksud niat kita untuk melakukan teguran tersebut.
Adakah kita menegur demi menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik, atau adakah untuk membidas seseorang itu demi memalukannya? Dan adakah kita ada maksud tersendiri dalam menegur umpamanya demi memelihara kepentingan diri ataupun melepaskan kesalahan sendiri kepada bahu individu lain?
Andainya niat kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu teguran itu ditakuti bahawa keburukan yang bakal timbul kelak. Misalannya, hubungan menjadi renggang, kumpulan sasaran semakin hanyut dengan kesalahannya, ataupun mungkin menjurus kepada fitnah.
Tegas dalam santunSantun dalam membuat teguran itu bermaksud kita menggunakan budi bahasa yang baik serta suasana yang kondusif untuk melakukan teguran. Dengan adanya santun, seseorang itu boleh membuka bicara dengan menanyakan keadaan individu sasaran itu, seperti adakah dia sudah makan atau sebagainya.
Kita juga boleh membaca riak muka orang yang ingin ditegur sama ada adakah dia berada dalam keadaan gembira, sedih, keletihan dan sebagainya. Melalui maklumat ini, kita mungkin boleh menilai sama ada ia merupakan waktu yang sesuai untuk menegur.
Namun dalam kesantunan melakukan teguran perlu ada ketegasan. Apa yang ditanggapi sebagai salah tetap salah, walaupun kadang kala pendekatan yang digunakan tidak popular atau tidak disukai oleh orang yang ditegur.
Di samping itu, kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa dapat mengawal emosi apabila menegur. Ini kerana apabila emosi dibiarkan menguasai diri, di kala itu bukan akal yang memandu percakapan atau perbuatan kita, sebaliknya nafsu amarah yang mungkin boleh mendorong kita melakukan sesuatu perkara yang di luar dugaan.
Aspek teguran juga perlu jelas, yakni merujuk kepada isu utama yang diperbincangkan. Teknik teguran XYZ yang dicadangkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Haim Ginott adalah sebuah teknik yang baik untuk dicuba dalam menegur.
Teknik tersebut mencadangkan kepada kita untuk menggunakan frasa berkenaan untuk menegur, “
Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z”.
Maka apabila sesuatu kesalahan itu ingin diperbetulkan, maka adalah baik untuk kita membincangkan kesalahan tersebut, dan bukannya menyentuh peribadi seseorang itu seperti melabelkannya secara rambang.
Suasana teguran itu juga mungkin bermanfaat jika berada dalam situasi kehadiran individu lain secara minimum, agar keaiban orang yang ditegur itu dapat terpelihara di samping menjaga kehormatannya. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran tersebut.
Pengajaran buat insan lainWalau bagaimanapun, terdapat situasi di mana sesuatu teguran itu dianggap akan lebih berkesan sekiranya dilakukan secara terbuka, iaitu dengan kehadiran atau pengetahuan orang-orang lain berkenaan teguran tersebut.
Ini kerana tujuan teguran tersebut turut mempunyai maksud pengajaran bermakna yang boleh diteladani oleh orang-orang lain agar mereka berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang serupa di samping memelihara kemaslahatan masyarakat umum.
Misalnya, seorang anak ditegur dan dimarahi oleh si bapa di hadapan anak-anak yang lain kerana si anak pulang ke rumah pada waktu lewat malam. Di sini anak-anak yang lain turut mendapat pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Si bapa juga dapat menjelaskan pendiriannya secara tidak langsung kepada anak-anaknya.
Teguran yang bersifat umumSesuatu teguran itu juga boleh dilakukan secara umum yang diuar-uarkan dalam sesuatu perhimpunan atau melalui media tetapi tanpa menyebut secara terperinci berkaitan butiran teguran itu.
Sebagai contoh, nama dan kisah terperinci tidak dijelaskan sebaliknya hanya dibuat teguran bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Adalah diharapkan agar pihak yang ditegur itu dapat memahami bahawa maksud teguran itu ditujukan kepada dirinya serta menerimanya dengan lapang.
Di samping itu, mungkin akan ada individu lain yang pada asalnya bukan merupakan kumpulan sasaran tetapi turut berasakan bahawa teguran tersebut ditujukan kepada dirinya. Maka itu adalah satu bonus dalam mengguna pakai kaedah teguran ini yang boleh juga bersifat serkap jarang.
Bak kata pepatah, “
sesiapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.”
Percayalah dan Bersedialah… pasti akan berlaku dalam hidup kita pelbagai silap faham dan tidak sama pendapat. Kenapa? Sebabnya kita semua tidak sama tahap kefahamannya terhadap sesuatu perkara.
Namun percaya lah juga… bahawa kita semua yang berselisih dan silap faham tadi akan saling tegur, mengenai kesalahan atau idea yang kurang bernas dalam perbincangan dan mencari solusi sesuatu letak perkara yang dibincangkan.
Tujuan Menegur“Kau tegur aku atau kau marah aku?”“Engkau mahu nasihatkan aku atau engkau mahu tohmah caci aku?!”Dialog di atas cukup menjengkelkan dan ia sering berlaku kepada kita bahkan.
Si penegur atau tukang beri nasihat perlu jelas bahawa perbuatannya hanya satu,
tawasau bil Haq wa tawasau bis Sabr. Membetulkan kesilapan dengan memahamkan kebenaran dan mendamaikan dengan kesabaran.
Tua dan MudaDalam soal tegur-menegur ini, biasanya golongan muda akan lebih banyak diam, sementara golongan tua atau senior akan lebih superior atau lantang memberikan nasihat. Dalam masyarakat Nusantara ini, sebahagian besar orang muda lebih memberikan autoriti kepada golongan senior untuk menegur dahulu. Walaupun ianya berlaku silap faham dalam kalangan muda.
Jangan patuh buta pada senior. Tegur pada membetulkan kesilapan yang dilakukan. Kepatuhan mutlak hanya buat Rabbul Jalil, ALLAH Penguasa Manusia, Raja Alam ini. Pada manusia kita hanya menurut pada perkara yang disepakati Islam.
Hakikatnya, dalam perihal tegur-menegur ini, tidak mengira umur atau pangkat, tegurlah selagi mana benar dan kena pada caranya.
Masa Menegur & Ilmu“Engkau takkan tak nasihatkan dia semasa dia buat benda tak senonoh tu!?”, kata si kawan apabila mendengar cerita kawannya yang lain dalam kemungkaran.
Kawan yang seorang ini dengan muka malasnya menjawab balas, “Alahai, biarlah ayah dia yang tegur dia, ayah dia lagi berhak.”
Jika kita mengharap dan memberikan autoriti menegur lebih dahulu kepada golongan senior, maka tujuan menegur itu sukar dicapai. Tambahan kehangatan peristiwa sukar dirasai jika penegur lambat atau tidak kena pada situasi berlakunya perselisihan atau kemunkaran.
Kebenaran, walaupun pahit kadangnya, perlu disampaikan segera, sebab setengah keadaan itu memerlukan kebenaran pada waktu itu juga untuk menatijahkan kebaikan pada semua.
Firman ALLAH Maha Bijaksana yang dapat kita fahami:
"
Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..”
(Surah An-Nahl: 125)
Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para daie supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para daie mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.
Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat.
Namun pada sejarah Islam, terlihat contoh psikologi persuasif baginda RasuluLLAH didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah RasuluLLAH mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelaki itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”
Itulah dia antara uslub atau kaedah Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah SAW Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.
Spesifik atau Khusus pada yang Haq“Jika engkau dah membohong, pastinya yang mengajarnya cikgu engkau di sekolah usang itu.”“Awak ini tak patut babitkan sekolah kami, yang bersalah hanya dia seorang, jangan kamu buat fitnah terhadap cikgunya pula.”, seorang yang lain meredakan.
Berhati-hati dan berwaspada di waktu menegur atau mengeluarkan kenyataan. Ia bakal mengundang pergaduhan antara kumpulan dan juga bangsa. Ya ALLAH minta dijauhkan.
‘Holier than thou’ / ‘Gua’ lagi mulia dari ‘lu’
Bukan diajar oleh cikgu di sekolah, juga bukan Perdana Menteri yang memerintah, dan yang sewaktu dengannya.
“Inna akramakum indALLAHi at qakum..”dari surah Al Hujurat ayat 13 yang diajar. Sayugia diingatkan di sini agar kita buat usaha kita sebagai manusia & tinggalkan urusan ALLAH SWT kepada ALLAH. Mana kita tahu amalan siapa yang lebih tinggi darjatnya? Mana kita tahu amalan siapa pula yang diterimaNya.
Teguran : Oleh itu, sila berhenti dari mempunyai unsur & sifat sebegini dalam jiwa kita apabila menulis & menjalani kehidupan seharian. Laksanakan haq kita & tinggalkan hak ALLAH untuk ALLAH SWT.
Teguran & Jiwa Besar, Sabar & Husnudzan yang Tinggi.“Jika engkau mahu nasihatkan anak engkau, mestilah engkau rendahkan suara, tidak mestinya dengan suara kasar teriak, utamanya tegur nasihat engkau itu, hadirkan ia dari jiwa hati engkau yang bersih agar mudah anak mendengar terima. Anak engkau itu bukannya bebal dan pekak telinganya, cumanya nasihat kita mesti ada baik sangka bunyinya pada telinga anak kita itu, tidak terasa di hatinya sedikitpun buruk sangka dari nasihat yang kita sampaikan. Anak kita masih lagi boleh ditegur, bukan Firaun yang mengaku Tuhan sombong.” pesan sahabat yang lebih berpengalaman dalam mendidik anak pada sahabatnya yang seorang ini.
Ya, teguran itu ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia berhubungan dengan perasaan. Perlu tulus dan ikhlas.
Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baharu disusun kata dalam nasihat.
Memulakan TeguranPanggillah dengan apa-apa gelaran yang sesuai, berhentilah merendah-rendahkan orang lain, teruskan berkongsi kerana ia sangat penting buat kita.
Panggillah Abang, Pakcik, Makcik, atau apa jua panggilan sekalipun yang melembutkan hati kepada mereka yang lebih tua. Juga panggillah Anakku, cahaya mataku, Ibuku, ayahku, atau jua kesukaan yang mententeramkan jiwa kepada jiwa pemuda-pemudi kita. Agar keduanya tidak terabai dari menerima kebaikan dari manfaat ditegur.
Menyampaikan Idea dalam Teguran“
Pakcik, saya fikir pakcik sepatutnya….” hingga akhir teguran.
“
Bernas atau tidak teguran engkau ini? Atau memandai sahaja?”
Jangan takut orang cabar idea kita.. Kita kena berani menyuarakan pendapat dan pandangan.. otherwise.. kita orang muda ni hilang peranan jika terlalu mengharap hebat dari golongan tua atau senior.
Peluang dan Dendam dalam TeguranJanganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang.
Di bawah ini saya sertakan beberapa daripada Al Quran yang mana ALLAH telah lama mengingatkan manusia agar sentiasa memohon kepadaNya dan kembali kepadaNya jika berlaku perselisihan pendapat dan silap faham.
Doa Agar Difasihkan Lidah & Dilapangkan Dada untuk BerkomunikasiWahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku. (Surah Taha ayat 25-2
Amalkan ayat ini di permulaan ucapan untuk mendapat kekuatan menyampaikan hasrat hati kepada sesiapa sahaja terutamanya jika dipilih menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menyampaikan ucapan dan peringatan kepada masyarakat atau pekerja. Keterangan ayat ini boleh dirujuk daripada kisah Nabi Musa Alaihissalam.
Doa Memohon Ditambah IlmuWahai Tuhanku! Tambahkan ilmuku. (Surah Taha ayat 114)
Ayat ini tidak terbatas untuk orang yang menuntut ilmu secara formal (menuntut ilmu sebenarnya selagi hidup bernafas takkan berakhir) malahan untuk orang yang sedang berkomunikasi dan berinteraksi. Sebab apa? Sebab mereka terkadang sukar menyampaikan idea dalam perkataan yang mudah, maka eloklah ayat ini dibaca untuk memohon dipermudahkan penyampaian maklumat. Doa ini juga disarankan untuk mengelakkan silap dan salah faham dalam hubungan suami isteri, kawan-kawan dan jug adalam perdebatan. Menurut At Tibi, ayat ini diturunkan agar Ar Rasul SAW fokus terhadap makna sebenar dari ayat-ayat ALLAH diturunkan kepada baginda dalam penurunan Al Quran sesuai dengan keadaan semasa. WALLAHualam, ALLAH jua yang lebih mengetahui.
Doa Memohon Dijauhkan Angkara KezalimanWahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada angkara kaum yang kafir.(Surah Yunus ayat 85-86)
MENEGUR DAN DITEGURDalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat.
PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati dan
KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati.
Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insha ALLAH. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.
Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!
Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang ALLAH. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia;
nobody is perfect!Tegur Menegur dalam berjamaahDalam sebuah organisasi berjemaah, amalan tegur menegur dapat memantapkan lagi hubungan ukhuwwah dan gerakerja yang dilakukan. Teguran yang ikhlas adalah motivasi kepada orang yang ditegur dan sebagai agen penambahbaikan terhadap kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Manakala orang yang menerima teguran perlu menerima teguran dengan berlapang dada. Tidak perlu menyimpan dendam kesumat yang tidak menguntungkan sesiapa. Jika teguran itu dirasakan tidak serasi dengan pemikirannya, atau dirasakan apa yang telah dibuatnya adalah terbaik, maka berbincang dan berhujah dalam suasana yang aman.
Jika teguran itu berdasarkan persepakatan mesyuarat, atau keputusan syura, maka terimalah kesepakatan itu sekalipun bercanggah dengan pendirian diri sendiri. Meskipun pendirian kita benar, bermusyawarah juga ada keberkatannya kerana keputusan bukan bersifat peribadi tetapi melalui pertukaran buah fikiran. Kemungkinan idea kita itu diletakkan oleh ALLAH ke suatu masa yang sesuai, manakala keputusan mesyuarat adalah untuk masa tersebut.
Kerap kali orang yang ditegur mudah berkecil hati, merajuk, mula menjauh diri dari si penegur dan seumpamanya. Ada pula yang menaruh dendam kesumat, menunggu masa sesuai untuk melibas semula, membuat pakatan untuk membuat 'serangan' terhadap penegur dan sebagainya. Mereka ini tidak berjiwa besar. Lemah untuk berlapang dada. Tiada kekuatan untuk menerima teguran.
Lihatlah peribadi Saiyidina Umar ketika ditegur didepan khalayak menganai jubah yang dipakainya ketika baru hendak memulakan khutbah. Jika kita ditempat beliau, rasanya si penegur itu terus saja dibelasah atau dimalukan. Tetapi Saiyidina Umar sedikit pun tidak menunjukkan reaksi negatif tersebut malah dengan tenang dia menerima teguran itu sehingga anaknya sendiri bangun membela Umar.
Marilah sama-sama kita saling tegur menegur, dan berlapang dada apabila ditegur. Jernihkan suasana dengan berlapang dada. Jika hati terasa akibat teguran, bertenanglah. Mungkin si penegur belum mahir dalam berhikmah, kita terimalah kerana tidak semua orang sempurna. Untuk menenangkan hati terhadap si penegur, berdoalah untuk kebaikannya. Maka tidak timbul lagi dendam kerana kita telah mendoakan kebaikan kepadanya. Kurang waras jika kita siang hari berdendam kepadanya, malam hari kita doakan kebahagiannya.